Soalan
Saya ditanya oleh non-muslim kenapa kita perlu mencukur bulu ari-ari. Saya jawab kerana sunnah nabi dan kebersihan.
(1) Soalan saya, ada tak sebab lain dari segi biologi/sains kenapa kita digallakn untuk mencukur bulu ari-ari? Kalu boleh panel fiqh tolong jawab ye (1) Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan
(2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang. harap dapat membantu. terima kasih. Wassalam
Jawapan
Assalamualaikum wrt wbt
Bismillah Walhamdulillah, Amma Ba’d :
(1)Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan
Ada banyak hadis-hadis, antaranya :
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan
(2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.
Berkenaan saintifik kenapa perlu buang, anda boleh merujuk kepada pakar-pakar perubatan.
Setakat yang ditemui oleh saya, kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.
Wallahualam .
al-ahkam
Artikel dipetik daripada: http://soaljawab.wordpress.com
No comments:
Post a Comment