Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Sunday, January 15, 2012

Global: Kurang zat

PADMA Biswokarma melindungi muka anak bongsunya dengan selimut ketika si kecil menyusu, senyuman mekar di bibir ibu muda itu.
Dua tahun lalu, doktor memberitahu kemungkinan untuk anaknya, Rohan terus hidup amat rendah kerana ketika dilahirkan dia sangat kecil dan ringan. Beratnya hanya 750 gram, tidak sampai satu perempat daripada berat minimum untuk bayi baru lahir.

Hari ini, beratnya sudah mencapai tujuh kilogram. Walaupun masih dianggap sangat ringan tetapi Rohan menunjukkan perkembangan dan pertumbuhan yang memberangsangkan malah pekerja kesihatan juga optimis terhadapnya.

“Melihat keadaannya ketika dilahirkan dulu, tiada siapa menyangka dia boleh hidup sampai sekarang. Saya cukup susah hati setiap kali dia sakit atau demam,” kata Padma, 24, sambil memangku anaknya di depan rumah diperbuat daripada lumpur yang terletak di Mangalsen, pekan utama di wilayah berbukit di Achham, di barat Nepal


Dia cuba mententeramkan anaknya ketika pekerja kesihatan mengambil ukur lilit lengan Rohan.

Bagaimanapun, kisah Rohan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa di Nepal. Organisasi kemanusiaan menganggap masalah kekurangan zat di Nepal sebagai satu wabak yang boleh menjadi ‘darurat senyap’ yang mengorbankan beribu-ribu nyawa bayi setiap tahun.

Nepal adalah salah sebuah negara termiskin di dunia, dengan lebih separuh populasinya hidup dengan pendapatan kurang daripada RM4 sehari. Pembangunan yang ada pula sudah musnah dek perang saudara antara penentang Mao dengan pasukan keselamatan negara yang berlanjutan selama 10 tahun dan berakhir pada 2006.

Berdasarkan statistik kerajaan, seramai 1.7 juta kanak-kanak - separuh daripadanya berumur di bawah lima tahun - mengalami masalah kekurangan zat yang teruk. Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan kanak-kanak itu terbantut.

Angka ini meningkat kepada 60 peratus di Achham, salah satu kawasan termiskin di Asia Selatan di mana pencemaran air dan kurang aspek kebersihan menyebabkan cetusan wabak taun ketika musim hujan.

Kekurangan zat akut, keadaan yang juga dikenali sebagai ‘kemerosotan kesihatan’ dipersalahkan kerana ia menjadi punca utama kematian 18 peratus bayi di Nepal.

Pengarah eksekutif badan kebajikan kesihatan Nyaya, Mark Arnoldy, yang bekerja
di Achham selama tiga tahun berkata, masalah kekura�ngan zat semakin meruncing kerana ancaman keselamatan makanan yang menyebabkan cirit-birit, pneumonia dan jangkitan cacing.

“Dalam isu pemberian susu badan, hanya 25 peratus wanita Nepal yang melahirkan anak berbuat demikian walaupun mereka sendiri mengalami masalah kekurangan zat. Jadi susu badan mereka selalunya tidak cukup untuk menampung keperluan anak,” katanya.

Menurut agensi pembangunan, hampir satu perempat penduduk Nepal masih tidak mempunyai akses terhadap penjagaan kesihatan asas.

Saru Nepali, 25, terpaksa meninggalkan empat anaknya di rumah mereka di Biraltoli dan pergi mencari kayu api di hutan untuk dijual. Ketiadaannya itu membuatkan anaknya, Nilesh, yang berumur 18 bulan dan masih belum pandai makan sendiri, secara perlahan-lahan mengalami masalah kekurangan zat dan apa yang menyedihkan, keadaannya kini sangat serius.

Bagaimanapun, Saru tidak dapat melakukan apa-apa dan hanya menjaga Nilesh, kerana dia sedar jika tidak bekerja, seisi keluarganya akan kelaparan.

“Anak sulungnya sepatutnya menjaga dan menyuapkan Nilesh makanan tetapi kami tidak tahu sama ada dia buat atau tidak.

“Dia ada suami tetapi suaminya bekerja di India dan jarang balik. Sudah lama Nilesh diletakkan di bawah jagaan saya tetapi keadaannya masih tidak berubah,” kata pekerja kesihatan sukarela, Mangala Biswo-Karma.

Pada 2008, Unicef memulakan program komuniti bertujuan mengekang masalah kebuluran akut, menggunakan khidmat sukarelawan tempatan seperti Mangala untuk menghantar pek ‘makanan terapeutik sedia dimakan’ kepada kanak-kanak yang sakit di daerah miskin itu.

Makanan terapeutik itu terdiri daripada campuran mentega kacang, susu tepung, vitamin dan mineral tidak �perlu dibancuh dengan air, untuk mengurangkan kemungkinan pencemaran. Usaha ini

sudah dilakukan sejak 20 tahun lalu yang mana keba�nyakan orang masih mendapatkan bantuan bomoh atau pawang apabila sakit.

Setakat ini Unicef mengagihkan 10 juta pek serbuk mikro nutrien iaitu makanan tambahan kepada 67,000 kanak-kanak di kawasan miskin di Nepal.

“Kami melatih lebih 1,500 sukarelawan kesihatan wanita untuk mengagihkan pek
makanan berkenaan dan setakat ini, bantuan sudah diterima 30,000 ibu, 70 peratus daripadanya mempunyai anak kecil,” kata Maheshwar Shrestha, ketua di pejabat kesihatan awam daerah di Rupandehi, selatan Nepal.

Tetapi bagi kebanyakan kanak-kanak, program itu agak terlewat. Anak lelaki Chandra Nepali contohnya, Shere yang berumur lapan bulan sudah lama menderita dan sakit. Dia hanya menyedari masalah anaknya apabila Shere tidak boleh lagi bergerak atau mengeluarkan suara.

Chandra segera membawa Shere ke hospital tetapi doktor tidak dapat menyelamatkan anaknya dan dia meninggal dunia akibat komplikasi kebuluran dan kekurangan zat.

“Kalau Shere hidup, dia berumur enam tahun,” kata Chandra sambil mendakap anak perempuannya, Kabita, 20 bulan.

Kabita juga mengalami masalah kekurangan zat akut, namun keadaannya kini lebih stabil dengan adanya bantuan pek makanan berkenaan.

“Masa dilahirkan dulu dia sihat tetapi mula alami masalah selepas mendapat pneumonia. Saya beri dia susu badan tetapi dia tidak banyak menyusu ketika sakit.

“Saya bimbang jika anak kedua saya ini juga meninggal dunia tetapi nampaknya keadaannya kini semakin bertambah baik. Syukur,” kata Chandra, 23. - AFP

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger