SOALANSAYA seorang yang obes dan baru bersalin Januari lalu menerusi kaedah pembedahan (c-section). Luka saya dijangkiti kuman dan dibuka semula pada hari ketujuh. Sehingga ke bulan keempat luka saya belum bercantum walaupun sudah bersih dan tidak menghidapi diabetes. Luka itu pada mulanya sepanjang 10 sentimeter dengan kedalaman dua sentimeter.Selepas menjalani ‘secondary suturing’ ia tidak bercantum sepenuhnya kerana dijangkiti kuman sekali lagi. Saya mengambil keputusan untuk tidak jahit semula dan melakukan dressing dua hari sekali. Sekarang luka saya sepanjang tiga sentimeter dengan kedalaman 0.5 milimeter tetapi yang memusykilkan saya ialah kenapa luka saya lambat sembuh? Adakah pada masa akan datang saya akan diberi pilihan untuk melakukan pembedahan ceasarean atau bersalin normal?
MIA MARIYAM
JAWAPAN
Puan, risiko jangkitan berlaku pada luka pembedahan adalah kurang lima peratus. Ini bermakna 1 bagi setiap 20 pembedahan yang dilakukan akan mengalami jangkitan pada jahitannya. Terlalu banyak faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan jangkitan boleh berlaku seperti tahap steril dewan pembedahan, perkakasan pembedahan dan paling sukar dikawal adalah faktor- faktor manusia termasuklah doktor bedah itu sendiri.
Faktor dalaman yang penting adalah integriti sistem imuniti seseorang dan puan sedar yang diabetes adalah punca penting untuk jangkitan lebih mudah berlaku dan percantuman luka adalah perlahan jika diabetes tidak terkawal.
Faktor lain yang saya kira penting adalah obesiti. Kebanyakan jangkitan luka pembedahan berlaku pada wanita yang obes terutama selepas pembedahan caesarean.
Keadaan fizikal menyebabkan luka di bawah perut sentiasa berpeluh dan panas yang hanya menggalakkan jangkitan berlaku. Luka cepat sembuh jika faktor-faktor ini dapat dihindari.
Apakah punca luka caesarean puan masih tidak lagi pulih selepas hampir empat bulan walaupun dressing dilakukan dengan kerap?
Saya cadangkan puan berjumpa dengan doktor pakar semula untuk penyiasatan punca kenapa luka masih tidak pulih selepas empat bulan.
No comments:
Post a Comment