Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, June 20, 2018

*Info utk mngelakkn  Serangan Jantung*

*Info utk mngelakkn  Serangan Jantung* : 
Video ini memberi nasihat darurat bagi kawan2 yang  bakal ada penyakit jantung, silakan perhatikan & pelajarin cara mengatasi serangan jantung yang umumnya datang mendadak?!, sehingga banyak orang tidak tertolong nyawanya dan meninggal di tempat / di perjalanan ke rumah sakit !

Perhatikan :
1. Pada waktu kejadian sakit tepuklah siku  bagian lengan spt dalam video ini, harus di ingat lengan sebelah kiri, karena disekitar lengan kiri ini terdapat 3 titik yang berhubungan dengan jantung dan paru paru.

2. Dengan menepuk keras daerah sekitar ini akan memperlancar peredaran darah dan akan terasa hangat dan keluar keringat.

3. Perlu Anda ketahui serangan jantung terjadi karena peredaran darah tersumbat, dengan menepuk bagian lengan ini akan meningkatkan suhu dan menghindari terjadinya penggumpalan dan memperlancar sirkulasi darah, tapi setelah itu segera bawa ke rumah sakit.

4. Untuk Seharian ada baiknya kita juga menepuk bagian ini setiap hari, karena dapat mencegah segala penyakit jantung dan dapat mengurangi terjadinya serangan jantung secara mendadak !

Jika Anda merasa berguna info spt ini?, segera share kepada teman2 & keluarga besar Anda, karena dengan berbagiilmu kecil spt ini, Anda bisa menyelamatkan banyak orang in sha allah

READ MORE - *Info utk mngelakkn  Serangan Jantung*

Thursday, November 7, 2013

Dilema Keputihan Dikalangan Gadis Remaja

Rata-rata jika diambil kira latar belakang seseorang gadis remaja yang datang dari keluarga melayu Islam, maka tidak hairanlah remaja tersebut kurang mendapat pendedahan dari aspek penjagaan organ kewanitaannya disebabkan oleh perasaan malu hendak bertanya, terlalu berahsia dan di dalam kebanyakan keluarga melayu Islam juga didapati ianya menjadi satu perkara yang tabu dan kurang sopan jika dibicarakan secara terbuka.Akibatnya, ramai gadis remaja berada didalam dilema kerana tidak mendapat informasi yang tepat dan sering keliru tentang aspek kesihatan organ kewanitaanya yang akhirnya menjadikan mereka kurang perihatin tentang masalah jangkitan keputihan serta penjagaanya.

Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun,ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula.Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak tepat.Apabila remaja mula berfikiran sebegitu dan mula mengambil mudah tentang gejalanya akan membawa kesan yang berpanjangan sehingga meningkat dewasa dan realitinya terdapat ramai remaja yang masih bergelut dengan masalah ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.Remaja dipohon supaya mengenali gejala keputihan ini supaya mudah untuk mencari rawatan yang sesuai dari jangkitan yang dialami daripada membiarkanya tanpa rawatan yang boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini disebabkan oleh “prolong infection”.

Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan.Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm,ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.

Keputihan yang abnormal
Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.

Antaranya ialah:

1. Ketika terlalu letih.

2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.

3. Jangkitan.

Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan
Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.

Mengenali gejala jangkitan Mikroorganisma :

1. Kulat Candida atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.

2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.

3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.

4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.

5. Benda asing
Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Beberapa Tips yang boleh diamalkan :
  1. Hindari pengunaan sabun,gel dsb dan hanya guna air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak dikawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt,yakult,sayuran hijau,bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.

Akhir sekali nasihat saya agar para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati keputihan yang yang dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama kelamaan berupaya menyerang selaput dara. Sebahagian besar lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan mikroorganisma telah merosakkan selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga kelak dan sewaktu melakukan hubungan kelamin dimalam pertama berkemungkinan tidak akan mengeluarkan walaupun sedikit darah.
READ MORE - Dilema Keputihan Dikalangan Gadis Remaja

Kenali 6 Kedudukan Jerawat Dan Punca

Perasan tak TIBA-TIBA 1 Jerawat muncul di badan? Tiba-tiba ada dekat pipi kiri, dagu, belakang badan, hidung. HATI-HATI kerana kerana ada sebab dan PUNCA ia terjadi.. Baca Kedudukan Jerawat dan Punca
6 Tempat Kedudukan Jerawat dan punca :

1) DAHI >> Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

2) HIDUNG >> Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

3) DAGU >> Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

4) PIPI KIRI >> Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

5) PIPI KANAN >> Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

6) PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) >> Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik

Ini kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku, untuk lebih kepastian silalah jumpa doctor yang lebih pakar.
READ MORE - Kenali 6 Kedudukan Jerawat Dan Punca

Info Mengenai Mulut Kering

Air liur diperlukan untuk mengunyah dan menelan makanan, bertutur, membersihkan lebihan makanan dalam mulut dan menjaga kesihatan mulut. Mulut kering merujuk kepada rasa kekeringan dalam mulut disebabkan pengurangan aliran air liur.

Apakah yang menyebabkan mulut kering?

Mulut kering boleh disebabkan oleh:
• Pengambilan air yang tidak mencukupi
• Tabiat bernafas melalui mulut
• Kerisauan, stres dan kemurungan
• Pengambilan ubat-ubatan terutamanya untuk kemurungan, selsema, dan darah tinggi
• Masalah perubatan seperti kencing manis, penyakit kelenjar liur, penyakit Parkinson, dan HIV/AIDS.
• Rawatan radioterapi di bahagian kepala dan leher
Apakah tanda-tanda mulut kering?
Mulut kering boleh menyebabkan anda mengalami keadaan berikut:
• rasa membakar dalam mulut
• sukar untuk mengunyah dan menelan makanan serta bertutur.
• bibir kering dan merekah
• nafas berbau
• lidah yang kering dan kasar
• deria rasa yang terganggu
• kesukaran memakai gigi palsu (dentures)

Komplikasi - Mulut kering boleh meningkatkan kejadian kerosakan gigi terutamanya di bahagian akar gigi dan lain-lain jangkitan di dalam mulut.

Petua Untuk Mengurangkan Mulut Kering
• Hisap atau minum air tanpa gula dengan kerap.
• Hirup sedikit air bersama makanan. Ini akan memudahkan anda mengunyah dan menelan makanan tersebut.
• Sapukan bibir dengan vaseline.
• Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
• Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh dan minuman berkarbonat
• Elakkan minuman alkohol.
• Elakkan penggunaan tembakau.
• Gunakan air liur gantian yang boleh diperolehi di farmasi
READ MORE - Info Mengenai Mulut Kering

Jangan Ambil Panadol Actifast Atau Soluble Lagi!


Mengapa tidak boleh ambil Panadol Actifast atau Soluble lagi?
Ini adalah satu kisah dan kajian yang dilakukan.

UNTUK PENGETAHUAN

Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya :

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidakseimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.

Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda
READ MORE - Jangan Ambil Panadol Actifast Atau Soluble Lagi!

Cuci Muka Adalah Satu Rahsia Kecantikan

Bahan yang perlu ada: Pencuci muka, dua tuala muka, cotton ball, toner, pelembab/Moisturizer dan air bersih.

Langkah 1

Cuci tangan sebelum anda mencuci muka.Cuci dengan bersih dan teliti seperti di tapak tangan, celah jari dan kuku. Lagi bagus jika anda dapat menggunakkan sabun anti-bakteria. Pastikan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda melainkan anda mahu kuman dan bakteria pada tangan anda hinggap di muka anda .

Langkah 2

Buang kotoran dan kesan make up di muka anda dengan menggunakan air bersih. Kemudian lap muka dengan tuala muka yang bersih. Pastikan tiada kesan make up yang tertinggal untuk mengelakkan make up bercampur dengan pencuci muka.

Langkah 3

Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda (cth: jenis untuk kulit yang berminyak atau kulit kering). Sapu buih pencuci muka ke muka dan urut keseluruhan muka dengan perlahan selama 30 saat ke satu minit untuk melancarkan peredaran darah dan oksigen di muka. Pastikan tiada bahagian yang tertinggal seperti di sisir rambut, celah hidung, telinga,di bawah dagu dan bawah cuping telinga.

Langkah 4

Bilas muka dengan air bersih. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka. Sapu toner pada muka dengan menggunakan cotton ball untuk mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit.(Toner juga dapat menanggalkan kotoran yang tertinggal semasa mencuci muka)

Langkah 5

Gunakan pelembab atau moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda sebab penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.
READ MORE - Cuci Muka Adalah Satu Rahsia Kecantikan

Tangisan Rasulullah Kerana Wanita

~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..


~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

p/s : Wahai wanita sekalian, silalah ambil IKTIBAR DAN PENGAJARAN..♥♥
READ MORE - Tangisan Rasulullah Kerana Wanita
Powered By Blogger