Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, May 28, 2012

Mencegah penyakit gusi

GUSI diperbuat daripada tisu lembut. Ia mengelilingi bahagian bawah gigi yang dipanggil akar gigi. Menjaga gusi adalah sama penting seperti menjaga gigi anda.
Penyakit gusi adalah jangkitan pada gusi. Ia disebabkan plak, lapisan melekit yang terkumpul pada gigi dan gusi. Plak menghasilkan asid dan toksin yang menjadikan gusi merah, bengkak dan berdarah.
Ia boleh menyebabkan gusi lekang daripada gigi. Ini akan menyebabkan ruang kosong antara gusi dan gigi. Kuman boleh terperangkap pada ruang ini, menjadikan tulang sekitar gigi lemah.
Ramai menghidapi penyakit gusi peringkat awal yang boleh dirawat dengan penjagaan mulut yang baik. Tetapi sekiranya anda mengabaikan penyakit gusi, ia akan melemahkan gusi di sekitar gigi dan menyebabkan gigi longgar dan terkeluar.
Kebanyakan orang tidak tahu mereka menghidapi penyakit gusi. Oleh itu, amat penting untuk mengunjungi doktor gigi dengan kerap bagi melakukan pembersihan profesional dan pemeriksaan.
Berikut beberapa tanda penyakit gusi:
l Gusi yang merah dan bengkak atau berdarah ketika memberus atau menggunakan flos.
Ini adalah tanda awal penyakit gusi. Ia seringkali boleh dirawat dengan penjagaan mulut yang baik.
l Sakit gigi atau gigi sensitif.
Gusi yang merekah daripada gigi akan menyebabkan gigi sensitif kepada makanan atau minuman yang sejuk atau panas.
l Mulut yang berbau.
l Gigi yang longgar atau menjadi jarang mengubah bagaimana gigi terletak pada gusi semasa menggigit makanan.
Ini adalah keadaan penyakit gusi yang serius dipanggil periodontitis.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger