Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Showing posts with label wanita hamil. Show all posts
Showing posts with label wanita hamil. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

Solat Berbahaya Bagi Wanita Haid Tetapi Baik Unttuk Wanita Hamil


Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam islam, ibadah yang pertama akan dihisab. Ibadah yang merupakan zikir yang paling besar dan keperluan umat Islam terhadap Ilahi. Rehat ternikmat dalam hidup.


Kewajipan yang wujud ini sangat penting bagi manusia. Kerana dengannya kita sentiasa mengingati Nya dan berdoa kepada Nya. Kita telah mengetahui hikmah dan manfaat yang banyak sekali dari gerakan solat untuk kesihatan tubuh manusia. Kali ini kita akan cuba membincangkan tentang manfaat solat untuk ibu hamil dan mengapa wanita haid tidak boleh atau diharamkan bersolat dan berpuasa? Ini dia jawapan menurut perubatan.


Sejumlah kajian perubatan moden membuktikan bahawa gerakan badan seperti solat banyak memberikan manfaat bagi ibu hamil. Namun begitu gerakan seperti ini berbahaya bagi wanita haid. Mengapa?


Ketika wanita bersolat dalam gerakan sujud dan rukuk secara semula jadi akan meningkatkan peredaran darah ke rahim kerana keperluan sel-sel rahim dan ovari seperti sel-sel limpa yang menyedut banyak darah.


Begitu juga apabila seorang ibu mengandung, rahim memerlukan darah yang cukup agar janin mendapatkan gizi dan untuk membersihkan pencemaran. Jika seorang ibu mengandung bersolat, aktivitinya ini akan membantunya membawa darah yang cukup ke janin.


Sementara wanita yang haid, jika menunaikan solat, akan menyebabkan banyak darah mengalir ke rahimnya. Akibatnya akan berlaku kehilangan darah bersih / baik kerana keluar bersama darah haid.


Semasa haid, dianggarkan wanita akan kehilangan darah sebanyak 34 mililiter. Kadar yang sama pada cecair lain. Jika wanita haid menunaikan solat, zat imuniti (ketahanan tubuh) di tubuhnya akan hancur. Sebab sel darah putih memainkan peranan sebagai imun akan hilang dibawa bersama darah haid.


Mengalirnya darah akan meningkatkan kemungkinan menularnya penyakit. Namun Allah menjaga wanita haid dari penularan penyakit dengan menumpukan sel darah putih di rahim semasa haid agar dapat menjaga tubuh dan melawan pelbagai penyakit.


Jika seorang wanita solat ketika haid, maka dia akan kehilangan darah dalam jumlah banyak. Ini bererti akan kehilangan sel darah putih. Jika ini berlaku maka seluruh organ tubuhnya seperti limpa dan otak akan diserang penyakit.


Mungkin inilah hikmah besar disebalik larangan syariat agar wanita haid tidak melaksanakan solat hingga dia dalam keadaan suci. Al-Quran dengan sangat cermat menyebutkan,

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: "Darah haid itu adalah suatu kotoran." Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci.
"(Al-Baqarah: 222).


Disamping itu, gerak fizikal ketika sujud dan rukuk semakin menambah aliran darah ke rahim dan akan hilang. Lebih dari itu, jika wanita haid bersolat maka akan menyebabkan kekurangan zat besi dari tubuh.


Begitu juga dengan larangan berpuasa ketika haid. Para perubatan menyarankan agar ketika dalam keadaan haid, wanita banyak berehat dan mengambil makanan yang berkhasiat. Ini selaras dengan larangan untuk berpuasa, kerana menurut perubatan darah, magnesium dan zat besi dalam tubuh yang berharga tidak terbuang begitu sahaja.


Dari Abu Said Al-Hudri, Rasulullah SAW bersabda:

"... Bukankah jika (seorang wanita) haid ia tidak solat dan tidak puasa?"

Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.



Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda,

"Kami diperintahkan untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat."


Betapa banyak tanda-tanda yang Allah s.w.t. berikan kepada umat manusia supaya berfikir. Allah s.w.t. yang begitu penyayang terhadap manusia, sehingga segala hal yang Dia perintahkan dan larangan Nya pasti ada hikmah disebalik itu. Maka apa yang kita tunggu lagi dan pertimbangkan lah untuk segera mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
READ MORE - Solat Berbahaya Bagi Wanita Haid Tetapi Baik Unttuk Wanita Hamil

Saturday, August 11, 2012

Jaga kehamilan waktu puasa

BIARPUN kehamilan merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil terutamanya pada bulan Ramadan.
Tambahan, wanita hamil di bulan Ramadan memerlukan penjagaan dan pengambilan makanan secara teratur kerana amalan berpuasa dapat mengurangkan tenaga pada badan.
Badan yang lemah akibat berpuasa bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan pada ibu tetapi bayi dalam kandungan juga akan turut mendapat implikasinya.
Disebabkan oleh pelbagai faktor tertentu, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari kemungkinan menghidap pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan.
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Ng Ah See berkata, ibu yang mengandung dalam tempoh tiga bulan pertama memerlukan penjagaan kesihatan yang rapi terutamanya di bulan Ramadan.
"Tempoh tiga bulan pertama adalah waktu kritikal bagi bayi kerana berlaku pertumbuhan yang cepat pada bahagia organ mereka.
"Ibu yang berada dalam keadaan ini perlu merancang pengambilan makanan yang sihat. Ia bermula dengan pengambilan sarapan dan makanan dalam kuantiti yang kerap setiap hari," katanya.
Katanya, apabila berpuasa akan berlaku peningkatan kadar ketone dalam darah menyebabkan risiko berlaku kekurangan tenaga dalam badan.
"Akibat berlaku peningkatan kadar ketone dalam darah, ramai wanita yang mengandung dalam tempoh tiga bulan akan mengalami loya dan muntah, pening, pitam dan sentiasa berasa letih.
"Jika berlaku keadaan seperti ini, mereka digalakkan mengambil makanan tambahan yang mempunyai asid folik supaya kekal bertenaga dan boleh meneruskan puasa seperti biasa," kata Dr. Ng.
Katanya, akibat buruk jika kesihatan dan pengambilan makanan tidak dijaga akan menyebabkan berlaku komplikasi kepada bayi dalam kandungan.
"Bayi akan lahir sebagai bayi pramatang, beratnya lebih ringan, dan akan mengalami masalah pertumbuhan ketika proses tumbesaran berlaku.
"Selain itu pergerakan anak akan berkurangan dan ibu akan berasa sakit pada bahagian rahim akibat berlaku pengecutan selain sakit kepala dan juga demam," katanya.
Beliau berkata, terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti oleh ibu yang mengandung ketika berpuasa.
"Mereka dinasihatkan berjumpa doktor pada peringkat awal untuk memastikan tiada penyakit seperti diabetes, tekanan darah rendah ataupun masalah gastrik.
"Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang yang berat kerana bebanan yang berat ditakuti akan berlaku kecederaan pada kandungan.
"Mereka juga perlu mengelakkan melakukan aktiviti yang akan menyebabkan badan berasa panas. Keadaan ini boleh menyebabkan badan terhidrat dengan cepat dan membahayakan kesihatan bayi," kata Dr. Ng.
Menurut beliau, pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat ketika berbuka dan juga bersahur akan membantu ibu mendapat tenaga secukupnya di siang hari.
"Banyakkan pengambilan sayuran dan buahan selain memilih makanan yang boleh menyimpan banyak tenaga seperti kurma, kacang dan bijirin.
"Utamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam dan mengurangkan makanan yang mempunyai banyak lemak. Ketika berbuka juga digalakkan meminum banyak air dan juga jus buahan segar," katanya.
Ujarnya, minuman berkafein seperti teh dan kopi tidak digalakkan untuk untuk ibu yang sedang mengandung ketika berpuasa.
"Seeloknya, gantikan minuman tersebut dengan milo dan minuman yang berperisa coklat ataupun minuman buah-buahan," kata Dr. Ng.
READ MORE - Jaga kehamilan waktu puasa

Wednesday, May 2, 2012

Hamil palsu

pix_gal0

Ujian air kencing mungkin terjejas akibat hormon 

SOALAN: Saya berumur 25 tahun dan sudah berumah tangga hampir setahun. Sehingga kini saya masih belum hamil. Pada 20 Julai lalu, saya datang haid seperti kitaran-kitaran lepas (kitaran saya tetap antara 27 hingga 29 Hari). Tetapi kali ini haid saya hanya dua hari dan kering. Esoknya saya tergerak hati untuk membuat ujian air kencing di rumah dan hasilnya positif. Walaupun samar, tapi masih jelas kelihatan. sebelum ini pernah saya melakukan ujian kehamilan ini, tetapi memang tiada garisan kedua yang muncul.Saya ada berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya juga positif. Selang dua hari, berlaku sedikit pendarahan berterusan selama lima hari. Saya juga berasa sakit di bahagian bawah pusat atas bahagian sulit. Saya ada berjumpa doktor lain untuk membuat pemeriksaan dan beliau mengatakan saya kemungkinan keguguran di peringkat awal kehamilan. Persoalannya, apakah saya sukar hamil lagi selepas keguguran ini? Jika saya bersama suami selepas kering darah ini, adakah membahayakan keadaan rahim saya? 

JAWAPAN: Biarkan saya jelaskan terlebih dulu masalah ujian air kencing untuk tujuan pengesahan mengandung. Secara amnya ujian air kencing ini amat tepat tetapi ada juga ujian ini positif tetapi ia samar-samar seperti mana yang puan alami tempoh hari. Sekiranya seseorang itu betul-betul mengandung, ujian kencing mestilah positif terang. Bila ujian kencing kencing positif yang samar-samar selalu memberi masalah pada kami selaku doktor pakar, untuk memberitahu pesakit yang mereka mungkin tidak mengandung. 

Ada beberapa sebab kenapa ujian kencing ini ‘positif’ tetapi seseorang tidak mengandung. Sebenarnya dalam ujian kencing kita cuba mengesan hormon ‘human chorionic gonadotrophine (hCG)’ yang terhasil selepas persenyawaan berlaku. 
Dalam air kencing ia boleh dikesan seawal satu minggu selepas kelewatan haid. Tetapi ujian kencing ini kadangkala mempunyai masalah ‘cross reaction’ dengan hormon Lutenising yang bukannya hormon mengandung. 

Ada juga beberapa sebab lain seperti membiarkan ujian itu begitu lama sebelum dibaca, set ujian kencing berkualiti rendah, pencemaran dari protin-protin dalam air kencing. Bagi memastikan seseorang itu mengandung dengan lebih tepat adalah dengan mengukur hormon hCG dalam darah kalau ujian kencing mengelirukan. 
Kenapa saya terangkan perkara ini lebih awal adalah untuk memberitahu puan kemungkinan besar puan tidak mengandung dan perdarahan sekarang adalah haid yang terlewat bulan ini. 

Ada juga keadaan apabila seseorang itu mengandung yang dipanggil ‘mengandung secara kimia.’ Maksudnya cuma ujian kencing dan darah mengatakan mereka mengandung tetapi imbasan ultrasound tidak menunjukkan kandungan itu. Mereka akan mengalami kelewatan haid dan perdarahan berlaku selepas itu. 

Jika benar pun puan mengalami kandungan seperti ini, ia tidak memberi apa masalah kalau puan cuba mengandung lagi. Rahim puan akan kembali normal selepas perdarahan ini dan hubungan seksual tidak memberi kesan pada rahim. 

Saya berpendapat sekiranya puan sudah berkahwin lebih dari setahun dan masih lagi tidak hamil saya cadangkan puan berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan
READ MORE - Hamil palsu

Pilihan terbaik

pix_gal0


SALAM sejahtera, 

DOKTOR, saya berumur 39 tahun dan baru-baru ini disahkan mengandung dua bulan. Apa yang membingungkan saya ialah selain hamil, saya juga menghidap fibroid berukuran agak besar lebih kurang 13 sentimeter.Pada awalnya, saya merancang membuang fibroid, tetapi belum berkesempatan sehinggalah hamil. Tambahan pula, saya mengambil ubat tiroid kerana baru melakukan pembedahan pembuangan tiroid sebiji sehari. Baru-baru ini, darah saya juga naik dan diberi ubat untuk mengawal darah tinggi.Saya sungguh bingung terutama bila doktor bertanya adakah saya mahu hamil atau tidak. Apabila ditanya oleh doktor dengan soalan begitu, saya jadi serba salah, susah untuk menjawab. 

Anak baru seorang, dan sudah berumur lapan tahun. Kalau difikir, siapa tidak mahukan anak? Malah saya pernah jawab dengan doktor, biarlah doktor yang buat pilihan untuk saya. Saya betul-betul bingung doktor, bolehkah saya meneruskan kandungan ini atau tidak? 

AWAK mahu bayi ini atau tidak? Jika saya menjadi puan, saya pun tidak tahu macam mana hendak menjawabnya. Apabila soalan ini diajukan, ia bukan bermakna puan mesti menggugurkan kandungan puan. Ia juga tidak bermakna puan dan bayi 100 peratus tidak akan mengalami apa-apa masalah. 

Apabila begini keadaannya, ia memerlukan perbincangan yang telus antara puan, suami dan doktor yang merawat puan. Keputusan puan dan suami bergantung pada fakta perubatan yang mana risiko-risiko pada puan dan bayi sudah diterangkan. Bagi saya sebagai orang Islam kita perlu berdoa dan bertawakal pada yang Maha Esa bagi menunjukkan jalan terbaik. 
Sebagai doktor, saya akan perjelaskan masalah puan dengan kandungan puan dari sudut perubatan. Saya tidak dapat memberikan kata putus kerana semuanya bergantung kepada puan dan suami. 

Pertamanya, masalah mengandung pada usia lewat. Apabila usia meningkat, kami tidak menggalakkan seseorang wanita untuk hamil lagi. Ini disebabkan beberapa masalah seperti darah tinggi dan kencing manis. Risiko penyakit ini akan tinggi mengikut usia. 

Kedua-dua penyakit ini mempunyai rawatan yang khusus seperti ubat darah tinggi dan suntikan insulin ketika mengandung. Selagi tidak ada bukti-bukti yang komplikasi penyakit-penyakit ini ada pada puan, bermakna semua masih terkawal. Jadi, kami fikir tidak ada sebab kami mencadangkan kandungan ini perlu digugurkan atas sebab perubatan. 

Puan perlu tahu, darah tinggi dan kencing manis boleh menjadi lebih teruk ketika mengandung. Contoh pre eclampsia dan eclampsia boleh terjadi jika seseorang memang sedia ada mempunyai darah tinggi. Jika kencing manis pula, ia sukar dikawal di peringkat akhir kandungan. Puan perlu patuhi semua arahan doktor semasa mengandung walaupun puan perlu dimasukkan wad berbulan lamanya. 

Dengan peningkatan umur juga menyebabkan risiko sindrom Down bayi juga meningkat. Kes bayi sindrom down boleh dikesan seawal sembilan hingga 13 minggu kandungan dengan ujian ultrasound dan darah. Ia agak tepat sehingga 80 hingga 90 peratus. 

Rawatannya hanya satu saja iaitu gugurkan kandungan kecuali seseorang itu tidak ingin lakukan atas sebab tertentu. Ini bermakna puan boleh meneruskan kandungan puan walaupun bayi itu mengalami sindrom Down. Jadi, jika takut ini boleh berlaku, puan lakukan ujian ini. 

Kedua, masalah tiroid ketika mengandung. Sama ada puan mengalami masalah hipertiroid atau sebaliknya, yang penting di sini adalah paras hormon tiroid T4 dan T3 mesti pada paras yang normal. Paras yang tidak normal akan menjejaskan pertumbuhan otak bayi puan. Selagi puan patuhi ubat dan arahan doktor dan aras hormon adalah stabil, kami fikir tidak ada masalah berhubung pertumbuhan bayi puan. 

Ketiga, masalah fibroid dan kandungan. Ada dua kesan iaitu kesan fibroid pada kandungan puan dan kesan kehamilan pada fibroid. Kesan utama adalah fibroid terhadap kandungan puan. Pada peringkat awal kandungan, fibroid boleh menyebabkan kejadian keguguran tinggi, perdarahan dan sakit pada ari-ari. 

Pada pertengahan kehamilan, firoid boleh menyebabkan kesakitan pada perut. Masalah pertumbuhan bayi terbantut dan pendarahan. Pada peringkat akhir kehamilan, fibroid boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan kedudukan bayi melintang, senget dan songsang. 

Jika fibroid berada di bahagian bawah rahim, ia boleh menghalang kelahiran secara normal. Ini memerlukan pembedahan caesarean. Selepas bersalin, fibroid boleh menyebabkan perdarahan yang banyak. 

Komplikasi-komplikasi yang saya terangkan diatas adalah antara kemungkinan yang boleh berlaku bukannya mesti berlaku. Di sini puan perlu ambil risiko sedikit dan bagi doktor akan lebih berhati-hati dalam mengendalikan kes seperti ini termasuk pembedahan caesarean. 

Kesan kehamilan pada fibroid adalah akan membesar tetapi kebanyakan akan lembut dan menipis sehinggakan kami sukar mencarinya dengan ultrasound. Oleh itu, banyak kandungan yang mengalami fibroid tidaklah mempunyai masalah yang serius dan ramai yang boleh melahirkan secara normal. 

Apabila fibroid ini membesar akan berlaku pendarahan dalam fibroid. Ini menyebabkan sakit pada bahagian perut. 

Saya terangkan kemungkinan yang boleh berlaku ketika puan mengandung dengan apa yang ada pada puan. Puan perlu pertimbangkan bahawa ini mungkin kandungan puan yang akhir kerana umur dan selama lapan tahun puan menunggunya. 

Jika puan mempunyai risiko begini, saya fikir perlukan rawatan susulan dengan pakar, di hospital besar dan rawatan susulan yang lebih kerap dari orang lain yang tidak mempunyai masalah. 

Selagi puan diselia dengan baik termasuk ujian-ujian darah dan ultrasound, InsyaAllah ia akan berjalan lancar. Patuhi semua nasihat doktor walaupun terpaksa bercuti sembilan bulan. Saya doakan semoga puan selamat, dan buatlah keputusan bersama dengan suami dan doktor puan
READ MORE - Pilihan terbaik

Teringin anak

pix_gal0
Suami lebih muda, isteri sukar hamil 

SOALANDOKTOR, saya sudah berkahwin selama satu setengah tahun namun masih belum ada zuriat. Saya berumur 25 tahun dan isteri usia 30 tahun dan kini menetap di Pulau Mutiara. Isteri saya mengalami masalah kitaran haid. Perkara ini berlaku sejak remaja. Kami sudah berjumpa dengan doktor di klinik bagi mendengar cadangan dan mungkin jalan penyelesaian bagi masalah kami ini.Doktor memberi ubat hormon dan isteri saya hanya datang haid sekali selepas empat minggu mengambil ubat berkenaan iaitu pada Ogos 2011. Keadaan yang sama iaitu tiada haid berlarutan hingga kini. 

Keadaan fizikal isteri saya semakin bertambah dan sering tertekan apabila ditegur akan berat badan yang meningkat. Berikutan umurnya yang melebihi umur saya, dia sering merasa tertekan dengan keadaan ini dan saya sentiasa memberi sokongan, namun sukar diterima dengan baik. 

Saya ada membuat beberapa pencarian mengenai masalah ini, mungkinkah isteri saya menghidap Polycystic ovary (PCOS) atau kami hanya perlu menunggu seperti yang dicadangkan oleh doktor klinik yang saya temui itu iaitu selama dua tahun dan kemudian membuat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang? 

JAWAPAN 
ASSALAMUALAIKUM saudara Hadi, 

Obesiti-Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) atau Permasalahan Haid-Ketidaksuburan adalah satu putaran roda yang berkait rapat antara satu sama lain. Ini bermakna jika seseorang mempunyai masalah seperti haid atau ketidaksuburan mestilah memutuskan rantaian roda ini. Jika tidak masalah berkaitan obesiti, PCOS, haid dan ketidaksuburan akan menjadi semakin kronik dan sukar dikawal atau diubati. 

Dari sini, kita lihat punca utamanya adalah obesiti dan obesiti ini akan menyebabkan PCOS. PCOS menyebabkan haid tidak menentu atau berhenti dan ia pula menyebabkan seseorang itu sukar untuk mengandung. 

Obesiti adalah keadaan apabila BMI seseorang itu melebihi 25. Bacaan BMI melebihi 30 adalah dalam kategori terlalu obes. Seperti saudara sudah jelas, isteri saudara mempunyai masalah berat badan yang saya rasa serius kerana haid beliau sudah terputus. 

Bagi menurunkan berat badan, secara lazimnya ia boleh dilakukan dengan melakukan aktiviti yang mengikut kemampuan seperti senaman. Saya fikir jika sukar, saudara boleh minta bantuan pakar pemakanan dan pakar kecergasan. Penggunaan ubat anti gemuk merbahaya dari segi kesihatan. 

Sasaran penurunan BMI adalah di bawah 25. Jika sukar, turunkan berat badan 10 peratus saja dari berat badan sekarang. Jikalau haid tidak juga normal, turunkan lagi 10 peratus sehingga haid kembali normal. Secara automatik kesuburan akan meningkat dengan penurunan berat badan. 

Banyak kajian menunjukkan kaitan rapat berat badan dengan kesuburan seseorang. Pertambahan lemak sama ada di bawah kulit atau dalam perut menyebabkan kenaikan paras hormon estrogen dan ini akan mengganggu ovulasi dari berlaku. Wanita yang sukar hamil selalunya mengalami PCOS akibat dari masalah obesiti dan haid. 

Sekiranya wanita obes mengandung, mereka akan mempunyai banyak risiko seperti darah tinggi, diabetes, keguguran, bayi akan meninggal dalam perut dan kecacatan. Dari segi kesihatan pula mereka juga dikaitkan dengan risiko tinggi untuk kanser payudara, rahim, diabetes dan penyakit kardiovaskular. 

Punca PCOS tidak diketahui dengan jelas tetapi beberapa faktor sudah diimplikasikan genetik, kekebalan pada insulin, paras hormon androgen yang tinggi dari ovari dan obesiti. Diantara 35 hingga 60 peratus wanita yang mengalami PCOS mempunyai BMI melebihi 30. 

Kesan kesihatan jangka panjang bagi mereka yang mengalami PCOS adalah diabetes, penyakit berkaitan jantung, kadar kolesterol tinggi dalam darah dan kanser rahim. Saya cadangkan saudara berjumpa dengan pakar kesuburan di Pulau Pinang dalam tahun ini juga kerana saudara tidak perlu tunggu dua tahun seperti yang disaran kerana isteri saudara mempunyai masalah haid. Jika ada masalah PCOS, ia boleh dirawat secepat mungkin. Keduanya, juga paling penting mengurangkan BMI isteri saudara. 

Saya fikir saudara perlu bersama isteri dalam memantau diet dan senaman. Bagi penyiasatan ketidaksuburan ini selain dari masalah ovari, kita juga perlu 
melihat saluran peranakan dan sperma suami, ini semua akan dibincangkan oleh doktor saudara. 

Semoga berjaya!
READ MORE - Teringin anak
Powered By Blogger