“Orang yang boleh menyembuhkan penyakit mungkin saja adalah orang yang berbakat. Tapi orang yang boleh mencegah penyakit itu adalah orang yang lebih hebat.”
Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.
Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.
Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.
Translate
Wednesday, May 2, 2012
Hamil palsu
Ujian air kencing mungkin terjejas akibat hormon
SOALAN: Saya berumur 25 tahun dan sudah berumah tangga hampir setahun. Sehingga kini saya masih belum hamil. Pada 20 Julai lalu, saya datang haid seperti kitaran-kitaran lepas (kitaran saya tetap antara 27 hingga 29 Hari). Tetapi kali ini haid saya hanya dua hari dan kering. Esoknya saya tergerak hati untuk membuat ujian air kencing di rumah dan hasilnya positif. Walaupun samar, tapi masih jelas kelihatan. sebelum ini pernah saya melakukan ujian kehamilan ini, tetapi memang tiada garisan kedua yang muncul.Saya ada berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya juga positif. Selang dua hari, berlaku sedikit pendarahan berterusan selama lima hari. Saya juga berasa sakit di bahagian bawah pusat atas bahagian sulit. Saya ada berjumpa doktor lain untuk membuat pemeriksaan dan beliau mengatakan saya kemungkinan keguguran di peringkat awal kehamilan. Persoalannya, apakah saya sukar hamil lagi selepas keguguran ini? Jika saya bersama suami selepas kering darah ini, adakah membahayakan keadaan rahim saya?
JAWAPAN: Biarkan saya jelaskan terlebih dulu masalah ujian air kencing untuk tujuan pengesahan mengandung. Secara amnya ujian air kencing ini amat tepat tetapi ada juga ujian ini positif tetapi ia samar-samar seperti mana yang puan alami tempoh hari. Sekiranya seseorang itu betul-betul mengandung, ujian kencing mestilah positif terang. Bila ujian kencing kencing positif yang samar-samar selalu memberi masalah pada kami selaku doktor pakar, untuk memberitahu pesakit yang mereka mungkin tidak mengandung.
Ada beberapa sebab kenapa ujian kencing ini ‘positif’ tetapi seseorang tidak mengandung. Sebenarnya dalam ujian kencing kita cuba mengesan hormon ‘human chorionic gonadotrophine (hCG)’ yang terhasil selepas persenyawaan berlaku.
Dalam air kencing ia boleh dikesan seawal satu minggu selepas kelewatan haid. Tetapi ujian kencing ini kadangkala mempunyai masalah ‘cross reaction’ dengan hormon Lutenising yang bukannya hormon mengandung.
Ada juga beberapa sebab lain seperti membiarkan ujian itu begitu lama sebelum dibaca, set ujian kencing berkualiti rendah, pencemaran dari protin-protin dalam air kencing. Bagi memastikan seseorang itu mengandung dengan lebih tepat adalah dengan mengukur hormon hCG dalam darah kalau ujian kencing mengelirukan.
Kenapa saya terangkan perkara ini lebih awal adalah untuk memberitahu puan kemungkinan besar puan tidak mengandung dan perdarahan sekarang adalah haid yang terlewat bulan ini.
Ada juga keadaan apabila seseorang itu mengandung yang dipanggil ‘mengandung secara kimia.’ Maksudnya cuma ujian kencing dan darah mengatakan mereka mengandung tetapi imbasan ultrasound tidak menunjukkan kandungan itu. Mereka akan mengalami kelewatan haid dan perdarahan berlaku selepas itu.
Jika benar pun puan mengalami kandungan seperti ini, ia tidak memberi apa masalah kalau puan cuba mengandung lagi. Rahim puan akan kembali normal selepas perdarahan ini dan hubungan seksual tidak memberi kesan pada rahim.
Saya berpendapat sekiranya puan sudah berkahwin lebih dari setahun dan masih lagi tidak hamil saya cadangkan puan berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment