Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, July 23, 2012

Risau kesan pil perancang


SALAM doktor. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia 2 tahun 8 bulan. Saya telah mengambil pil perancang 28 biji kemudian bertukar kepada 21 biji. Pada awal tahun lalu, saya berhenti mengambil pil tersebut. Masalah saya sekarang, saya tidak datang haid dari Januari 2011 sehingga sekarang. Buat pengetahuan doktor, saya ingin mengandung lagi.
* Fk, Negeri Sembilan.
JAWAPAN:
Dalam istilah perubatan, keadaan ini dikenali sebagai post pill aAmenorrhea. Ia berlaku apabila seseorang wanita tidak datang haidnya setelah berhenti mengambil pil perancang kehamilan. Walaupun ia tidak selalu terjadi, namun keadaan ini berlaku secara signifikan, iaitu pada 0.2 hingga 3.0 peratus. Ini bermakna dalam 1,000 wanita yang mengamalkan pil perancang kehamilan, sebanyak 2-30 orang akan mengalami masalah ini. Janganlah puan runsing kerana masalah yang dialami ini agak biasa.
Apabila seseorang wanita mengambil pil perancang kehamilan, aras hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh berada pada tahap agak tinggi. Secara tidak langsung akan menyebabkan kelenjar pituitari di otak tidak dapat berfungsi secara normal. Dalam kitaran haid wanita yang biasa, kelenjar pituitari akan mengeluarkan hormon Perangsang Folikel (Follicle Stimulating Hormone- FSH) dan hormon Peluteinan (Luteinizing Hormone- LH) yang akan merangsangkan ovari (kilang telur) menghasilkan folikel yang mengandungi ovum (benih wanita).
Folikel yang membesar ini akan mengeluarkan hormon estrogen. Apabila folikel ini matang dan pecah, ia mengeluarkan ovum. Pada masa inilah (biasanya pada pertengahan kitaran haid atau hari ke 14 kitaran haid) dinamakan ovulasi dan hormon progesteron dikeluarkan. Apabila seseorang wanita mengamalkan pengambilan pil perancang kehamilan yang mengandungi hormon estrogen dan progesteron, kedua-dua hormon ini akan berada dalam tubuh pada aras yang tinggi. Kenaikan hormon ini akan memberikan tindak balas negatif apabila kelenjar pituitari merasakan bahawa estrogen dan progesteron cukup dalam badan. Maka kelenjar pituitari tidak mengeluarkan hormon FSH dan LH yang secara tidak langsung, menghalang ovulasi berlaku. Ini akan mencegah daripada ovum dikeluarkan dan wanita itu tidak akan hamil.
Selalunya wanita mengamalkan pengambilan pil perancang kehamilan untuk jangka masa yang agak lama antara satu hingga dua tahun sementara menantikan bayi yang baru lahir membesar. Oleh kerana pengambilan yang terlalu lama ini, kesan tindak balas negatif pada kelenjar pituitari akan terus dirasakan walaupun wanita itu tidak memakan pil perancang kehamilan lagi. Ini akan menghalang ovulasi dan juga kedatangan haid.
Diagnosis dan rawatan Kebiasaannya, doktor akan memberikan diagnosis berdasarkan sejarah pesakit yang pernah mengambil pil perancang kehamilan. Pemeriksaan imbasan ultrabunyi (ultrasound) akan menunjukkan ovari yang tidak mempunyai folikel yang sedang berkembang. Dengan kata lain tiada folikel yang kelihatan.Pemeriksaan darah pula menunjukkan aras hormon FSH, LH dan estrogen berada pada aras yang amat rendah.
Kebiasaannya, doktor tidak memberikan apa-apa ubat untuk masalah ini. Jika keadaan terus berlaku selama enam bulan, barulah doktor akan memberikan ubat yang mengandungi hormon progesteron selama lebih kurang lima hari untuk mendatangkan haid. Tindakan ubat ini amat cepat, pada kebiasaannya pendarahan haid akan berlaku setelah beberapa hari cukup tempoh pengambilan pil progesteron.
Namun begitu, harus puan ketahui bahawa pendarahan haid tidak akan bermakna jika tiada pengeluaran ovum dari ovari. Ini kerana pil progesteron tidak menggalakkan perkembangan folikel di ovari.
Jadi, ubat subur (clomiphene citrate) dibekalkan untuk menggalakkan perkembangan folikel bagi proses ovulasi. Eloklah puan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
READ MORE - Risau kesan pil perancang

Amal minum air elak batu karang


SAFFIE Mat Saman, 59, tidak menyangka terpaksa menjalani satu pembedahan akibat batu karang pada usia emas.
"Saya disahkan menghidap batu karang pada 2008. Namun saya mengambil keputusan untuk tidak membuang batu karang tersebut kerana tidak berasa sakit. Setahun kemudian, saya sakit teruk dan terpaksa menjalani pembedahan laser membuang batu karang.
"Ketika itu, saluran kencing tersumbat akibat batu karang," jelasnya ketika ditemui di Pusat Rawatan eMan, G5, Kompleks Amaniah, Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
Saffie berkata, kebetulan ketika diserang sakit, dia hendak menunaikan haji dan memerlukan rawatan segera.
Akibat sakit yang terlampau, dia akhirnya akur untuk menjalani pembedahan.
Dia tidak lagi sanggup mengambil risiko menghadapi kesakitan ketika membuang air kecil sehingga menyebabkannya berpeluh-peluh dengan muka berkerut menahan kepedihan apabila batu karang menghalang saluran kencing.
Syukur kepada Allah, Saffie selamat dibedah dan doktor pakar berjaya menembak laser batu karang yang terkumpul daripada merebak.
"Namun doktor turut memaklumkan sakit itu akan datang semula. Bahkan, saya terpaksa memakai tiub sepanjang satu kaki di dalam buah pinggang saya," katanya sambil menunjukkan pinggangnya.
Sekembalinya daripada menunaikan haji, Saffie terus menjalani rawatan dan mengikut segala nasihat doktor.
"Kini saya cukup sedar mengenai kepentingan dan keperluan meminum air sekurang-kurangnya dua botol besar sehari," katanya lagi.
RawatanWalaupun masih meneruskan pemeriksaan kesihatan di hospital, Saffie juga mencuba rawatan alternatif bagi memperbaiki taraf kesihatannya.
Kebetulan beliau diperkenalkan oleh seorang rakan dengan Pusat Rawatan eMan kira-kira setahun yang lalu.
"Selepas menjalani rawatan di sini, saya semakin sihat. Tidur saya semakin lena kerana rawatan terapi elektrostatik mungkin bersesuaian dengan saya," ujarnya yang semakin sihat dan bebas daripada penyakit batu karang.
Ditanya nasihatnya kepada mereka yang mungkin tidak menyedari mereka menghidap batu karang, Saffie berkata, setiap orang perlu memastikan kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi untuk mengelakkan terjadinya batu karang .
"Apabila seseorang itu kurang minum air, ia boleh menyebabkan berlaku kepekatan air kencing.
"Bahan-bahan asing (partikel) seperti 'sel epitelium' bertindak sebagai nukleus dalam pembentukan batu karang yang terjadi dari larutan garam dalam air kencing tersebut," katanya yang kini cukup arif tentang penyakit yang pernah dideritainya itu.
READ MORE - Amal minum air elak batu karang

Batuk tanda kanser?


Bbatuk seringkali dikaitkan dengan rasa sakit dada dan keperitan di tekak. Ia adalah salah satu gangguan kesihatan yang 10 kali lebih kerap dideritai oleh kaum Adam berbanding wanita.
Biasanya kesakitan akan lebih dideritai individu apabila mereka meneran atau menahan batuk tersebut daripada 'dilepaskan' secara normal.
Golongan lelaki yang mempunyai batuk yang berlarutan lazimnya adalah perokok tegar yang berkemungkinan besar akan menghidap kanser paru-paru.
Di Malaysia, sebanyak 50 peratus perokok adalah perokok dewasa yang aktif dan 75 peratus daripadanya difahamkan menghidap penyakit kanser paru-paru.
Pakar Radiologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Dr. Sivakumaran Karupayah berkata, punca utama pesakit kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok, suasana di tempat kerja yang tidak kondusif, radiasi atau faktor keturunan.
"Kebanyakan perokok yang aktif merokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan ini selalu dikaitkan dengan lelaki, manakala perempuan peratusannya sedikit rendah.
"Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat begitu banyak bahan kimia berbahaya terkandung di dalam rokok.
"Antara simptom-simptom lain yang dapat dikenal pasti jika pesakit membuat rawatan awal ialah penurunan berat badan, selera makan berkurang, demam, warna kuku berubah menjadi kebiruan dan batuk berdarah," katanya.
Menurut Dr. Sivakumaran, pesakit dinasihatkan berjumpa doktor pakar pada peringkat awal untuk mengenal pasti jenis batuk bagi mengelakkan berlakunya batuk berdarah seterusnya mendapat kanser paru-paru.
Pesakit yang tidak mengambil langkah-langkah awal jelasnya, dikhuatiri hanya mempunyai 30 peratus sahaja peluang untuk hidup.
Katanya, walau untuk tujuan apa sekalipun, merokok pastinya menimbulkan banyak masalah kepada manusia bukan sahaja dari aspek kesihatan malah sosial.
"Perokok pasif atau mereka yang dikelilingi perokok aktif terdedah kepada risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung, masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis, sakit atau pedih mata, bersin dan batuk-batuk, sakit kerongkong dan sakit kepala," katanya.
Imbas kanser
Justeru itu, atas kesedaran masyarakat setempat, Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara kini membuat satu kempen rawatan pengimbasan kanser paru-paru bagi mereka yang berumur lingkungan 50-70 tahun bermula 16 Mei lalu sehingga 16 November ini.
Pesakit juga akan mendapat tawaran harga istimewa di mana harga biasa sebelum ini ialah RM400 tetapi kini mereka yang berminat untuk melakukan imbasan hanya perlu membayar RM115 sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03- 62871111 untuk mendapatkan sebarang keterangan.
READ MORE - Batuk tanda kanser?

Punca kelahiran pramatang | Soal Jawab


SALAM doktor, saya sudah berkahwin dan kini hamil 34 minggu. Saya ingin bertanya, adakah onani ketika hamil boleh menjejaskan kandungan? Ini kerana bila saya bersama dengan suami, pasti saya akan merasa tidak selesa dan sakit di bahagian alat sulit selepas bersama. Saya harap doktor sudi bantu.
Ropa, Johor

JAWAPAN:

Terima kasih kepada Puan Ropa kerana sudi berkongsi soalan. Ya, onani ketika hamil mungkin boleh menjejaskan kandungan.
Onani atau juga dikenali sebagai masturbasi (melancap), adalah perangsangan seksual yang sengaja dilakukan pada organ kelamin untuk memperoleh kenikmatan dan kepuasan seksual. Perangsangan ini dapat dilakukan tanpa alat bantu ataupun menggunakan sesuatu objek atau alat, atau kombinasinya. Cara-caranya adalah dengan menyentuh, menggosok dan meraba bahagian tubuh sendiri yang peka sehingga menimbulkan rasa menyenangkan untuk mendapat kepuasan seksual (orgasma) baik tanpa alat mahupun menggunakan alat.
KesanAmalan onani yang diamalkan sejak sekian lama boleh memberikan kesan kepada hubungan seks yang normal. Lebih teruk lagi sekiranya onani yang dilakukan menggunakan cara yang ekstrem. Onani sememangnya berbeza dengan hubungan seks yang normal kerana ia tidak perlu memberi pertimbangan kepada pasangan masing-masing, malah melakukannya hanya untuk kepuasan diri sendiri semata-mata. Hubungan seks yang normal memerlukan perasaan bertimbang rasa serta mementingkan keselesaan di samping menghormati keinginan pasangan. Sekiranya sesuatu perbuatan tidak dapat memenuhi harapan pasangan, tentunya ia boleh menjejaskan kualiti hubungan seksual tersebut. Onani yang dilakukan secara ekstrem akan memberikan tekanan berlebihan kepada alat kelamin yang boleh memberi kecederaan kepada saraf dan mungkin juga menyebabkan kontraksi pada rahim dan kelahiran pramatang.
Dalam Islam juga, onani adalah haram. Puan mempunyai suami dan sepatutnya melakukan hubungan seks bersama suami secara halal kerana ia juga ibadah bagi anda berdua. Hubungan yang halal ini juga dapat meningkatkan lagi kemesraan dan kasih sayang anda berdua.
Jangan melakukan onani kerana ia boleh menimbulkan banyak impak yang negatif jika diamalkan. Jika merasa tidak selesa dan sakit di bahagian alat sulit selepas mengadakan hubungan seks bersama suami terutama semasa di peringkat akhir kehamilan, maka pelajari atau praktikkan hubungan seks mengikut posisi berlainan yang dapat mengurangkan ketidakselesaan yang dialami kerana bahagian abdomen yang makin membesar.
READ MORE - Punca kelahiran pramatang | Soal Jawab

Gastrik tidak halang puasa


Setiap kali tiba Ramadan, setiap kali alasan yang sama diberikan, gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga.
Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.
Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan.
Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.
Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.
Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.
Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.
"Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Malangnya apabila tiba masa berbuka, ramai yang berbuka dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman.
Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut.
Sebenarnya mereka yang menderita gastrik masih juga boleh menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Dua kaliSemasa Ramadan, kita hanya makan dua kali sehari dan tidak makan di antara dua masa makan buka dan sahur.
Dr. Malik berkata, semasa berbuka dinasihatkan hanya minum air dan makan makanan yang ringkas seperti kurma atau buah-buahan kering.
Kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan.
Kurma juga kaya dengan garam galian seperti potasium selain lambat membebaskan tenaga.
Seelok-eloknya kata Dr. Malik, selepas minum air dan kurma, solat dulu sebelum sambung makan yang lebih berat dan selepas itu jangan ambil makanan berat.
Semasa bersahur pula ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan.
Bagaimanapun sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi.
Dr. Malik berkata, sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.
Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.
Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut.
Gastrik yang disebabkan oleh bakteria boleh diubati dengan mengambil ubat antibiotik.
BerhentiMasalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan hilang.
Dr. Malik menambah, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.
"Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan.
"Jika disahkan menghidap gastrik, jumpa dan minta nasihat doktor mengenai pemakanan, gaya hidup dan ubatan yang perlu diambil," katanya.
READ MORE - Gastrik tidak halang puasa

Cegah pneumokokal


PENYAKIT pneumokokal adalah penyebab utama penyakit serius dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia. Malah, sejuta kanak-kanak di dunia mati setiap tahun akibat penyakit pneumokokal manakala setiap dua minit, seorang kanak-kanak di Asia mati akibat jangkitan ini.
Ia biasa ditemui dalam hidung dan tekak. Bakteria ini sangat mudah berjangkit apabila anda batuk, bersin, atau terkena rembesan pernafasan. Gejala jangkitan pneumokokus agak sama dengan selesema atau demam. Ini menyukarkan penyakit ini dikesan pada tahap yang lebih awal.
Jika bakteria ini masuk ke dalam saluran darah, ia boleh menyebabkan bakteremia (jangkitan darah). Bakteremia boleh menyebabkan kejutan septik, satu keadaan yang boleh mengancam nyawa.
Bakteria boleh menyerang selaput otak dan menyebabkan inflamasi yang dinamakan meningitis. Meningitis mengakibatkan kesan yang paling teruk. Risiko kematian atau kerosakan otak akibat jangkitan ini adalah lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak, terutama sekali yang berumur bawah lima tahun. Tanda-tanda meningitis termasuk pening kepala, muntah-muntah, sawan, demam panas dan dalam kes paling teruk, pesakit tidak sedarkan diri.
Pneumokokus juga boleh menyebabkan otitis media (jangkitan pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (keradangan sinus). Jika penyakit ini menyebabkan otitis media, gegendang telinga akan bengkak dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat kepada pesakit selain demam dan gangguan tidur.
TerbaikCara terbaik untuk melindungi keluarga anda daripada penyakit pneumokokal adalah melalui vaksinasi. Menurut WHO, jangkitan pneumokokal adalah punca kematian daripada penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin. Pneumokokus adalah punca utama kematian akibat pneumonia. Lebih 50 peratus kematian akibat pneumonia adalah disebabkan oleh pneumokokus. Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko tinggi mendapat jangkitan yang boleh membawa maut ini dan kajian yang diterbitkan tentang jangkitan pneumokokus menunjukkan kadar morbiditi (penyakit) dan mortaliti (kematian) adalah paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak bawah dua tahun.
WHO pada 2007 mengisytiharkan: "Menyedari beban berat penyakit pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak dan keselamatan serta keberkesanan Vaksin Konjugat Pneumokokal (PCV) dalam kumpulan usia ini, kemasukan vaksin ini dalam Program Pelalian Negara (NIP) adalah satu keutamaan".
Vaksinasi menentang penyakit pneumokokal invasif (IPD) adalah strategi penting untuk menyelamatkan nyawa dan mengurangkan morbiditi kerana ia boleh mencegah kanak-kanak daripada dijangkiti dan mengurangkan penularan bakteria.
READ MORE - Cegah pneumokokal

Bekam cara Korea



Dr. Muhammad Kim Myoung Hwan menunjukkan teknik bekam angin untuk mengeluarkan angin menerusi liang roma.
BEKAM antara kaedah perubatan alternatif tertua di dunia. Menariknya, hampir setiap kaum di dunia mewarisi rawatan kuno ini cuma mungkin nama dan tekniknya berbeza-beza.
Malah ia dikatakan turut terdapat dalam perubatan Islam di mana asal usul bekam bermula dari negara-negara Arab yang memanggilnya al-hijamah iaitu membuang darah kotor.
Manakala masyarakat Cina mendakwa bekam telah diamalkan mereka sejak 1,500 tahun dulu bagi mengubati masalah-masalah kesihatan tertentu.
Di kalangan masyarakat Korea, kaedah alternatif ini juga tidak kurang popularnya. Namun, teknik yang diamalkan mungkin mempunyai sedikit kelainan daripada kaedah bekam masyarakat di sini.
Pemilik pusat terapi Mentari Korea, Datuk Dr. Muhammad Kim Myoung Hwan berkata, perbezaan bekam Korea ialah pada jarumnya.
"Satu pen mempunyai tiga mata jarum jadi proses lebih cepat dan mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh pesakit.
"Bayangkan satu kawasan bekam memerlukan kira-kira 120 lubang. Jika tiga mata jarum digunakan serentak maka hanya 40 kali cucuk sahaja berbanding satu mata jarum," ujar Dr. Kim.
Dengan pengalaman Dr. Kim yang telah lebih 50 tahun terlibat dalam bidang perubatan alternatif, beliau semakin mahir dalam menilai jenis darah dan penyakitnya.
"Ada pesakit yang darahnya sukar keluar walaupun telah dicucuk. Maka sebab itu juru bekam perlu mengetahui cara bekam yang betul.
"Sejak pusat terapi ini dibuka di Malaysia ramai pesakit yang datang bagi mendapatkan rawatan bekam.
"Kalau dulu kebanyakan pesakit saya terdiri daripada orang berusia namun kini sudah ramai orang muda," katanya yang sudah berusia 78 tahun.
Menurut Dr. Kim untuk menampakkan hasil positif, seorang pesakit haruslah menjalani rutin bekam sekurang-kurangnya sekali seminggu sebanyak tiga kali berturut-turut.
"Tubuh manusia ini mengandungi 324 titik darah (blood point) dan jangan ingat apabila sakit di bahagian itu maka bekam di situ.
"Kebanyakan masalah kesihatan terjejas berlaku adalah diakibatkan buah pinggang yang tidak menapis darah dengan baik.
"Kalau di Korea, pembedahan bukanlah pilihan pertama pesakit, kerana mereka terlebih dahulu utamakan rawatan akupuntur atau bekam," Dr. Kim menceritakan pengalamannya.
Tambah beliau, 'ubat' paling mujarab untuk melancarkan 324 titik darah ini ialah dengan senaman.
Malah beliau juga sempat berkongsi rahsia kesihatannya yang tidak pernah lupa untuk berjogging sekurang-kurangnya sejam setiap hari.
"Saya mahu bantu rakyat Malaysia dan Korea mendapatkan hidup yang berkualiti. Bagi pesakit tidak berkemampuan saya juga memberikan rawatan percuma, ini amal jariah saya. Bagi yang mampu pula rawatan saya caj dengan harga RM60 sahaja," katanya.
Menurut Dr. Kim, bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bekam Korea boleh berkunjung ke Pusat Terapi Menteri kini di No. 111, Pasar Besar Gombak, Selangor, selepas berpindah dari Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
READ MORE - Bekam cara Korea

Monday, July 16, 2012

Tips Kesihatan Cara Islam

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:- 1. Bersenam @ beriadah. 2. Mengawal makanan. Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- 1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). 3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
READ MORE - Tips Kesihatan Cara Islam

Tuesday, July 10, 2012

Isnin punca sijil cuti sakit?


SESEORANG yang mempunyai rutin kerja dari Isnin sehingga Jumaat pastinya pernah mengalami sindrom Monday blues.
Ia adalah perasaan murung dan gelisah yang timbul apabila seseorang memikirkan dia terpaksa masuk bekerja semula pada hari Isnin selepas cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad.
Perasaan ini biasanya bermula pada Ahad petang dan berakhir pada Isnin, selepas waktu bekerja.
Ini kerana bagi kebanyakan pekerja, Isnin adalah hari yang paling sibuk dengan pelbagai "dateline" dan mesyuarat penting.
Mungkin juga kerana ada di antara mereka sebenarnya masih berada di dalam mood cuti.
Berbeza dengan hari Jumaat apabila kebanyakan pekerja datang dengan penuh semangat memandangkan cuti hujung minggu mereka akan bermula selepas tamatnya waktu bekerja.
Kemurungan ini memusnahkan mood cuti hujung minggu. Cuti tersebut tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk berehat. Malah ada yang begitu tertekan sehingga mengganggu keintiman suami isteri.
Monday blues ini juga adalah sebab mengapa ramai pekerja sengaja mengambil sijil cuti sakit pada hari Isnin.
Bagi yang datang bekerja, mereka lebih suka menyendiri dan menjadi tidak produktif. Suasana persekitaran juga menjadi hambar dan suram.
Bagi pekerja berpengalaman, mungkin cara paling baik untuk menghadapinya adalah melaluinya dengan sikap yang paling positif.
Anda pula mungkin mempunyai cara tersendiri, tetapi tidak salah untuk mencuba beberapa kaedah di bawah.
Tips mengelakkan Monday bluesPersediaan boleh bermula pada hari Jumaat lagi dengan membuat nota ringkas berkenaan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada Isnin. Ini akan mengelakkan suasana kelam kabut pada hari tersebut.
Kebanyakan orang mengadu susah melelapkan mata pada Ahad malam. Ini kerana mereka banyak berfikir tentang perkara yang remeh-temeh.
Cuba dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh cuba teknik mandian segar menggunakan sabun aromaterapi atau minum teh herba panas tanpa kafein beberapa jam sebelum waktu tidur.
Masuk tidur awal dan jangan menonton televisyen sehingga larut malam.
Pada keesokan harinya pula, mulakan dengan berjoging atau membuat senaman ringkas.
Setengah jam sudah mencukupi untuk merangsang tubuh badan merembes hormon gembira yang dipanggil endorphine.
Fikirkan sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira ke tempat kerja. Contohnya, anda mungkin boleh telefon kawan untuk bersarapan pagi di kopitiam berhampiran atau mendapatkan perkhidmatan teksi ke pejabat.
Nikmati perjalanan tersebut. Datang lebih awal supaya anda berkesempatan untuk menyemak jadual temujanji dan membuat persediaan secukupnya.
Semasa bekerja, berehatlah seketika apabila minda anda semakin kehilangan fokus. Anda boleh berjalan-jalan atau membuat regangan kecil untuk melegakan tekanan.
Otak memerlukan oksigen dan rangsangan untuk berfungsi, terutamanya jika anda bekerja di dalam bagunan yang tidak mempunyai rangsangan cahaya matahari.
Jika anda perlu menghadiri mesyuarat kakitangan, carilah cara untuk menceriakannya. Cubalah tersenyum walaupun anda sendiri tidak menggemarinya.
Rakan sekerja anda juga mungkin begitu. Anda boleh membelikan kuih muih atau coklat bar untuk dikongsi bersama. Manisan adakalanya baik untuk meredakan ketegangan.
Pada waktu rehat tengah hari, cuba penuhkan ruang tersebut dengan aktiviti yang menggembirakan.
Anda mungkin boleh keluar makan bersama kawan, berjalan di kompleks beli-belah atau bersantai di pejabat.
Rancang sesuatu yang istimewa untuk dilakukan pada malamnya. Anda boleh makan malam bersama keluarga, berkaraoke atau menonton wayang.
Anggaplah ia sebagai hadiah selepas anda mengharungi hari isnin yang sibuk dan huru-hara.
Bagi majikan dan ketua jabatan pula, rangsanglah persekitaran jabatan anda sebaik mungkin. Ini boleh dilakukan dengan memulakan sesi bekerja pada Isnin dengan bacaan doa.
Cuba untuk tidak membuat mesyuarat kakitangan atau morning prayer pada hari tersebut.
Sediakan persekitaran yang kondusif untuk mereka menguruskan tekanan kerja dengan baik.
Hari Isnin tetap akan berlalu sama ada anda menghadapinya dengan baik atau tidak. Bagaimanapun, sekiranya perasaan murung tersebut berlarutan hingga ke hari-hari seterusnya, lakukanlah sesuatu.
Anda mungkin perlu menukar kerja atau mendapatkan rawatan doktor.
READ MORE - Isnin punca sijil cuti sakit?

Ketahui penyakit bahagian telinga


SAKIT telinga hingga kadang-kadang menjadi demam dengan telinga yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria pendengaran kurang jelas. Lebih perit, anda berasa sakit dan berdenyut-denyut.
Walaupun ramai yang menganggap ia seperti penyakit telinga biasa, hakikatnya ia boleh berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika tidak dirawat.
Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, Mingguan Malaysiamenemu bual Pakar Telinga , Hidung dan Tekak, Dr. Raymond Tan Suan Kuo.
Menurut Dr. Raymond, terdapat tiga bahagian di dalam telinga iaitu bahagian luar, tengah dan dalam.
"Bahagian luar telinga terdiri dari pina dan saluran atau kanal telinga luar. Bahagian dalam telinga merupakan rerongga yang bermula daripada gegendang dan mengandungi tiga tulang kecil (stirup,anvil dan hamma). Bahagian dalam telinga disambungkan ke tekak oleh tiub Eustachio.
Sementara itu, bahagian tengah telinga mengandungi koklea, organ pengimbang dan sarafnya," jelasnya yang kini bertugas di Hospital Pantai Ampang dan Pusat Perubatan Taman Desa.
Tambah beliau, terdapat pelbagai jenis masalah telinga misalnya, kesakitan telinga yang mungkin berpunca daripada jangkitan tonsil, rahang atau sinus.
READ MORE - Ketahui penyakit bahagian telinga

Sihat, cantik seiring

KESIHATAN tubuh badan merupakan aset penting bagi wanita dan tidak kurangnya bagi lelaki. Namun semakin meningkat usia, tubuh badan kehilangan kolagen.

Kita memerlukan kolagen kerana ia merupakan sumber protein bagi memastikan kulit sentiasa anjal, lembap, tegang, dan mampu melambatkan proses penuaan.

Bagi lelaki yang merokok, ia boleh menyebabkan kandungan kolagen berkurang dan anda perlukan kolagen bagi memastikan proses penuaan tidak berlaku.

Selain itu, kolagen penting untuk mengembalikan keanjalan kulit dan payu dara. Wanita yang mengalami masalah keguguran rambut juga perlu mengambil kolagen kerana ia mampu menguatkan rambut daripada keguguran.

Pengambilan produk kolagen adalah kaedah alternatif bagi suntikan botox bagi menangani masalah tersebut.
Perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang dalam masa dua bulan lagi, merupakan masa terbaik untuk anda yang inginkan raut wajah tampak anjal, berseri, dan awet muda.

Dengan adanya produk keluaran Sun Fabulous Sdn. Bhd, CollaB'utee ialah produk kolagen terbaik untuk lelaki dan wanita kerana ia mengandungi komponen antioksidan Vitamin C beserta Gluthathione dan Astaxanthin yang mampu mengelakkan kulit menjadi kering, mengurangkan kedutan kulit dan menambahkan seri di wajah.

KesanBibir anda akan sentiasa lembap dan CollaB'utee ini juga mampu memutihkan kulit anda disebabkan oleh komponen Gluthathione dan Astaxanthine yang bertindak secara efektif bersama Vitamin C. Bagi kaum wanita, payu dara anda akan kembali anjal dan kesan-kesan positif boleh dilihat dalam masa seawal 10 hari sahaja.

Bagi pengacara TV Al-Hijrah, Tun Nurul Huda, kesihatan dan kecantikan tidak boleh dipisahkan di mana untuk nampak cantik, seseorang itu harus sihat. Tambahnya, ada pendapat apabila seseorang wanita sudah berkahwin kecantikannya akan turut luntur.

Sebaliknya, seseorang itu mesti yakin bahawa dirinya cantik kerana individu itu saja sahaja yang tahu di mana letak nilai kecantikannya.

Sebab itulah, dia mengambil keputusan mengambil suplemen pada umur yang masih muda. Sebagai stokis CollaB'utte Selangor dia tidak ketinggalan mencuba kolagen tersebut.
"Selepas menggunakan kolagen ini, saya dapati kulit saya lebih tegang berbanding dulu. Bahkan, hormon saya lebih stabil walaupun selepas melahirkan dua anak," ungkapnya sambil tersenyum.
READ MORE - Sihat, cantik seiring

Kutil bahagian sulit tidak mudarat | SOAL JAWAB

SALAM doktor. Saya seorang remaja berumur 13 tahun. Saya ada masalah dengan bahagian sulit. Kemaluan saya seolah-olah berkedut di bahagian tepi, berwarna hitam dan boleh ditarik. Apabila saya berjalan atau duduk saya sering tidak selesa kerana terpaksa memasukkan seperti lebihan kulit masuk ke dalam. Masalah keputihan saya juga makin teruk. Kalau dulu berwarna putih jernih sekarang menjadi kekuningan dan berbau. Apakah jalan penyelesaiannya?
Remaja malu, Selangor

l Jawapan:

Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah ini. Mungkin sudah agak lama permasalahan ini membelenggu pemikiran adik. Usahlah malu, insya-Allah ada jalan penyelesaiannya.
Saya agak apa yang dialami oleh adik sudah bertahun-tahun (atau mungkin sejak kecil lagi). Tidak pula adik nyatakan dalam pertanyaan di atas. Pada kebiasaannya, ia suatu ketumbuhan (kutil) yang jinak dan tidak bermasalah. Ketumbuhan yang ganas akan membesar dalam masa singkat. Kutil sebegini dikenali sebagai cutaneous skin tag, seperti kulit yang terlebih tumbuh. Kebiasaannya berlaku pada bahagian lipatan iaitu di leher, ketiak dan celah paha (pangkal paha). Ia tidak memudaratkan dan tidak sakit serta tidak membesar dalam masa singkat. Ia bertukar rupa dan mungkin menimbulkan kesakitan jika terluka dan dijangkiti bakteria.

Rawatan

Wanita yang mengalaminya disaran berjumpa pakar kulit bagi mendapatkan diagnosis sebenar dan rawatan yang tepat.
Masalah keputihan adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Ia permasalahan yang kerap berlaku dalam kalangan gadis dan juga wanita dewasa. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Simptom biasa adalah rasa gatal yang teramat sangat pada bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar pada bahagian kemaluan), pengeluaran cairan dari faraj yang berwarna putih dan berkeladak, berketul-ketul menyerupai susu basi serta mungkin bertukar menjadi kekuningan dan berbau.
Dalam keadaan normal, kehadiran candida albicans dalam tubuh manusia tidak menimbulkan gangguan. Gangguan hanya akan muncul apabila keseimbangan populasi flora normal ini mengalami perubahan. Perubahan keseimbangan flora normal dalam faraj terjadi kerana beberapa hal, antara lain semasa menstruasi dan kerap membasuh bahagian faraj dengan sabun atau pencuci faraj secara berlebihan. Ini menyebabkan perubahan keadaan hormon yang pada akhirnya akan mempengaruhi keasidan pH pada bahagian faraj. Adanya perubahan pH ini akan mempengaruhi keseimbangan flora normal yang ada di dalamnya dan menyebabkan flora yang tidak normal membiak secara berlebihan.
Pemeriksaan
Rawatan untuk masalah keputihan dilakukan dengan menggunakan ubat antikulat (antijamur). Tindakan tanpa ubat yang patut juga dipraktikkan adalah dengan menghindari penggunaan sabun atau wangian pada bahagian faraj untuk mencegah iritasi, menjaga agar bahagian tersebut tetap bersih dan kering serta menghindari penggunaan pakaian dalam yang ketat dan tidak dapat menyerap peluh. Jumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Anda disarankan menjaga bahagian kemaluan agar sentiasa bersih dan tidak lembap. Penggunaan cairan pembasuh faraj harus dilakukan secara bijaksana dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asidik yang juga lingkungan normal bagi flora normal (mikroorganisme yang dalam jumlah normal tidak menyebabkan penyakit) di bahagian faraj. Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan penggunaan cairan pembilas faraj yang bersifat basa atau alkali (mengandungi sabun) dapat meningkat pertumbuhan flora secara abnormal.
Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj secara berpada-pada dan tidak keterlaluan.
READ MORE - Kutil bahagian sulit tidak mudarat | SOAL JAWAB

Pembunuh utama wanita

sakit jantung dan strok merupakan pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Menggerunkan tetapi inilah hakikat yang berlaku di mana penyelidikan mendapati ia berlaku ke atas seorang daripada setiap empat wanita.

Malangnya berdasarkan hasil kaji selidik melalui program Kesedaran Kesihatan Jantung Wanita yang telah dijalankan oleh Pertubuhan Kesihatan Jantung Wanita (WH2O) mendapati, pengetahuan umum dan kesedaran mengenai penyakit ini masih rendah sama ada di kalangan wanita mahupun lelaki.

Pengerusi WH2O, Tan Sri Dr. Robaayah Zambahari berkata, kematian akibat serangan jantung dan strok di kalangan wanita hampir dua kali lebih lazim daripada kematian akibat kanser.

"Maka dengan itu, apa yang terjadi lebih banyak kematian di kalangan wanita akibat serangan jantung atau strok dan ia menjadi satu trend yang tidak berubah sejak 10 tahun lalu.

"Hasil tinjauan menunjukkan di kalangan responden memberi tanggapan salah bahawa sakit jantung dan strok tidak selalunya terjadi dan tidak pernah berlaku pada wanita sebelum putus haid.

"Bagaimanapun, majoriti responden mengetahui faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit tersebut seperti diabetes, masalah berat badan dan mempunyai bahagian pinggang yang besar.

"Selain itu mereka juga menyedari hakikat bahawa penurunan berat badan yang sederhana akan mengurangkan dengan jelas risiko sakit jantung," jelasnya pada sidang akhbar di Institut Jantung Negara (IJN), di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif IJN menyatakan, kaji selidik dijalankan ke atas 5,195 responden berumur di antara 20 tahun hingga 70 tahun.

Responden dipilih terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti pelajar, profesional, pekerja pejabat, suri rumah, pesara dan sebagai.

Menurut Robaayah, WH2O, yang ditubuhkan pada Mei tahun lalu, mempunyai objektifnya tersendiri iaitu ingin meningkatkan kesedaran dalam penyediaan penjagaan kesihatan.

Ini terutamanya berkaitan aspek membangunkan strategi pencegahan terhadap serangan jantung dan strok di kalangan wanita serta menyediakan pendidikan perubatan yang berterusan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, terdapat pelbagai rawatan yang disediakan untuk penyakit jantung kardiovaskular termasuk ubatan, pembedahan pintasan arteri koronari (CABG) dan percutaneous coronary intervention (PCI) yang lebih dikenali sebagai belon angioplasti.

Angioplasti adalah rawatan apabila doktor memasukkan tiub ke dalam salur arteri koronari dan mengembungkan belon di dalamnya lalu 'stent' yang menyerupai dawai kasa dibiarkan bagi memastikan arteri terbuka dan tidak menyempit kembali.

Terdapat pelbagai jenis stent yang digunakan dalam teknik angioplasti iaitu yang menggunakan logam (BMS), ubat (DES) dan kejuruteraan biologi (BES).

"Setiap pesakit berbeza dari segi tahap stenosis koronarinya, sama ada mengecil atau tersumbat serta keadaan fizikalnya. Maka jenis terapi akan disyorkan sewajarnya," katanya.
READ MORE - Pembunuh utama wanita

garam nyah toksin



Nur Ain Zainal (kiri) menerangkan mengenai rawatan yang disediakan di Red Kebaya Spa.

Rutin harian yang melibatkan banyak aktiviti luar menyebabkan badan sentiasa terdedah kepada pencemaran.

Lantaran itu, ia mendorong berlaku pertambahan ion negatif dalam tubuh menyebabkan sistem badan menjadi lemah dan memerlukan sesuatu yang boleh meneutralkan kembali sistem tersebut.

Menyedari kepentingan penjagaan kesihatan agar badan kekal sihat dan bertenaga, Red Kebaya Spa menawarkan rawatan terapi Thalasso untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita.

Pengurusnya, Nur Ain Zainal, 32, berkata, terapi Thalasso menggunakan garam Bukit Kristal sebagai bahan utamanya.

"Terapi ini menggunakan garam yang diamalkan oleh masyarakat zaman Yunani dulu. Thalasso itu sendiri membawa maksud laut dan mempunyai banyak kebaikan kepada badan.

"Terapi ini baik untuk membuang toksin dan mengharmonikan ion positif dan ion negatif di seluruh badan. Ia juga membantu melancarkan peredaran darah dan memberi ketenangan kepada fikiran," katanya.

Tambah Nur Ain lagi, pelanggan yang selalu melakukan terapi ini dapat menambahkan keyakinan diri dan sentiasa bersemangat untuk melakukan kerja seharian mereka.

Selain melembut dan merawat masalah kulit ia juga mengurangkan masalah selesema yang dihadap akibat kelemahan sistem imunisasi dalam badan.

"Rawatan terapi menggunakan garam ini merangkumi urutan pada seluruh badan yang berharga RM189.
"Seluruh kaki akan direndam dengan air garam untuk tempoh 30 minit. Kemudian diikuti proses melulur seluruh badan menggunakan garam yang telah dikisar halus.

"Kemudian, pelanggan akan mandi di dalam jakuzi menggunakan campuran air garam. Selepas itu baru diikuti dengan proses urutan," katanya.

Menurut Nur Ain, selain mendapatkan rawatan terapi di sini, pelanggan juga boleh mandi menggunakan air rendaman garam bukit kristal ketika berada di rumah.

"Mereka hanya perlu bancuhkan garam bersama air biasa dan rendamkan kaki selama 30 minit ataupun campurkan air bancuhan untuk dimandi bersama-sama," katanya.

Tambahnya lagi, kelainan dekorasi di sini menggunakan konsep moden dan tradisional.
"Terdapat lima bilik rawatan khas disediakan iaitu tiga bilik untuk rawatan muka dan dua bilik untuk rawatan badan dengan satu bilik khas berserta jakuzi," katanya.

Katanya, selain kepuasan pelanggan yang menjadi keutamaan, kami amat mementingkan perkhidmatan rawatan yang diberikan kepada mereka.

"Mereka yang yang berkunjung ke sini diibaratkan seperti menyerahkan sepenuh diri mereka untuk di rawat dan dibelai sepanjang sesi rawatan dijalankan.

"Urutan dan sentuhan yang penuh kasih sayang penting ketika memberi rawatan supaya mereka berasa selesa dan tenang," katanya.

Tambahnya, terdapat juga rawatan lain di tawarkan iaitu, rawatan muka dan pelangsingan badan.
"Kami juga bekerjasama dengan Marissa Aesthetics& Wellness Centre untuk program pelangsingan Marissa Scientific," katanya.

Tambahnya, lokasi di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor, yang agak eksklusif ini memberikan ketenangan kepada pengunjung.

"Kebiasaannya mereka yang datang ke spa ini kerana inginkan ketenangan dan jauh daripada kebisingan dan kesibukan kota.

"Lokasi ini juga memudahkan pelanggan yang datang dari semua arah selain terdapat tempat letak kereta percuma," katanya.

Red Kebaya Spa boleh dihubungi di 016-3350352.
READ MORE - garam nyah toksin

Lelaki kurang sedar

DUNIA hari ini menyaksikan pelbagai jenis penyakit ‘menyerang’ manusia di mana ia seakan-akan berlumba untuk menduduki carta teratas.
Hari ini juga menyaksikan tanpa mengira jantina, baik lelaki mahupun wanita, mereka tidak terlepas dijangkiti ataupun ‘diserang’ penyakit-penyakit yang berbahaya akibat daripada gaya hidup yang diamalkan.
Dan yang terkini, amaran untuk kaum Adam di mana Hiperplasia Prostat Tidak Berbahaya (BPH) iaitu pembesaran kelenjar prostat boleh ‘menyerang’ tanpa anda ketahui akan kewujudannya.
Lazimnya, mereka yang berumur 50 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit ini.
Menurut Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Azad Hassan A. Razack, angka untuk penyakit ini akan meningkat setiap tahun dan peningkatan tersebut adalah bersangkutan dengan populasi penduduk negara ini yang semakin meningkat atau dalam erti kata mereka yang meningkat usia (warga emas) semakin banyak.
Tambah beliau, keadaan ini semakin membimbingkan ditambah pula dengan tahap kesedaran di kalangan lelaki terhadap penyakit ini masih rendah.
“Walaupun penyakit ini tidak boleh membawa maut, tetapi jumlahnya semakin meningkat dari sehari ke sehari.
“Perlu diingatkan, penyakit ini tidak seperti penyakit-penyakit lain. Untuk itu, sekiranya ia dapat dikesan dari awal, penyakit ini mampu diubati.
“Jadi dinasihatkan agar sekiranya mereka (lelaki) mengalami masalah dengan sistem atau saluran kencing, segeralah berjumpa doktor," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Kata beliau lagi, BPH adalah antara penyakit yang menjadi risiko utama kaum lelaki, tetapi masih ramai di kalangan mereka tidak memiliki kesedaran dan pengetahuan mengenai bahayanya penyakit ini.
Mereka mengambil mudah terhadap ancaman kesihatan ini malah sesetengahnya berasa malu, rendah diri dan bimbang jika disahkan menghidap penyakit ini.
Keadaan ini menyebabkan mereka lebih rela menanggung kesakitan dalam diam daripada berusaha mendapatkan rawatan awal.
BPH adalah keadaan pembesaran kelenjar prostat yang kebiasaannya terjadi di kalangan lelaki berumur lebih daripada 50 tahun.
“Lebih daripada 50 peratus penghidap BPH ialah di kalangan lelaki yang berumur 60 tahun ke atas, sementara bagi mereka yang berumur 85 tahun ke atas BPH adalah lebih daripada 90 peratus.
“Daripada kajian yang dilakukan mendapati sebanyak 72 peratus lelaki yang diserang penyakit ini tidak mengetahui simptom-simptomnya, manakala 40 peratus lagi tidak berbuat apa-apa setelah mengetahui mereka menghidap penyakit ini," kata Prof. Azad.
Menurut beliau lagi, kelenjar prostat ini biasanya bersaiz sebesar buah berangan, membaluti uretra di antara tulang puik dan rektum, dan berada di bawah pundi kencing.
Pada peringkat awal pembesaran prostat, otot pundi kencing menjadi lebih tebal dan memaksa kencing melalui uretra yang sempit dengan mengecut dengan lebih kuat.
Kesimpulannya, otot pundi kencing mungkin menjadi lebih sensitif, mengakibatkan keinginan untuk kencing lebih kerap dan secara tiba-tiba.
Apabila kelenjar prostat semakin besar maka uretra akan ditekan dengan lebih kuat, pundi kencing mungkin tidak dapat membendung masalah ini sepenuhnya dan mengosong dengan sempurna.
Kelenjar prostat menjadi lebih besar akibat pertambahan bilangan sel (hyperplasia) dan beberapa jenis faktor yang mungkin terlibat dalam berlakunya kejadian ini, termasuk androgen (hormon lelaki), estrogen atau faktor pembesaran.
Aliran kencing lemah
Jelas Prof. Azad, antara simptom-simptom BPH yang dialami pesakit ialah keluar masuk tandas berulang kali (kekerapan), sukar menahan daripada membuang air kecil (terdesak) dan kerap bangun di tengah malam untuk membuang air kecil.
Sudah tentu katanya, simptom-simptom ini tidak menyenangkan dan mempengaruhi gaya dan kualiti hidup pesakit.
Selain itu, Prof. Azad turut menyatakan BPH boleh menyebabkan masalah kencing seperti pengaliran kencing yang lemah, gagal mengosongkan pundi kencing sepenuhnya serta air kencing meleleh atau menitis semasa kencing.
Beliau memberitahu, pemeriksaan awal amat penting bagi memastikan sejauh mana seriusnya pembengkakkan tersebut dan rawatan yang sesuai akan ditentukan.
Katanya lagi, setakat ini ada ubat untuk rawatan penyakit ini yang bertindak mengecutkan kelenjar prostat dan sekali gus membolehkan kencing menjadi lawas.
Ada juga ubat yang berfungsi untuk melonggarkan kelenjar prostat bagi tujuan memudahkan proses membuang air kecil.
Namun menurut Prof. Azad, sekiranya pesakit berada di peringkat serius pembedahan perlu dilakukan sama ada secara sistem laser ataupun pembedahan.
- Mariatul qatiah zakaria
READ MORE - Lelaki kurang sedar

Penyakit kronik kanak-kanak



Dr. Norzila Mohamed Zainudin ( dua dari kiri ) melancarkan komik Apa sudah jadi dengan Max? bersempena dengan Hari Asma Sedunia 2012, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
SIKAP tidak mahu mengambil tahu serta kurang kesedaran tentang penyakit asma adalah punca meningkatnya bilangan penghidap penyakit ini di tahap kronik terutama di kalangan kanak-kanak.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 300 juta penduduk di seluruh dunia menghidap asma dan angka tersebut dijangka bertambah sebanyak 100 juta menjelang tahun 2025.
Penyakit tersebut dihidapi olah semua peringkat usia namun ia merupakan penyakit kronik yang paling banyak dihidapi oleh kanak-kanak.
Di Malaysia saja, penyakit ini menjejaskan kira-kira 10 peratus hingga 13 peratus penduduk dengan sebilangan besar masih di bawah rawatan.
Kajian oleh Majlis Asma Malaysia (ACM) pula menunjukkan 66 peratus pesakit asma di negara ini tidak pernah menjalani ujian fungsi paru-paru.
Selain itu, dianggarkan juga 32 peratus pesakit asma telah tertinggal kerja dalam jumlah enam hari setahun kerana penyakit itu manakala sebanyak 21 peratus penghidap mengalami gangguan tidur.
Lebih mengejutkan 52 peratus daripada kanak-kanak tidak hadir ke sekolah akibat asma, yang turut menyebabkan kegagalan dalam kegiatan fizikal, sosial dan 67 peratus daripada mereka tidak menerima sebarang rawatan.
Pakar Runding Pediatrik dan Doktor Dada Hospital Kuala Lumpur, Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata, terdapat ramai pesakit asma di seluruh dunia yang mempunyai keperluan yang tidak dipenuhi, sebab itu ia membawa kepada kawalan asma yang lemah.
Selain itu katanya, kekurangan pengetahuan dan juga salah faham mengenai penyakit asma serta rawatan yang diberikan tidak terperinci juga penyebab kekangan dalam membendung penyakit ini.
Beliau berkata, kajian menunjukkan bahawa rawatan yang sempurna membolehkan hampir semua pesakit asma dapat mengawal asma dengan baik dan seterusnya membantu mereka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti di sekolah, tempat kerja dan lain-lain.
"Justeru pendidikan dari usia muda merupakan aspek utama dalam membentuk kesedaran tentang penyakit asma.
"Kawalan dan pengurusan asma yang baik akan membolehkan pengidapnya menjalani kehidupan aktif dan sihat seperti orang normal yang lain.
"Kesedaran mengenai asma adalah sama pentingnya dengan cara pengawalan asma yang baik," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Dr. Norzila, asma adalah sejenis penyakit yang biasa di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia dan penyakit tersebut turut meningkat pada kadar tertinggi yang dihidapi oleh anak-anak kecil ini.
"Kawalan asma di kalangan kanak-kanak kurang diberi perhatian sepenuhnya di samping itu, ia turut menyekat aktiviti gaya hidup kanak-kanak ini.
"Ibu bapa perlu menitik-beratkan tentang permasalahan penyakit ini kerana jika ia tidak dirawat dan dicegah ia boleh membahayakan pesakit tersebut," katanya.
Beliau berkata, kesedaran adalah satu cara untuk mencegah seseorang daripada penyakit asma ini dan ia boleh dielakkan jika pesakit mempunyai pendidikan dan pengetahuan yang baik.
Bersempena dengan Hari Asma Sedunia 2012 baru-baru ini, sebuah buku komik mengenai asma yang bertajuk Apa Sudah Jadi Dengan Max? telah dilancarkan oleh ACM dengan sokongan GlaxoSmithKline.
Pelancaran buku ini bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap asma dan pengurusannya di kalangan penghidap kanak-kanak yang merangkumi sejumlah 4.9 hingga 13.8 peratus dalam keseluruhan populasi kanak-kanak.
READ MORE - Penyakit kronik kanak-kanak

Minda jana tenaga


WALAUPUN stres dikatakan ada baiknya, namun jika ia berpanjangan pasti mengundang kemudaratan. Banyak kajian membuktikan bahawa tekanan minda serta bebanan tanggung jawab yang banyak dan berterusan mempertingkatkan risiko penyakit dari aspek kardiovaskular, muskular dan yang paling membimbangkan ialah penyakit mental.
Kekuatan mental amat penting malah minda yang sihat mampu menjana tenaga yang maksimum.
Ahli terapi minda dari Annabella House of Therapy, Shamsilawati Abdul Rahmanberkata, apabila minda seseorang positif, tubuh badan yang kurang sihat juga pasti dapat menjana tenaga.
"Propaganda kekayaan itu segala-galanya adalah tidak benar. Buktinya ramai pelanggan yang datang ke pusat terapi saya memang tidak mempunyai masalah kewangan namun tetap tidak merasai kehidupan yang tenang.
"Apabila resah mereka didatangi pelbagai sakit seperti pening kepala, lenguh-lenguh badan yang secara tidak langsung menambah keresahan hati mereka.
"Formula saya, bukanlah kekayaan itu segala-galanya, jika kita tenang pasti kekayaan itu akan datang. Apabila kita tenang tubuh yang mengalami sakit sedikit juga akan merasa lebih sihat," jelasnya ketika ditemui di pusat terapinya yang terletak di Prima Saujana, Kajang, Selangor, baru-baru ini.
Shamsilawati juga berkongsi cerita salah seorang pelanggannya iaitu seorang remaja yang tertekan dan mahu membunuh diri.
Malah beberapa selebriti antarabangsa yang kaya dan terkenal juga akhirnya menamatkan riwayat hidup mereka sendiri.
"Ketenangan sesuatu yang telah dikurniakan dalam diri setiap manusia, tetapi manusia adakalanya tidak tahu atau terlupa untuk mencarinya.
"Jika buntu, maka bantuan amat diperlukan bagi memastikan diri tidak terjebak dengan tindakan yang negatif. Terapi minda adalah salah satu caranya.
"Bercakap soal keberkesanan terapi minda, sebenarnya ia amat bergantung kepada diri individu itu sendiri manakala ahli terapi sebenarnya hanya memberi panduan untuk cara mereka 'memprogram' semula pemikiran yang telah bercelaru.
"Selain itu kerjasama daripada ahli keluarga, keadaan sekeliling juga merupakan faktor agar individu terbabit tidak terjebak semula dalam kekacauan jiwa yang telah dialaminya sebelum ini.
"Ia ibarat benih yang kalau diletak di tempat yang salah, ia pasti tidak akan bercambah dengan sempurna," jelas Shamsilawati yang berpengalaman lebih lima tahun dalam bidang terapi minda.
Sempat berkongsi satu kes yang pernah dikendalikannya, iaitu seorang anak tunggal yang mana ayah dan ibunya masing-masing berpendapatan kira-kira RM7,000 sebulan.
"Anak ini bermasalah dari segi sikap dan pergaulannya. Dia dihantar ibunya ke sini. Setelah proses mengenali dan bersoal jawab dia sebenarnya tertekan dengan sikap ayahnya yang suka berjudi nombor ekor, panas baran dan tidak pernah solat.
"Akibat terlalu bencikan keadaan tersebut, anak ini memberontak dengan cara psikologi, malah dia juga dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah rendah.
"Dia juga seorang remaja yang amat malas untuk melakukan apa-apa, ibunya pula bersikap terlalu defensif. Dalam kes ini sebenarnya yang memerlukan terapi minda ialah ibu dan bapanya juga, sebab jikalau hanya anak yang dirawat kemungkinan besar masalah yang sama akan timbul kembali," cerita Shamsilawati lagi.
Minda dan tubuh perlu harmoni
Shamsilawati berkata, apabila tubuh, minda dan jiwa tidak selari dan harmoni, akan timbul kecelaruan dan akhirnya memberi kesan kepada tubuh.
"Dengan terapi yang betul, semua faktor penting ini boleh diprogram semula.
"Pendekatan terapi empat elemen seperti tanah, angin, api dan air memberi kelebihan buat fizikal individu yang lemah. Sesi terapi empat elemen ini boleh dilakukan secaraone-to-one atau secara berkumpulan bergantung kepada jenis masalah mereka.
"Terapi empat elemen ini mengutamakan teknik pernafasan selain beberapa teknik alami lain. Yang paling utama adalah keberkesanannya.
"Untuk itu, individu yang mahu terlibat perlu mempersiapkan diri dengan rela, jujur pada diri sendiri dan berdisiplin untuk mengulang sesi terapi selagi perlu.
"Jika semua ini ada pasti ia akan memberikan satu lembaran baru dalam hidup anda," katanya
READ MORE - Minda jana tenaga

Mengekalkan momentum | SOAL JAWAB


SOALAN:

ASSALAMUALAIKUM Dr., sebagai seorang pekerja saya ingin meminta pendapat bagaimana cara terbaik mengekalkan motivasi diri yang semakin hilang. Dulu sewaktu mula bekerja saya begitu bersemangat, menepati masa, bersungguh-sungguh dan sentiasa ceria. Kini, keadaan sebaliknya berlaku hingga saya sudah tidak peduli sama ada akan dinaikkan pangkat atau tidak. Apa yang perlu saya lakukan?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam. Motivasi diri akan hilang apabila kita tidak memperbaharui matlamat, mengganjari diri, menambah ilmu, mempertajamkan kemahiran dan bergaul dengan orang yang negatif. Sewaktu kita mula bekerja dahulu, diri rasa bersemangat sebab begitu banyak perkara yang mahu dipelajari dan diterokai. Apabila setiap hari melakukan kerja yang sama akhirnya kita rasa hilang semangat disebabkan semua kerja itu sudah boleh dilakukan dengan baik. Malah rutin kerja yang biasa mula membosankan dan tidak mencabar lagi.
Tambah ilmuSebab itulah perlu tambah ilmu melalui pembacaan dan latihan agar kita memperolehi input-input baru supaya lebih kreatif dan inovatif dalam pekerjaan. Ada ketikanya apa yang sudah dilakukan dengan baik itu belum tentu cara terbaik melakukannya. Mungkin ada ruang bagi menjimatkan kos, mempercepatkan proses atau menambah kualiti. Dengan berfikiran kritis maka ia membuka ruang bagi kita berfikir dan bermulalah satu proses pembelajaran yang baru serta membuka peluang bagi kita meningkatkan diri. Ada juga yang hilang motivasi diri disebabkan apa yang dijangkakan olehnya tidak berlaku.
Tidak kondusifMisalnya, suasana kerja yang tidak kondusif, hubungan antara pekerja yang tidak harmoni selain pendapat dan pandangan yang sering dicantas. Apa sekali pun, ingatlah bahawa kita lakukan semua pekerjaan itu dengan baik bukan hanya untuk organisasi tetapi sebenarnya untuk kita. Apa juga hasil kerja yang telah dilakukan itu akan menjadi aset diri yang membuatkan nilai kita semakin tinggi dalam pasaran bukannya semakin rendah.
READ MORE - Mengekalkan momentum | SOAL JAWAB

Monday, July 9, 2012

Bantuan berpantang tradisional



TEKNIK memakai bengkung dengan mudah turut diajar bidan.
AMALAN berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung mungkin dianggap remeh bagi sesetengah wanita zaman sekarang kerana merasakan ia menyusahkan dan tidak penting.
Faktor jauh daripada orang tua membuatkan mereka memandang ringan kepentingan amalan berpantang.
Hakikatnya, jika tidak menjaga badan sebaik saja selepas bersalin, kesan seperti peranakan jatuh dan badan semakin berisi terutamanya di bahagian bawah akan terserlah. Maka pusat pelangsingan dan pelbagai perubatan moden yang mencecah kos tinggi menjadi buruan mereka.
Kesannya tidak dirasai serta-merta. Apabila melalui kelahiran lebih sekali, usia meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh, sakit pinggang dan kebas tangan sehingga lemah badan.
Bagi yang memerlukan bantuan berpantang dan tidak tahu caranya, usah gusar kerana ada pusat penjagaan wanita dan spa yang menyediakan perkhidmatan seperti disediakan oleh Gsue Beauty yang terletak di Dataran Pandan Prima, Ampang, Selangor.
Menurut pemiliknya, Maziah Mohamad Aziz, dua pekerja mereka akan ke rumah pelanggan bagi membantu melakukan rawatan bersalin dan penjagaan rapi ibu secara eksklusif malah bayi baru lahir turut disempurnakan oleh bidan berpengalaman.
"Tugas bidan yang akan ke rumah pelanggan adalah menjalankan rawatan berpantang lengkap daripada urutan tradisional dan pemulihan badan, bertungku, bertangas, mengikat kain bengkung, memakaikan param dan pilis, menyediakan mandian herba ibu bersalin serta mandian bunga, memasak menu berpantang yang berkhasiat dan minuman herba serta akar kayu.
"Selain itu, mereka juga menguruskan keperluan bayi baru lahir seperti mandian bayi, urutan bayi dan mengajar ibu-ibu yang kurang berpengalaman menjaga bayi baru lahir dengan sempurna.
"Kami memahami ramai wanita terutama ibu muda kurang arif dengan amalan berpantang kerana berkemungkinan jauh daripada orang tua mereka. Maka perkhidmatan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka," ujarnya yang turut mengusahakan sebuah lagi spa di Damansara Damai, Petaling Jaya.
Sambungnya, bidan juga memainkan menangani masalah emosi yang sering dialami wanita selepas bersalin, memberi nasihat dan petua serta menyediakan bahan-bahan keperluan berpantang.
Secara tidak langsung, mereka akan mengajar ibu-ibu menjalani proses pemulihan dengan teratur dan mudah di samping memberikan pengalaman berguna untuk proses berpantang seterusnya.
Kursus perbidanan Melihat semakin kurang mereka yang layak bergelar bidan menjaga ibu berpantang, Gsue Beauty terpanggil mengadakan kursus dan latihan lengkap bagi membantu menjana pendapatan wanita yang berminat dalam bidang perbidanan dan kecantikan.
Program selama dua hari iaitu pada 14 dan 15 Julai ini bakal memberikan pendedahan tentang cara rawatan tradisional berpantang iaitu teknik lulur, bertungku, bertangas, pemakaian bengkung, mandian herba dan penjagaan bayi.
Kursus yang diadakan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Gsue Beauty itu turut menekankan teknik urutan tradisional yang betul terutamanya menaikkan rahim serta merawat urat saraf dan sengal-sengal badan.
Segala pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan eksklusif rawatan bersalin dan penjagaan rapi ibu atau kursus tersebut, boleh menghubungi 016-2288124 atau 03-61404214.
READ MORE - Bantuan berpantang tradisional

Pradiabetes 'pintu' penyakit kronik


TAHUKAH anda satu daripada tujuh orang dewasa di Malaysia menderita penyakit diabetes? Selain itu, 60 hingga 70 peratus penghidap diabetes mengalami pelbagai bentuk kerosakan saraf? Ini diburukkan lagi oleh fakta ini: Adakah anda menyedari risiko pemotongan anggota adalah 27.7 kali ganda lebih besar bagi mereka yang menghidap diabetes dan 50 peratus daripada semua kes pemotongan anggota berlaku pada mereka yang berpenyakit diabetes?
Paling menakutkan ialah ramai tidak mengetahui mereka menghidapi pradiabetes. Pradiabetes berlaku apabila paras gula darah meningkat lebih tinggi daripada biasa tetapi tidak cukup tinggi untuk diklasifikasikan sebagai diabetes. Mereka yang mengalami pradiabetes bukan sahaja menghadapi risiko tinggi untuk menderita diabetes, bahkan berhadapan risiko serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kebutaan dan kerosakan saraf.
Pradiabetes dan diabetesPradiabetes dan diabetes jenis II lazimnya bermula dengan penentangan insulin. Para penyelidik kini mengetahui diabetes bukan tiba-tiba muncul tanpa sebarang sebab. Sebelum didiagnosis menghidap diabetes, anda lazimnya mengalami pradiabetes. Cara terbaik memerangi diabetes di peringkat pradiabetes adalah dengan melakukan kegiatan fizikal selama 30 minit setiap hari, makan makanan sihat serta mengambil suplemen kesihatan tertentu, yang boleh mengurangkan secara mendadak risiko menghidapi diabetes jenis II.
Paras gula darah (glukosa) dalam badan kita dikawal oleh insulin - sejenis hormon yang diolah di dalam organ pankreas. Insulin membantu mengangkut glukosa daripada darah melalui membran sel dan memasukkannya ke dalam sel badan. Selagi membran sel terus sensitif terhadap insulin, pengangkutan berulang-alik glukosa ke dalam sel akan berlaku dengan cepat dan licin. Sebaliknya, apabila membran sel ini menjadi tidak sensitif terhadap insulin (penentangan insulin), maka pankreas terpaksa mengepam keluar lebih banyak insulin untuk memaksa glukosa memasuki sel. Apabila usaha ini tidak begitu berkesan, akibatnya terdapat paras gula yang tinggi beredar dalam darah (pradiabetes). Lama-kelamaan, pankreas tidak berupaya lagi mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk mengawal gula darah; maka diabetes jenis II akan menular.
Kerosakan sarafJika anda mempunyai paras gula darah yang tinggi seperti dalam keadaan pradiabetes atau diabetes, kemungkinan besar anda sudah mengalami beberapa bentuk kesakitan atau kerosakan saraf yang dikenali sebagai neuropati diabetes yang akan menjejaskan saraf di jari kaki, kaki, paha, tangan dan lengan. Denyutan, kekebasan, rasa kepanasan dan kehilangan deria rasa, antara tanda-tanda biasa neuropati diabetes atau kerosakan saraf.
Pemeriksaan berkalaWalaupun anda menganggap diri tidak berisiko, pakar menasihatkan mereka yang berumur lebih 35 tahun supaya menjalani pemeriksaan paras gula darah setiap tahun.
Mecobalamin - Vitamin B12 Walaupun pemeriksaan berkala dan ujian gula darah itu penting, anda juga wajar mengambil mecobalamin, bentuk Vitamin B12 yang aktif, bagi membantu mewujudkan saraf yang sihat serta melindungi daripada proses kemerosotan sistem saraf.
READ MORE - Pradiabetes 'pintu' penyakit kronik

Masalah berat tidak naik


SALAM Dr., saya telah bersalin pada November 2011 melalui kaedah pembedahan. Sehingga kini saya masih lagi menyusu anak saya walaupun telah dicampur dengan susu formula. Masalahnya berat badan saya tidak naik walaupun makan dengan kuantiti yang banyak. Soalan saya adakah penggunaan ubat-ubatan semasa pembedahan mempengaruhi kenaikan berat badan?
Terima Kasih,
* Naa Ariza
JAWAPAN
Rata-rata wanita yang saya temui akan mengadu masalah yang sebaliknya.
Penggunaan ubat-ubatan semasa pembedahan sama ada sebagai ubat bius secara keseluruhan (general anaesthesia) ataupun secara setempat atau regional (spinal dan epidural) oleh doktor bius tidak langsung mempengaruhi kenaikan berat badan. Ubat-ubatan lain yang digunakan untuk proses pembedahan oleh doktor perbidanan juga tidak memberi apa-apa kesan ke atas kenaikan berat badan. Ubat-ubatan yang sama juga digunakan bagi ibu-ibu yang bersalin secara normal tanpa pembedahan.
Berat badan idealPuan boleh berusaha menaikkan berat badan tetapi biarlah ia berada di tahap ideal bagi indeks jisim badan (Body Mass Index). Saya sendiri kurang pasti akan indeks jisim badan puan. Kalau ia ideal, saya rasa puan tak perlu gusar, malah sepatutnya bersyukur kerana tidak mengalami masalah yang kebiasaannya dialami oleh wanita lain iaitu obesiti. Lainlah jika puan mengalami berat badan yang tidak ideal iaitu berkurangan walaupun sudah mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.
PemeriksaanJika itu berlaku, saya nasihatkan puan berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan dan penyiasatan untuk memastikan ia bukanlah disebabkan oleh penyakit lain seperti masalah hipertiroidisme.
Hipertiroidisme adalah suatu keadaan kelenjar tiroid menjadi lebih aktif. Masalah ini lebih kerap menyerang wanita berusia 20 hingga 40 tahun berbanding lelaki. Antara gejala masalah hipertiroidisme, selera makan semakin bertambah, berat badan mula menurun atau masih tidak naik walaupun makan banyak, kerap membuang air besar, mudah marah, jari tangan menggeletar, berdebar-debar, terasa panas dan sering berpeluh. Jika benar hipertiroidisme penyebabnya, maka rawatan yang tepat dapat diberikan dan insya-Allah masalah puan akan dapat diatasi.
Namun begitu jika bukan, maka doktor yang merawat akan membuat penyiasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar agar rawatan dapat diberikan. Yakinlah bahawa setiap sesuatu permasalahan akan ada jalan penyelesaiannya dan jangan sesekali mudah berputus asa.
READ MORE - Masalah berat tidak naik

Kecederaan Sukan


Taping and strapping yang berwarna-warni semakin popular dalam kalangan ahli sukan.


Kisah pemain badminton perseorangan nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa menarik diri daripada kejohanan Piala Thomas setelah cedera di buku lali kanan ketika perlawanan peringkat kumpulan C pada 22 Mei lalu di Wuhan, China masih lagi diingati.
Kemalangan berlaku ketika Chong Wei yang sedang mendahului dalam set pertama menentang perseorangan Denmark, Peter Hoeg Gade.
Chong Wei yang terseliuh kakinya ketika cuba menyambut pukulan lawan menerima rawatan awal di gelanggang daripada pasukan perubatan sebelum memutuskan untuk menarik diri.
Beliau kemudian dibawa keluar dari Pusat Sukan Gimnasium Wuhan menggunakan kerusi roda sebelum meninggalkan pekarangan perlawanan dengan ambulans.
Ekoran kecederaan, beliau terpaksa direhatkan sebelum persiapan untuk Sukan Olimpik 2012 pada 27 Julai ini.
Adakah Chong Wei akan mengharumkan nama negara dalam Sukan Olimpik 2012 di London, kita tunggu dan lihat.
Semua ahli sukan sama ada yang aktif dalam sukan bola sepak, badminton, ragbi, gimnastik, renang atau sebut saja sukan apa, semuanya terdedah kepada kecederaan ringan atau berat.
Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan.
Biasanya kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam.
Kecederaan sukan bukan hanya berlaku kepada mereka yang bersukan tetapi semasa bersenam di rumah. Ia dalam kategori yang sama.
Kecederaan sukan berlaku mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik latihan atau amalan harian yang tidak betul atau kejutan pada otot.
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai Ampang, Selangor, Dr. Ezlan Merican, kecederaan sukan yang biasa berlaku seperti calar, luka, sakit urat, terseliuh dan patah, memang mudah diubati.
"Kebanyakannya boleh dirawat menggunakan teknik RICE iaitu rehat (rest), ais (ice), tekanan (compression), ampu atau angkat (elevation) selain ubatan (medication).
"Misalnya pesakit yang cedera pada buku lali perlu berehat daripada bermain, anggota yang cedera diletakkan ais, balut dengan pembalut (bandage) dan ampu atau angkat anggota lebih tinggi daripada paras jantung bagi mengelakkan bengkak atau edema," katanya.
Pesakit juga dinasihatkan mengambil panadol untuk mengurangkan bengkak dan sakit atau ubat antiinflamasi.
Biasanya mereka yang aktif bermain bola sepak, futsal, badminton, bola keranjang dan bola jaring memang terdedah kepada kecederaan.
"Bagaimanapun mereka yang cedera dilarang berurut bagi mengelakkan kecederaan semakin parah," katanya.
Dr. Ezlan berkata, kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada
1. kecederaan tisu lembut.
2. kecederaan tulang.
"Kecederaan pada tisu lembut pula boleh dibahagikan kepada akut dan kronik.
"Mereka yang mengalami kecederaan akut seperti terseliuh harus dirawat segera menggunakan kaedah RICE sebelum kecederaan menjadi bertambah kronik," katanya.
Tetapi ada kalanya, mereka terus mengalami kecederaan kronik seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut akibat bermain sukan berkaitan dengan bola dan tennis elbow di siku akibat bermain sukan yang menggunakan raket.
Kecederaan ACL perlu mendapatkan rawatan suntikan gel acid hyaluronic secara berkala selain fisioterapi.
Jika kecederaan semakin parah, pembedahan adalah langkah terakhir dengan menukar bahagian lapisan lutut.
Rawatan untuk tennis elbow pula adalah lengan perlu direhatkan secukupnya dan ini bermakna atlet terpaksa berhenti bersukan atau melakukan kerja berat untuk beberapa minggu.
Pesakit yang mengalami kecederaan kronik perlukan rawatan antiinflamasi yang lebih kuat, menjalani fisioterapi, latihan regangan dan menggunakan taping and strapping.
Bagaimanapun jika kecederaan semakin teruk, suntikan akan diberikan bagi melegakan radangan.
"Biasanya kecederaan boleh diubati tetapi ia akan mengganggu aktiviti harian individu," katanya.
Menurut Dr. Eizlan, kecederaan tulang jarang berlaku kecuali dalam sukan lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat serta lumba kereta dan motor.
Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba mengalami patah tulang atau stress fracture.
"Ini berlaku akibat latihan yang berpanjangan menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak halus.
"Biasanya mereka akan mengalami hanya sedikit kesakitan tetapi masih boleh berjalan dan bermain seperti biasa," katanya.
Lama-kelamaan keretakan akan melemahkan struktur tulang dan kecederaan yang sedikit saja boleh menyebabkan tulang patah secara tiba-tiba.
Jadi bagi mengelakkan kecederaan sukan, Dr. Ezlan menyarankan mereka memanaskan badan dan membuat persediaan yang rapi sebelum bersukan.
"Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar, alat pelindung mata, alat pelindung mulut, alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur.
"Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih dan amalkan semangat kesukanan dengan tidak berniat untuk mencederakan lawan," katanya.
READ MORE - Kecederaan Sukan
Powered By Blogger