Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 2, 2012

Sakit buah pinggang tapi mahu hamil | Soal Jawab | rawatan haemodialisis

pix_gal0
Soalan: 

SAYA menghadapi masalah kegagalan buah pinggang dan menjalani rawatan haemodialisis dua seminggu, selama hampir tiga tahun. Adakah saya boleh hamil?Jika boleh, apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Terima kasih, doktor. Hafiza, Kedah
Jawapan: 

WANITA yang mengalami penyakit buah pinggang mempunyai risiko tinggi membabitkan si ibu dan bayi dikandung. Ini bergantung kepada punca yang menyebabkan buah pinggang itu rosak; tahap kerosakan buah pinggang; tahap kawalan darah tinggi jika ada dan jumlah protin dalam air kencing. 

Jika fungsi buah pinggang merosot, keupayaan untuk mengandung dan melahirkan bayi cukup bulan juga menurun sama. Risiko yang akan dialami ibu adalah pertama, kemerosotan fungsi buah pinggang akan lebih merudum dan mungkin boleh kekal selamanya. 
Ini boleh terjadi jika pesakit mempunyai kencing berprotein dan darah tinggi. Manakala kedua, darah tinggi; ketiga kencing berprotin; keempat pre-eclampsia; kelima Tromboembolisma saluran darah venos dan jangkitan air kencing. 

Risiko terhadap kandungan pula termasuk keguguran; pertumbuhan bayi terbantut; kelahiran pramatang dan anak meninggal dalam perut. 

‘Outcomes’ kehamilan pula bergantung kepada tahap kegagalan buah pinggang. Jika kegagalan buah pinggang adalah serius (creatinine >250umol/L). Risiko komplikasi terhadap ibu adalah tinggi jika dibandingkan dengan kejayaan mencapai kehamilan normal. 

Sehubungan itu, mereka tidak dibenarkan mengandung. Selain itu, mereka juga mengalami masalah kesuburan berikutan ketiadaan haid. Kegagalan kekal fungsi buah pinggang adalah hampir 25 peratus. 

Kadar kelahiran pramatang hampir 70 peratus dan kadar terbantut pertumbuhan bayi dalam sekitar 30 peratus. Saya berpendapat, berikutan puan memerlukan dialisis saya fikir, puan dalam kategori ini. 

Bagaimana jika puan terlalu ingin untuk mengandung? Saya berpendapat jalan yang baik untuk puan adalah melakukan trasplantasi buah pinggang. Ada banyak laporan perubatan wanita yang melalui pembedahan trasplantasi hamil dengan jayanya. 

Selepas transplantasi, haid, ovulasi dan kesuburan kembali pulih. Puan dinasihatkan menunggu selepas dua tahun transplantasi sebelum cuba mengandung. Ini memberi masa untuk buah pinggang berfungsi dengan stabil dan ubat ‘immunosuppression’ berada pada kadar ‘mainteance’. 

Ubat ‘immunosuppression’ amat penting bagi mengelak buah pinggang baru ‘ditolak’ oleh badan puan. Kejayaan kandungan puan selepas transplantasi amat bergantung kepada tekanan darah yang terkawal; tiada protin dalam air kencing; tiada ‘rejection’ pada buah pinggang dan paras creatinine dalam darah di bawah 180 umol/L. 

Risiko kepada puan ketika mengandung selepas tranplantasi tetap ada. Risiko mengandung luar rahim adalah tinggi kerana pembedahan dan jangkitan pada pelvis. Kegagalan fungsi buah pinggang semasa mengandung berada pada kadar 15 peratus. 

Kebiasaannya hamil tidak menyebabkan ‘rejection’ pada buah pinggang. Darah tinggi, kencing berprotin dan preeclampsia pada kadar 30 peratus dan kadar kencing kotor pada 40 peratus. Di sini, puan boleh lihat walaupun transplantasi di lakukan, ia tidak menjamin 100 peratus kejayaan dan keselamatan puan. 

Ketika mengandung, puan memerlukan pengawasan ketat dari pelbagai disiplin selain dari disiplin obstetrik. Ulangan antenatal adalah kerap dan ketat setiap dua minggu di mana pelbagai ujian darah diperlukan bagi memantau keadaan buah pinggang puan. 

Selain itu, tekanan darah, jangkitan kuman, anemia, perlu dipantau. 
Kesimpulannya, saya cadangkan puan berbincang dengan pakar buah pinggang yang merawat puan kerana merekalah yang boleh memberi jawapan yang sebenar. 

Info: Bagi anda yang memiliki kemusykilan mengenai kesihatan, sila hantarkan soalan kepada “Doktor di Berita Minggu” melalui e-mel, bminggu@bharian.com.my atau melalui pos di alamat Berita Minggu, Berita Harian Sdn Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger