Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 2, 2012

Risau ketulan

pix_gal0

Suri rumah bimbang hubungan intim tidak seperti dulu

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya suri rumah berusia 37 tahun dan mempunyai tiga anak. Ketiga-tiga mereka dilahirkan secara normal dan tiada sebarang komplikasi. 

Apa yang menjadi masalah saya sekarang ialah pada bahagian pintu kemaluan saya, ada daging membesar yang tersumbat seolah-olah menutupi laluan itu. Untuk pengetahuan doktor, saya tiada masalah haid.Haid saya normal setiap bulan dan tiada masalah senggugut atau sakit. Apa yang merunsingkan saya, apabila ingin melakukan hubungan intim bersama suami. Ini kerana suami tidak dapat memasukkan zakar sepenuhnya akibat terhalang oleh daging itu. Tolonglah saya doktor, apa yang harus saya lakukan.Ika, Melaka
JAWAPAN
 

ASSALAMUALAIKUM. Sukar bagi saya bagi memberi diagnosa tepat mengenai masalah puan. Ini kerana saya tidak dapat melakukan pemeriksaan ke atas puan. 

Saya mempunyai beberapa diagnosa yang saya fikir salah satu daripadanya mungkin betul. Oleh kerana itu, puan perlu berjumpa dengan doktor pakar ginekologi untuk pemeriksaan secara tepat. 

Melalui pengalaman saya, ada wanita mengalami masalah prolapse mengadu bahawa suami mereka sukar melakukan hubungan seks kerana ada ‘benda’ yang menghalangnya. 
Prolapse adalah keadaan di mana sistem peranakan iaitu rahim dan servik mengalami kejatuhan atau turun ke dalam vagina. Ini disebabkan ligamen dan tisu yang menyokong sistem peranakan ini menjadi lemah akibat dari proses melahirkan anak pada masa lalu. 

Apabila sistem menyokong sistem peranakan ini menjadi lemah, maka rahim serta servik akan jatuh ke bawah. 

Bukan itu saja, selalunya pundi kencing di depan dan rektum di belakang akan diheret bersama dengannya. Wanita yang mengalami keadaan ini akan mengadu ada sesuatu dalam vagina mereka. 

Jika mereka meneran ketika berada di bilik air, ada ‘ketulan” merah terkeluar dari vagina. Kebiasaannya, ini adalah pundi kencing yang akan nampak dulu. Pemeriksaan seterusnya menunjukkan wujud prolapse sistem peranakan. 

Kadangkala ada ibu-ibu yang mengalami kencing tidak lawas atau sukar membuang air kecil. Prolapse kebiasaan terjadi kepada wanita yang melahirkan ramai anak, bekerja berat, menopaus dan mempunyai sejarah dalam keluarga yang mengalami masalah sama. 

Keduanya, ada ketumbuhan pada servik. Kebanyakannya adalah masalah polip servik. Polip amat jarang sekali mengganggu suami semasa hubungan seks kerana kebanyakannya bersaiz kecil. Wanita lazimnya akan mengadu mengenai perdarahan yang berlaku selepas hubungan seks. 

Ada wanita yang mengalami kesakitan ketika hubungan intim ini. Ada di antara mereka mengalami keputihan yang banyak. Selain itu Fibroid juga boleh terkeluar dari pintu servik. Fibrod boleh mencapai saiz yang besar dan boleh mengganggu hubungan seksual. Biasanya mereka mengalami haid yang terlalu banyak dan senggugut. 

Diagnosa yang lain adalah sista Nabothian. Sista-sista adalah gelembung-gelembung lendir pada permukaan pintu servik. Sekiranya banyak, servik menjadi besar tetapi tidaklah sehingga mengganggu hubungan seksual. Perlu saya ingatkan, kanser servik juga membuatkan servik besar tetapi tetapi ia mempunyai gejala lain. 

Apa yang saya cadangkan ialah puan berjumpa dengan doktor pakar. Ini kerana ada pelbagai punca keadaan ini berlaku. Pakar perubatan tidak akan tahu jika ia tidak diperiksa. Semua masalah ini memerlukan pembedahan sebagai kaedah rawatan.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger