Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Tuesday, March 6, 2012

Keseronokan kian terhakis


INGATKAH lagi bagaimana zaman kanak-kanak anda? Pernahkah anda merasai keseronokan bermain dengan alam sekitar yang sangat mencabar serta dipenuhi pengalaman mengasyikkan?
Teringat penulis zaman kanak-kanak ketika dibesarkan di kampung, bebas bermain lumpur dan selut di sawah, menaiki rakit menggunakan batang pisang, membina pondok di atas pokok atau bermain masak-masak. Semua itu memberi pengalaman berharga dan sukar dilupakan.

Malah kebanyakan kanak-kanak berusia tiga sehingga 12 tahun pada masa itu dibesarkan dengan penuh keceriaan dan keseronokan tanpa tekanan. Ketika itu juga tiada paksaan ke sekolah sehinggalah usia mencecah tujuh tahun.

Berbeza dengan kanak-kanak zaman sekarang, mereka lebih ditekankan kepada bentuk pembelajaran sehinggakan pada usia tiga tahun sudah dihantar ke sekolah.

Mereka juga tidak mempunyai kebebasan meneroka atau merasai sendiri pengalaman bermain dengan alam sekitar disebabkan terdedah kepada kerancakan teknologi seperti permainan video yang lebih statik dan terperuk di dalam rumah.

Senario ini terpaksa dilalui semua kanak-kanak dan penjaga mereka. Mahu atau tidak, sedikit demi sedikit mereka sudah kehilangan apa yang dikatakan keseronokan menjadi kanak-kanak.

Buktinya dalam laporan global yang diumumkan pada Februari 2012 lalu oleh jenama biskut terkenal dunia, Oreo dan Jabatan Perhubungan Awam Ipsos menyatakan keseronokan alam kanak-kanak mungkin akan lupus buat selama-lamanya di seluruh dunia termasuk Malaysia sekiranya ibu bapa tidak mengambil perhatian serius.

Kajian yang dijalankan selama enam minggu bermula November sehingga Disember 2011 lalu menghimpunkan lebih 7,000 ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia di bawah 18 tahun. Wawancara dijalankan menerusi dalam talian dan secara langsung di 20 buah negara termasuk Kanada, China, Colombia, Costa Rica, Ecuador, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Malaysia, Mexico, Peru, Poland, Portugal, Puerto Rica, Romania, Sepanyol, England, Amerika Syarikat dan Venezuela.

Hasil kajian membuktikan sebahagian besar kanak-kanak hari ini membesar lebih cepat berbanding generasi sebelumnya. Lapan daripada 10 ibu bapa di Malaysia menyatakan anak-anak mereka sepatutnya mempunyai lebih banyak masa menikmati alam kanak-kanak tetapi tidak berkesempatan disebabkan tekanan seharian.

Pendapat bahawa keseronokan kanak-kanak semakin terhakis bukan saja tertumpu kepada kanak-kanak tetapi turut membabitkan golongan dewasa. Setiap ibu bapa inginkan saat gembira yang dinikmati ketika kecil. Malah kebanyakan ibu bapa di seluruh dunia termasuk Malaysia mengeluh kehidupan mereka tidak menyeronokkan dan mereka tidak berpeluang menikmatinya sama seperti ketika zaman kanak-kanak.

Menurut Pengarah Urusan Kraft Foods Malaysia, Sunil Sethi, kajian global ini membuka mata ibu bapa mengenai kepentingan meluangkan masa bersama anak-anak bagi menikmati keseronokan di rumah.

“Ini boleh dilakukan sama ada bermain, melakukan aktiviti kraftangan atau meneroka alam semula jadi. Apa yang penting, masa berkualiti ini digunakan bersama-sama bagi berkongsi kenangan bersama keluarga,” katanya.

Tambahnya lagi, meskipun kenangan manis zaman kanak-kanak di kalangan
ibu bapa semakin pudar, tetapi keinginan mereka untuk bergembira bersama anak-anak tidak pernah padam. Ini berdasarkan hasil kajian yang mendapati dua pertiga ibu bapa di Malaysia mengatakan masa bersama anak-anak adalah lebih penting berbanding apa yang dilakukan ibu bapa mereka suatu ketika dulu.

Namun pada masa sekarang peluang untuk berseronok semakin jarang diperoleh disebabkan ibu bapa lebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja. Ditambah pula kerancakan dunia 4G, perkembangan teknologi dan media sosial yang memberi kesan kepada keutuhan kehidupan berkeluarga. Walaupun 70 peratus ibu bapa di seluruh dunia bersetuju teknologi membantu menghubungkan keluarga, namun ia mempunyai banyak keburukan.

“Hampir separuh ibu bapa mengakui masa bersama keluarga terganggu disebabkan ledakan teknologi ini terutama bagi ibu bapa bekerja. Lebih daripada 50 peratus berkata peralatan mudah alih dan komputer menyebabkan ibu bapa boleh bekerja di mana saja walaupun di rumah,” kata Sunil.

Bagi kanak-kanak pula teknologi akan mempengaruhi cara mereka dibesarkan serta menyebabkan masa bersama ibu bapa semakin berkurangan. Malah satu pertiga ibu bapa di seluruh dunia memberitahu mereka lebih banyak berkomunikasi dengan anak menerusi teknologi berbanding pertemuan secara langsung.

Di negara yang ekonominya bergerak pantas seperti China dan India, kajian menunjukkan teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan menyebabkan masa bersama keluarga semakin berkurangan sebanyak 50 peratus.

Kajian ini juga mendedahkan ibu bapa kini lebih mementingkan pekerjaan berbanding keluarga. Kira-kira 92 peratus ibu bapa Malaysia mengakui salah satu sebab utama pekerjaan diutamakan adalah untuk menjamin masa depan anak-anak manakala hanya 50 peratus ibu bapa di negara-negara seperti Malaysia, Mexico dan Peru berkata mereka sanggup menukar pendapatan dengan masa bersama anak-anak kerana masa bersama keluarga adalah lebih penting daripada segala-galanya. Namun 57 peratus keluarga di seluruh dunia mengakui mereka tidak mempunyai masa terluang bersama anak-anak disebabkan tuntutan kerja.

Walaupun terdapat tekanan dan gangguan yang menjejaskan masa berkualiti bersama keluarga dan kekurangan keseronokan alam kanak-kanak kini, masih ada harapan untuk memperbaikinya. Sebanyak 88 peratus ibu bapa di seluruh dunia dan 92 peratus ibu bapa di Malaysia mengatakan mereka komited untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlepas daripada merasai keseronokan alam kanak-kanak.

“Walaupun setiap negara mempunyai budaya berbeza, tetapi semua ibu bapa mempunyai matlamat yang sama, iaitu ingin berkongsi kasih sayang dengan anak-anak. Menjelang tahun kelahiran Oreo yang ke-100 pada tahun ini Oreo akan meneroka lebih banyak keseronokan untuk kanak-kanak dan menjadikan mereka istimewa,” kata Sunil.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger