Letih
Tidur
Salam,
Badan letih dan lesu walaupun kita merasakan telah berehat dan tidur secukupnya.� Mengapakah hal ini berlaku?.� Lazimnya kita bangun awal pada hari bekerja dan bangun lewat pada hari tidak bekerja atau cuti umum.� Kita seolah-olah "balas dendam" kerana merasakan tidak cukup tidur pada hari bekerja.� Namun yang berlaku adalah sebaliknya, badan kita semakin letih dan lesu.
Sebenarnya, pola tidur sedemikian telah mengganggu putaran biologi dalam badan anda atau "biological clock".� Gangguan inilah yang menyumbang kepada keletihan tubuh badan anda.� Menurut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, AS, badan kita mengeluarkan sejenis hormon kecergasan yang dipanggil cortisol.� Sekiranya anda bangun tidur jam 7 pagi, cortisol akan dirembeskan 3 jam awal iaitu jam 4 pagi sebagai persediaan untuk anda bangun dan aktif.
Oleh itu, sekiranya anda mengamalkan corak tidur seperti di atas, jadual cortisol terganggu.� Cortisol telah dikeluarkan pada jam 4 pagi tetapi pada hari itu anda bangun jam 11 pagi.� Akibatnya, ketika anda bangun hormon kecergasan telah tiada. Anda akan merasa letih dan lesu walaupun tidur melebihi 8 jam sehari.
Jadi, jika anda mahukan kecergasan berpanjangan, jagalah amalan tidur anda agar tidak mengganggu putaran biologi di dalam tubuh anda.� Tiada gangguan ini bermakna anda akan cergas, bertenaga dan aktif.
No comments:
Post a Comment