Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Sunday, January 1, 2012

Tunai umrah ubati sakit anak | Keluarga harap ada pihak membantu


 MOHAMMAD Khalid dipangku oleh ibu saudaranya, Nurul Atiqah Mokhtar, 22 pada majlis kesyukuran sempena hari lahirnya, di Putrajaya, semalam.
MOHAMMAD Khalid dipangku oleh ibu saudaranya, Nurul Atiqah Mokhtar, 22 pada majlis kesyukuran sempena hari lahirnya, di Putrajaya, semalam.

Keluarga harap ada pihak membantu

PUTRAJAYA: Keluarga Mohammad Khalid Mohammad Imran, 4, penghidap penyakit Tay Sachs berharap dapat membawa anak sulung mereka mengerjakan umrah, sebagai salah usaha terbaru mengubati penyakit kanak-kanak itu.

Berikutan itu, bapanya, Mohammad Imran Idris, 37, berharap ada pihak sanggup menghulurkan bantuan terutama menguruskan logistik bagi membolehkan mereka membawa Mohammad Khalid ke Makkah.
Katanya, ia juga sebagai tanda kesyukuran tidak terhingga kepada Allah kerana memanjang umur Mohammad Khalid kerana mengikut laporan perubatan awal doktor, anaknya itu hanya mampu hidup selama tiga hingga lima tahun saja.
Bagaimanapun, katanya beliau dan isterinya, Asriyanti Mahattar, 33, tidak pernah berputus asa untuk mengubati penyakit Mohammad Khalid, walaupun ramai pakar perubatan berpendapat penyakit misteri anak sulungnya mustahil diubati.

“Dalam perubatan moden dan sains memang tiada ubat untuk penyakit Tay Sachs, namun kita dapat lihat keadaan fizikal Mohammad Khalid kelihatan normal seperti kanak-kanak sebayanya, cuma dia tidak boleh duduk, makan dan berjalan.

“Kami sekeluarga kini beralih kepada perubatan Islam terutama berasaskan penggunaan ayat suci al-Quran bagi mengubati dan memberi ketenangan pada Mohammad Khalid yang kadang kala mengalami kekejangan otot,” katanya kepada Berita Harian selepas mengadakan majlis kesyukuran menyambut ulang tahun keempat kelahiran anaknya mengikut kalendar Islam iaitu pada 7 Safar 1433 Hijrah.

Mohammad Khalid sebenarnya, dilahirkan normal pada 14 Februari 2008 bersamaan 7 Safar 1429 Hijrah, sebelum disahkan menghidap penyakit Tay Sachs iaitu gangguan genetik menyebabkan gangguan terhadap neurologi dan fungsi otak.
Kebanyakan individu yang menghidap penyakit ini mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu di antara tiga hingga lima tahun

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger