Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 29, 2013

Apabila Anda Sakit Hati

Jangan bertanya bagaimana rasanya sakit hati. Jangan pula bertanya siapa yang membuat hati terasa pedih, perih, dan nyeri. Sulit diungkapkan, tapi sangat jelas menyayat dada bagian dalam. Sakit hati adalah sakit dari segala sakit. Mungkin Anda pernah mengalaminya.
Sakit hati tidak selalu disebabkan oleh putus cinta, tetapi bisa juga disebabkan oleh perbedaan pendapat atau pertentangan dengan teman atau anggota keluarga. Namun, sakit hati hampir sama rasanya dengan putus cinta, demikian juga dampaknya.
Siapa pun Anda, pasti ingin dicintai, mencintai, dipercayai, dan mempercayai orang lain. Tetapi, ketika sakit hati tiba, sulit bagi Anda untuk kembali memaafkan dan mempercayai orang yang melakukannya. Bahkan Anda mungkin merasa sulit untuk membuka hati dan perasaan kepada orang lain yang tidak tahu apa-apa.
Ini adalah dilema yang harus dihadapi. Terserah Anda, memilih untuk berjalan sendiri atau melanjutkan hubungan setelah apa yang terjadi. Satu hal yang pasti, hidup akan terus berjalan dengan atau tanpa sakit hati.
Berdasarkan pengalaman beberapa sumber dapat disimpulkan bahwa belajar untuk membuka kembali hati, perasaan cinta dan rasa percaya kepada orang-orang yang pernah menyakiti atau orang lain yang, suatu saat nanti, akan menyakiti Anda, merupakan hal yang penting. Kenapa?
Karena cepat atau lambat, setiap orang akan menyakiti dan disakiti hatinya. Oleh sebab itu, akan lebih baik apabila Anda menyadari bahwa tidak ada satu orang pun di dunia ini yang luput dari sakit hati, termasuk Anda.
Anggaplah sakit hati sebagai hal biasa. Tanpa bermaksud mengurangi rasa percaya kepada orang-orang yang Anda cintai, ada baiknya Anda menyadari bahwa siapa pun dia, teman biasa, sahabat, pacar atau keluarga dan sebaik apa pun dia, suatu saat nanti akan menjadi orang yang menyakiti Anda - walaupun mungkin tidak disengaja.
Oleh sebab itu, ada baiknya apabila Anda menganggap bahwa mereka tidak serius dengan ucapannya. Anda bisa menganggapnya angin lalu atau bisa mengatakan kepada diri bahwa perbuatan mereka sebenarnya tidak ditujukan kepada Anda. Cuek saja, jangan dimasukkan ke hati.
Belajar untuk bertanggung jawab dan menghargai orang lain juga sangat penting. Coba bertanya pada diri, apa yang tidak dinginkan dalam hubungan Anda, apa yang bisa membuat Anda sakit hati, dan apa yang Anda ingin orang lain lakukan. Buatlah daftarnya dan coba utarakan hal itu kepada orang-orang di sekitar Anda.
Apabila Anda sakit hati lagi, ada baiknya mengingat cara mengatasi sakit hati terdahulu. Tetapi mencoba keluar dari masalah dan melupakannya dengan cepat, akan sangat membantu. Apabila perlu, hang out bersama teman-teman dan alihkan perhatian kepada pekerjaan atau olah raga.
Anda juga perlu mengetahui bahwa kata kunci untuk menyelamatkan diri dari sakit hati adalah bukan percaya kepada orang lain tetapi percaya kepada diri sendiri dan perasaan Anda. Ingatlah bahwa tidak ada jaminan orang lain tidak akan menyakiti perasaan Anda.
Berusahalah menjadi orang baik, sopan, bijak, peduli kepada orang lain dan dapat dipercaya. Untuk menjadi itu semua, tentu saja Anda harus dapat mempercayai diri sendiri agar Anda merasa bebas berbuat dan menentukan hubungan.
Berkomunikasi secara efektif dan lugas sangat penting. Ungkapkan perasaan Anda, apa yang disukai dan apa yang dibenci. Hal itu sangat membantu orang lain mengerti Anda dan berusaha untuk tidak melakukan tindakan yang mungkin bisa menyakiti hati Anda.
Belajar mempercayai opini sendiri mengenai diri, tindakan dan perbuatan Anda adalah lebih penting dari mempercayai opini orang lain. Bisa jadi Anda justru bertambah sakit hati dengan opini mereka. Belajarlah untuk percaya dan hargai diri Anda sendiri.
Hal paling utama yang harus Anda lakukan adalah belajar memaafkan kesalahan orang lain karena memaafkan adalah hal paling baik dalam sebuah hubungan.
READ MORE - Apabila Anda Sakit Hati

Warna Mampu Redakan Tekanan

ANDA mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah berkenaan. Pilihan warna bilik tidur dan kesihatan dapat membantu:

Merah

Hilangkan masalah sakit kepala

Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

Biru

Mengurangkan tekanan di tempat kerja


Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah �screen saver� komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

Merah jambu

Elakkan insomnia


Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!
Jingga

Ceriakan mood


Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

Hijau

Lenyapkan keletihan


Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.
READ MORE - Warna Mampu Redakan Tekanan

Esok Baru Cabut | Malam Pertama

Ada sepasang pengantin baru berada di kamar pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"

Suaminya lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.

Tapi kerana tidak dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu, si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang! Tahan saja.. Esok baru cabut."

Sejak dari tadi si mertua lelaki masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang, tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas menendang pintu kamar pengantin.

Dengan rasa geram bapa mertua berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"

Terkejut besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati.. Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".


MORAL:
Sebenarnya sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana bertindak melulu.��
READ MORE - Esok Baru Cabut | Malam Pertama

Kalau Anak Suka Kembung Perut

kalau anak kerap sakit kembung perut atau sebu senang je..lepas mandi urutlah sekitar perut bayi anda dan belakangnya serta tapak kaki nya. InsyaAllah akan mengurangakn sakit.atau pun anda leh cuba petua ni..buat sedikit air asam jawa tp yg pekat kemudian sapukan pada ubun2 anak dan pusat anak. InsyaAllah tak lama tu akn buang air besar..cubalah k..
READ MORE - Kalau Anak Suka Kembung Perut

Petua Orang Tua : Lebat & Cantikkan Rambut

LEBAT & CANTIKAN RAMBUT
Terutama bagi wanita cubalah petua ini kerana rambut adalah sebahagian dari mahkota wanita. Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Keesaokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebtu ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.
READ MORE - Petua Orang Tua : Lebat & Cantikkan Rambut

Petua Orang Tua : Rambut Kering

RAMBUT JARANG
Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala anda. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut anda bertambah lebat.
READ MORE - Petua Orang Tua : Rambut Kering

Petua org Tua : Kulit Muka Kering

KULIT MUKA KERING
Untuk mengatasi tompok-tompok putih di kulit muka akibat cuaca panas ialah dengan membersihkan muka dengan air panas sua. Setelah itu sapukan madu yang sudah dimasak dan menjadi panas suam pada kulit muka dengan menggunakan jari tangan. Picitlah perlahan-lahan supaya meresap dan biarkan lebih kurang setengah jam. Kemudian bersihkan dengan air suam dan bilas pula dengan air. Amalkanlah selalu.
READ MORE - Petua org Tua : Kulit Muka Kering

Petua Org Tua : Hilangkan Jerawat

HILANGKAN JERAWAT
Ambil anggaran 9 helai daun bunga melati, dicuci hingga bersih. Kemudian tumbuklah daun tadi hingga lumat. Ambil daun yang sudah ditumbuk tadi dan sapulah pada muka yang berjerawat. Lakukan ini terus menerus hingga jerawat betul-betul hilang. InsyaAllah, selamat mencuba.
READ MORE - Petua Org Tua : Hilangkan Jerawat

Fakta Kelebihan Ais

  1. Air Sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  2. Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  3. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  4. Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  5. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  6. Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  7. Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  8. Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  9. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  10. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
  11. Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  12. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  13. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  14. Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  15. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  16. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  17. Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  18. Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  19. Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan.
  20. Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  21. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar yangmana dibuat air penawar melalui bacaan ayat-ayat al-Qur'an dan selawat dengan bacaan tiga kali atau tujuh kali.
  22. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  23. Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  24. Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwudu.
  25. Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil..
  26. Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan..
  27. Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  28. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut atau awet muda kata orang sekarang.


Wallahua'lam... .
READ MORE - Fakta Kelebihan Ais

Monday, May 27, 2013

Tanda-Tanda Dan Penyakit

MATA – Bertindak balas dengan keadaan hati.
Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG – Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
Selsema
Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
  • Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).


  • Hidung sebu
  • Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


  • Bersin
  • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


  • Batuk
  • Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.



  • KERONGKONG
    Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
    Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
    BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.
    Bibir pucat
  • Sistem penghadaman yang lemah.
  • Perut mengandungi angin.
  • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.


  • Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.
    MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah.
    Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
    Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
    Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
    TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
    Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
    Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
    KULIT
    Peluh
  • Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


  • Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.
    Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.
    Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.
    Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.
    SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
    Sendi Sakit
    1. Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai (gout).
    2. Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
    3. Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

    Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
    Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
    Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
    Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
    Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
    Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
    Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
    TANDA-TANDA DALAMAN
    Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
    Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
    Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
  • Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
  • Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


  • Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
    Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
    Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
    MULUT/KERONGKONG
    Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
    Muntah Darah:
  • Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
  • Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.


  • Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
    Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman
    KENCING
    Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
    Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
    Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
    Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
    Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
    BUANG AIR BESAR
    Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
    Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
    Najis Berdarah:
  • Darah merah: Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
  • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.


  • Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.
    TINDAK BALAS BADAN
    Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran.
    1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
    2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

    Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
    Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
    Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
    TINDAK BALAS EMOSI
    Rasa Takut Mengejut: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
    Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
    Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
    Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.


  • Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.
    Wallahu a’lam
    READ MORE - Tanda-Tanda Dan Penyakit

    Sunday, May 26, 2013

    Bahaya Panas Melampau

    Peningkatan suhu keterlaluan ganggu fungsi badan, boleh sebabkan strok haba

    Cuaca panas di Malaysia satu perkara biasa. Cuma sejak kebelakangan ini bahang kepanasan agak luar biasa hingga orang ramai tidak lepas merungut dengan cuaca panas membuatkan mereka resah gelisah, berpeluh dan kadangkala rasa mahu pitam.Walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.

    Mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mudah diserang strok haba.< Dr Zainal Ariffin Omar, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan.Situasi itu lebih dirasai di sekitar Lembah Klang dengan catatan purata 35 darjah Celcius. Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan, cuaca panas dan kering itu dikaitkan dengan perubahan pola angin dan kesan ribut Mahesan di Teluk Bengal.Keadaan itu dijangka berubah apabila pola angin stabil dengan peralihan monsun hujung bulan ini yang diramal membawa lebih banyak hujan.

    Badan hilang upaya

    Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan. Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba.Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun, dalam suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah Celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh.

    Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk.Oleh itu, cuaca panas ini tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selesemad an radang kulit seperti ruam.

    Kepanasan melampau ini juga sudah pasti akan memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari, ruam panas, kekejangan otot, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius ialah strok haba yang turut dikenali, sunstroke atau heat stroke.Justeru, orang ramai dinasihatkan membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mereka terkena strok matahari atau haba yang boleh menyebabkan seseorang pengsan.

    Kurangkan aktiviti di luar

    Pastinya, ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya strok haba. Mungkin juga ada masih mencari jawapan, apakah kesan mudarat strok haba kepada kesihatan dan risiko yang bakal ditanggung jika individu itu berterusan terdedah cuaca panas ini.Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk hipotermia, keadaan suhu badan meningkat lebih dari paras normal. Dalam erti kata lain, strok haba adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme.

    Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.Strok haba tidak sama seperti serangan strok, sebaliknya ‘strok’ adalah istilah umum digunakan untuk menggambarkan aliran oksigen berkurangan kepada kawasan otak.

    Dalam keadaan cuaca yang teruk seperti Asia Barat terutama di Oman, badan kita melaksanakan pelbagai jenis fungsi yang kemudian membebaskan radiasi yang disebabkan oleh ‘aktiviti metabolik’ melalui peluh atau pembuangan haba daripada kulit. Ini adalah satu cara badan dapat mengekalkan suhu normal. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan strok haba yang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

    Semua berisiko

    Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, menjelaskan strok haba adalah keadaan kesihatan atau penyakit berkaitan cuaca panas termasuk keletihan dan kelesuan akibat daripada panas.Beliau yang juga Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, berkata setiap individu berisiko menghadapi masalah kesihatan terutama yang berisiko ada penyakit tertentu.

    “Malah mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan dan tentera serta kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mudah diserang strok haba. Begitu juga dengan mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid, risiko berkali ganda terdedah kepada gejala berkenaan,” katanya. Dr Zainal berkata, dalam keadaan ini, orang ramai seharusnya elak memakai pakaian tebal dan ketat kerana ia boleh menghalang panas keluar, penyejatan atau pengeringan peluh.

    “Masyarakat memang sedar keadaan ini. Biasanya mereka akan mengambil langkah pencegahan awal. Setakat ini, tiada sebarang kes mengenai kejadian ini dilaporkan di negara ini,” katanya yang turut menjelaskan negara lain terjejas termasuk di Asia Barat dan Afrika.“Strok haba jarang berlaku di negara rantau ini seperti Singapura atau negara serantau lain,” katanya.Katanya, mencegah baik daripada mengubati terutama kepada mereka yang diklasifikasikan dalam kumpulan berisiko tinggi dan mengambil langkah terbaik.

    Apa yang penting, jangan sesekali mendedahkan diri dengan panas melampau, sebaliknya perlu menurunkan suhu badan dengan cepat untuk mengelakkan sawan, kerosakan organ atau kematian, selain mengekalkan pernafasan mencukupi.Ini boleh dilakukan dengan berada pada persekitaran yang sejuk, tidak berpakaian tebal, kerap mandi. Mungkin anda boleh juga menggunakan pek ais diletakkan pada leher, ketiak dan pangkal paha.

    INFO: Amalan mengelak jangkitan penyakit sepanjang musim panas
    Perlu:
    *Banyak minum tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga dahaga.

    * Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.

    * Berada di dalam rumah atau bangunan.

    * Hadkan aktiviti luar.

    * Berehat dengan kerap.

    * Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.

    * Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar.

    * Sewajarnya pakai pakaian diperbuat daripada 100 peratus kapas.

    * Pakai topi atau payung. Ia dapat mengelak mengawal 40 peratus haba pada bahagian kepala

    Jangan/ tidak perlu
    * Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.

    * Jangan duduk di dalam kereta yang bertutup tanpa pendingin hawa.

    * Bersenam dalam cuaca panas

    Simptom strok haba
    * Muka kemerah-merahan
    * Tidak berpeluh
    * Suhu badan meningkat ketara
    * Sawan
    * Sakit kepala
    * Denyutan nadi pantas
    * Tidak sedarkan diri
    * Lesu
    * Bingung
    * Kulit kering.

    Bagaimana anda merawat mangsa strok haba:
    * Mangsa strok haba mesti menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan organ kekal. Pertama sekali, menyejukkan mangsa.Bawa atau alihkan mangsa ke kawasan yang redup, tanggalkan pakaian, sapukan air sejuk atau suam pada kulit.

    * Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Letakkan pek ais tempat di bawah ketiak dan pangkal paha.

    * Jika mangsa mampu untuk minum cecair, berikannya minuman, tetapi pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau kafein.

    * Pantau suhu badan dengan termometer dan teruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan turun ke 38.3 hingga 38.8 darjah celcius.

    * Jika keadaan tidak berubah, segera bawa ke klinik atau hospital.
    READ MORE - Bahaya Panas Melampau

    Monday, May 20, 2013

    Makanan Bagus Untuk Anda Ketika Berpuasa

    Bulan puasa semakin hampir, pasti apa yang anda fikirkan sekarang adalah makanan yang sedap dan menu yang dimahukan ketika berbuka puasa kelak. Namun adakah anda titikberatkan menu ketika bersahur dimana anda harus bertahan sampai ke penghujung masa berbuka masa yang memerlukan anda menahan lapar lebih kurang 12 jam sehari.

    Ketika bersahur anda disarankan mengambil makanan yang berasaskan tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti yang banyak.

    Terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa!

    Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
    Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang baik untuk proses penghadaman.

    Karbohidrat
    Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.

    Makanan protein
    Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika bersahur.

    Kurma
    Sebelum tamat waktu bersahur, seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin, antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
    READ MORE - Makanan Bagus Untuk Anda Ketika Berpuasa

    Tips Jaga Perut

    Ikuti tips ini untuk mengalami keberkesanan untuk memiliki perut kempis dengan mudah dan senang.

    Makan makanan yang betul
    Untuk miliki perut yang kempis, perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang betul dan seimbang untuk tubuh badan kita. Perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

    Tinggalkan makanan ringan
    Mungkin ini perkara paling sukar untuk ditinggalkan apabila saban hari kita disogok dalam menghayati keenakan makanan ringan tidak kira pada waktu pagi, tengahari dan juga malam. Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kal (kalori) yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun 3 bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

    Berhenti makan lewat malam
    Kita pasti selalu mendengar perumpamaan ini bukan? Elak makan di waktu tengah malam. Kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

    Kurangkan minuman bergula dan soda
    Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

    Jangan berulam air ketika makan
    Seelok-eloknya, jauhi makan sambil berulam dengan air kerana situasi ini mampu membuatkan perut anda buncit. Selepas makan, biarkan seketika dan barulah kita meminum air suam. Elakkan meminum minuman sejuk kerana proses penghadaman akan mengalami masalah jika berulam air sejuk dan mengakibatkan perut kita senang buncit.

    Lakukan senaman kardio
    Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.
    READ MORE - Tips Jaga Perut

    Kenali 6 Kedudukan Jerawat Dan Punca

    Perasan tak TIBA-TIBA 1 Jerawat muncul di badan? Tiba-tiba ada dekat pipi kiri, dagu, belakang badan, hidung. HATI-HATI kerana kerana ada sebab dan PUNCA ia terjadi.. Baca Kedudukan Jerawat dan Punca
    6 Tempat Kedudukan Jerawat dan punca :

    1) DAHI >> Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

    2) HIDUNG >> Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

    3) DAGU >> Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

    4) PIPI KIRI >> Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

    5) PIPI KANAN >> Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

    6) PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) >> Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik

    Ini kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku, untuk lebih kepastian silalah jumpa doctor yang lebih pakar.
    READ MORE - Kenali 6 Kedudukan Jerawat Dan Punca

    Punca dan Gejala Ketumbit

    Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.

    Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?

    Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

    Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

    * Mata berair
    * Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
    * Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
    * Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

    Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

    Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

    Apakah rawatan bagi ketumbit?

    Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.

    Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

    Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.

    Bolehkah ketumbit berjangkit?

    Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

    PETUA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN KETUMBIT:

    1) tenyeh ngan bawang putih
    2) tuam tempat kena ketumbit dgn sudu yg dihangatkan oleh air panas. Buat sllu hgga pulih
    3) Petua org tua. Baca selawat sambil pgg mata yg kena ketumbit tu. Kemudian buat2 buangkan ketumbit tu dari mata
    4) Beli ubat mata brand Eyeglo bewarna pink dr farmasi
    5) Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih
    6) Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah... .
    7) ambik daun belimbing buluh..Basuh bersih2..Tumbuk sampai hancur..pupuk sekeliling kelopak mata..jgn kasi masuk dalam mata lak..kemudian akan terasa seperti ketumbit tu di tarik2..itu dalam proses mengecutkan ketumbit..ulanglah beberapa kali..

    sekian~
    READ MORE - Punca dan Gejala Ketumbit

    Angin Ahmar Dan Cara Merawatnya

    BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE
    Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakitANGIN AHMAR yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

    Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga , jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika berhasil. Luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

    Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.


    Apabila serangan ANGIN AHMAR mengenai seseorang , kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah.

    Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena ANGIN AHMAR dan tidak sedarkan diri apa yang anda perlu buat adalah :


    1. Anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada


    2. Jangan alihkan mangsa ke tempat lain kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah.

    3. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula , keadaan mungkin akan bertambah buruk.

    4. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik) , jarum jahitatau pin baju yang tidak berkarat , segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1mm dalamnya , seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah. Jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah , tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.


    5. Jika berlaku perubahan bentuk mulut , tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah , mangsa akan sedar semula.


    6. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

    Memanggil ambulan semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya walaupun dia mampu berjalan semula.



    Penyakit ANGIN AHMAR ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek , mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala.

    Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa ANGIN AHMAR ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.



    ... Allah s.w.t turunkan Ubat Dulu Kemudian Baru Turunkan Penyakit. Sebab Itu setiap Penyakit Ada Ubatnya Kecuali Maut Dan Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Menghadapi Maut ...
    READ MORE - Angin Ahmar Dan Cara Merawatnya
    Powered By Blogger