Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, May 14, 2012

Bersenam sambil menari

Tarian Zumba kini semakin digemari ramai untuk beriadah.
RUTIN senaman yang sama setiap hari adakalanya membuatkan seseorang cepat bosan dan tiada dorongan untuk melakukan latihan fizikal.
Justeru, tidak ada salahnya jika sesekali menukar gerakan senaman untuk menjadikannya lebih menarik.
Terbaru anda mungkin boleh mencuba senaman Zumba yang kini semakin digemari dan diminati ramai.
Senaman yang lebih membawa gerakan tarian ini diperkenalkan oleh pengasasnya, Beto Perez, seorang jurulatih senaman terkenal dari Colombia
Perkataan Zumba berasal dari Sepanyol yang membawa maksud tarian parti dengan gabungan pelbagai rentak muzik.
Jurulatih kecergasan di Celebrity Fitness, Alex Phang, 26, berkata, Zumba merupakan satu aktiviti yang sangat menyeronokkan kerana pergerakannya berasaskan tarian dan menggunakan muzik yang membuatkan rasa teruja semasa melakukannya.
"Senaman Zumba memberi kepuasan dan keselesaan kepada para peserta kerana pelbagai rentak dan lagu yang dimainkan semasa senaman dilakukan," katanya.
Beliau berkata, senaman itu merupakan salah satu cara yang baik untuk meningkat kecergasan.
Tambahnya, ia berbeza dengan senaman lain kerana menggabungkan konsep tarian dan senaman.
"Menariknya peserta tidak perlu menghafal setiap langkah senaman sebaliknya hanya perlu mengikut rentak muzik yang dimainkan," katanya.
Beliau mula melibatkan diri dalam senaman Zumba pada tahun 2007 dengan mengikuti kursus sebagai tenaga pengajar di Zumba Education Specialist di Banglore, India.
Seorang lagi jurulatih kecergasan Zumba, Sunny Cheong, 33, mengakui senaman tersebut berbeza dengan senaman-senaman lain.
Malah, semasa melakukannya ia tidak membuatkan diri pengamalnya sedang melakukan senaman tersebut, walaupun hakikatnya satu senaman menyeluruh telah dilakukan.
"Senaman ini sungguh seronok dengan gerakan-gerakan yang begitu dinamik. Di samping membantu meningkatkan stamina, ia juga berupaya menguatkan otot," ujarnya yang merupakan tenaga pengajar sepenuh masa di Celebrity Fitness sejak tujuh tahun lalu.
Tambahnya, kelas senaman tarian Zumba secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan menariknya ia dilakukan secara berkumpulan.
Jadi terdapat banyak ruang untuk berinteraksi, mengeratkan hubungan dan saling memberi motivasi antara satu sama lain.
Seorang penggemar senaman Zumba, Jamalia Zainal, mengakui meminati senaman tersebut selepas mempelajarinya daripada seorang rakan.
"Saya terus jatuh cinta pada senaman ini kerana gerakan-gerakannya yang menarik, mudah dan menyeronokkan.
"Ketika melakukannya kita seolah-olah bukan bersenam sebaliknya menari mengikut rentak muzik yang menghiburkan," katanya yang meminati tarian tradisional seperti joget dan zapin.
Eksekutif di Open University Malaysia itu, pernah mengikuti kelas di bawah Sunny, kini turut menjadi salah seorang tenaga pengajar separuh masa di Celebrity Fitness.
Sementara itu orang ramai boleh menyertai kelas tarian Zumba yang dianjurkan oleh pusat kecergasan tersebut.
Antara aktiviti senaman Zumba yang disediakan adalah Zumbatomic untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga 12 tahun, Zumba Gold pula sesuai untuk warga emas dan juga untuk golongan yang kurang upaya, manakala senaman Zumba Aqua pula dilakukan di kolam renang.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger