Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.
Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.
Halia
1. Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk
memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam
dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Aroma halia & serbuk halia mampu mengurangkan mabuk perjalanan.
Tidak hairanlah banyak produk minyak angin turut menggunakan halia
sebagai bahan utama.
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Halia meransang rembesan enzim gastrik dan merangsang perut.
4. Pencegahan Demam dan Selsema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi
untuk demam dan selsema (Kajian di University of Maryland Medical
Center) untuk merawat demam dan selsema di kalangan orang dewasa :
rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan
diminum dua hingga tiga kali sehari.
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.
6. Mencegah Barah Usus.
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.
7. Mengurangkan Kesakitan dan Keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
8. Melawan Masalah Pernafasan.
Juga membantu membuang kahak, mengurangkan batuk dan membantu daripada kesukaran bernafas.
9. Rawatan Kanser ovari.
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti.
Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan
risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga
mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan
batuk dan gatal tekak.
11. Mengurangkan "Morning Sickness".
Halia membantu sebanyak 75% dalam melegakan "morning sickness", loya dan perut yang tidak selesa.
12. Membantu Membuang Angin Dalam Badan.
Amalkan minum air halia (suam) atau air yang dicampur dengan halia
(seperti teh halia dan lain-lain) dan anda akan dapat rasakan
perbezaannya. Lebih mudah untuk buang angin dan buang air besar terutama
pada waktu pagi dan ini baik untuk kesihatan kerana bahan toksin dalam
badan mampu disingkirkan.
No comments:
Post a Comment