SIAPA kata Muay Thai hanya berfungsi sebagai seni mempertahankan diri? Latihan gerakan Muay Thai yang menggunakan elemen badan iaitu buku lima, siku, lutut dan kaki mampu meningkatkan stamina malah membentuk lengan, kaki serta pinggang dengan melakukan latihan berulang-kali.
Rejim senaman Muay Thai kini menjadi ikutan ramai ekoran keberkesanannya menurunkan berat badan dalam masa singkat.
Ayuh memahami seni mempertahankan diri dari Thailand dengan memfokuskan kepada gerakan tumbukan yang dapat membentuk lengan serta pinggang menerusi ayunan berkali-kali sambil menguatkan stamina.
Senaman tumbukan Muay Thai yang terdiri daripada jab, cross, uppercut dan hook boleh dilakukan secara berseorangan atau dengan bantuan rakan bersama alat tubi yang dipanggil 'pau'.
No comments:
Post a Comment