LATIHAN beban untuk keseluruhan badan lebih popular di kalangan lelaki yang mahu mendapatkan bentuk badan yang tegap.
Latihan sebegini boleh merangsang pembentukan otot terutama di bahagian kaki, lengan tangan, dada dan perut serta sesuai bagi mendapatkan bentuk tubuh sempurna serta seimbang. Pada masa sama, ia membolehkan kita mengurangkan lemak dalam badan.
Wanita juga boleh mencuba latihan ini dengan mengangkat bebanan yang bersesuaian mengikut keadaan tubuh. Pilih berat bebanan yang sesuai dengan kemampuan diri.
Sebagai permulaan, jangan lupa bertanya kepada tenaga pengajar di gimnasium untuk mendapatkan khidmat nasihat serta tunjuk ajar. Jika ada wanita yang bimbang latihan ini menyebabkan badan mereka menjadi sangat tegap dengan otot badan kelihatan jelas, ia tidak mungkin terjadi jika anda melakukan latihan dengan tahap bebanan bersesuaian mengikut keadaan tubuh.

Untuk minggu ini, ikuti latihan untuk menguatkan bahagian dada, lengan tangan, bahu dan perut yang mudah dilakukan:
Panduan
Ambil karbohidrat terutama nasi dalam kuantiti satu pertiga daripada pinggan anda dan makan sebelum jam lapan malam.
No comments:
Post a Comment