GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit
lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun,
kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila
gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga
ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh
berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Ia
adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai
penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil
daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut
di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan
asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur
inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah
bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain
pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan
Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum
diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti
dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.
Gout boleh
dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut,
interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara
cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa
sendi.
Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang- ulang yang dipanggil polyarticular gout.
Pesakit
akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang
mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi.
Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.
"Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan.
Kesakitan
boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit.
Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.
"Secara
semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan
daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan
terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum
pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,"
katanya.
Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi di sebabkan
kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga
boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan
tangan.
No comments:
Post a Comment