Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Tuesday, February 26, 2013

Tahukah Anda Khasiat Oat ?



Oat5

 Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?


Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.


Ia bermula pada tahun 1854 apabila Raja Oatmeal Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.


Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.


Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.


Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!


Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.


Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.


Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.


Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.


Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.


Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.


Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.


Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.


Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.


Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.


Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat. Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!


Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!


Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.


Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!
READ MORE - Tahukah Anda Khasiat Oat ?

Saturday, February 9, 2013

Cara terbaru menyebar kuman HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih 
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak. 
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif. 
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... . 
4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. 
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja... 
Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology School of Medical Sciences USM, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA. 
READ MORE - Cara terbaru menyebar kuman HIV

Perbezaan di antara CINTA dan SEKS

KATA-KATA kasih dan cinta membawa berbagai-bagai erti. Misalnya kasih ibu, kasih diri sendiri, kasih tanah air, cinta harta, cinta keindahan, cinta muzik, cinta sukan dan lain-lain lagi. 
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta yang menawan hati manusia di peringkat-peringkat hidup yang pertama cinta yang melahirkan perubahan fizikal mental yang sukar dianalisa dan diberi penafsiran. 
Kasih dan cinta terkandung di bawah berbagai-bagai sentimen dan perasaan, ada yang luhur dan ada yang hina. Sentimen kasih sering kali memadukan di antara perasaan rendah diri dengan perasaan bangga diri atau di antara persaan yang berkobar-kobar dengan perasaan yang tenang tenteram dan memadukan di antara kekuatan peribadi dan kelemahan yang cepat mengalah dan menyerah. 
Kasih dan cinta boleh mengubah perasaan jemu terhadap hidup kepada perasaan yang menghargai keindahan hidup. Kasih dan cinta juga boleh meluhur dan mengangkatkan nafsu berahi kepada martabat kenikmatan-kenikmatan rohani dan kelazatan jiwa. 
Apakah sebenarnya perbezaan antara cinta dan seks? Memang ada perbezaan antara keduanya dan jelas sekali. Ramai lelaki yang berkahwin dengan perempuan-perempuan hingga melahirkan anak-anak yang ramai, walaupun isteri-isterinya sentiasa bersedia untuk memberi kepuasan seks kepada mereka., malah mereka terus menaruh cinta kepada perempuan-perempuan yang lain dan percintaan itu terus berkembang walaupun mereka tidak diizinkan membuat perhubungan dengan wanita yang dicintainya. 
Cinta yang bermotifkan seks dapat berlangsung dengan sempurna walaupun hati seseorang itu tandus dari sebarang perasaan kasih sayang. 
Keinginan seks saja tidak lebih dari keberahian sepintas lalu yang dianggap oleh kebanyakan bangsa sebagai keinginan liar yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip akhlak. Begitu juga kebanyakan agama di dunia ini menganggap hubungan seks di antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri sebagai satu dosa yang besar yang diancam dengan balasan-balasan seksa. 
Perkahwinan semata-mata bermotifkan mencari kepuasan seks tidak akan berpenjangan. Oleh itu perasaan kasih dan cinta satu unsur yang perlu yang harus mendahului atau mengandingi hubungan seks.
READ MORE - Perbezaan di antara CINTA dan SEKS

KEPENTINGAN TIDUR MALAM

Tidur yang paling penting ialah tidur pada waktu malam. Allah berfirman: ?Dan Dia telah menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki).? (Al-Furqan 25:47) 
Pekerja-pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia untuk menerima tekanan yang berlebihan di waktu malam. Hal ini disebabkan, hormon cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam justeru, melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam, di samping membebankan jantung. 
Pakar-pakar dari Yayasan Jantung Britain bersetuju dengan pandangan ini kerana secara dasarnya, tekanan akan membebankan jantung dan meningkatkan risiko menghidap sakit jantung. Gangguan tidur disebabkan oleh perubahan syif kerja merupakan sebahagian daripada tekanan yang boleh mengganggu fungsi jantung. 
(Dari buku 'Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
READ MORE - KEPENTINGAN TIDUR MALAM

Keburukan Makan Berlebihan


Keburukan Makan Berlebihan 
Terlalu banyak makan boleh beri kesan buruk pada kesihatan. Rasulullah s.a.w mengingtakan bahawa perut yang penuh dengan makanan itu punca segala penyakit manakala perut kosong itu punca segala ubat. 
Imam al-Ghazali pula berpesan, ?Banyak makan, banyak minum dan banyak tidur akan memendekkan umur.? 
Salah satu petua yang ditinggalkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan makan berlebihan ialah dengan makan sesuatu setelah benar-benar lapar dan berhenti makan setelah benar-benar kenyang.
Selain itu, tip berikut juga boleh di cuba :
~ Hadkan jenis lauk agar tidak terlalu banyak pilihan.
~ Minum seteguk air sebelum mula makan
~ Jangan biasakan simpan makanan berlebihan di rumah supaya kita tidak teringat ? ingat pada makanan.
READ MORE - Keburukan Makan Berlebihan

Tidur di tengah hari.. apakah kebaikannya??

'AFTERNOON NAP' DAN PRODUKTIVITI 
Tidur pada waktu tengahari yang dikenali sebagai qailulah, seringkali dilakukan oleh Nabi s.a.w. Di dalam kitab Misykatul Masabih telah disebutkan: 

"Tidur sekejap di waktu tengahari (qailulah) bukanlah suatu perbuatan yang keji kerana Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya." 

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai a midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ialah Dr. William A. Anthony (Ph.D.) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art of Napping at Work. David F. Dinges dan Roger J. 

Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit di waktu tengahari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain. ... ... ... ... 

(Dari buku 'Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
READ MORE - Tidur di tengah hari.. apakah kebaikannya??

Petua-Petua Harian | Petua Orang Tua

khasiat bawang: 
1. pening kepala: 
potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih. 

2. lemah otot: 
ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah. 

3. demam selsema: 
telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari. dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih. 

4. susah hadam: 
rebus bawang merah bersama kulitnya. kemudian kupas bawang itu. Bawang ituharuslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. amalkan selalu. 

5. serangan angin: 
campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. kacau dan minum campuran itu setiap hari. 

6. serangan cacing: 
amalkam meminum air rebusan bawang merah setiap hari. 

7. menghilangkan karat kepada pakaian: 
perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.` 

8. hampas teh suburkan tanaman: 
taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau. 

9. mengatasi sengal tulang: 
patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi. 

10. merawat kulit berkedut: 
parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan. 

11. daun puding atasi gatal: 
bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. lumurkan keseluruh kulit kepala. bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. Akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. lakukan dua kali seminggu. 

12. legakan sakit gigi: 
celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit. 

13. segarkan mata: 
sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur. 

14. kunyit atasi hidung bayi tersumbat: 
Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. awas! jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung. 

15. kulit limau hilangkan bau badan: 
potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. amalkan selalu. 

16. engurangkan dengkur: 
tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. minumlah beberapa minit sebelum tidur. 

17. cara menghilangkan ketuat: 
sapukan getah dari pelepah betik yang depetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. lakukan beberapa kali. ketuat akan mengering dan luruh sendiri. 

18. menaikkan seri muka: 
basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu. 

19. mengelakkan nafas berbau: 
sangar hampas kelapa hingga kuning. amalkan mengunyah hampas kelapa itu. jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. Minumlah air suam selalu. 

20. limau nipis mewangikan rambut: 
potong dua biji limau nipis melintang. kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. biarkan beberapa minit sebelum dibilas. 

21. mengelakkan cermin kenderaan kabur: 
basahkan sehelai tuala kecil, tuangkan beberapa titis shampoo mandian ke atasnya. laplah bahagian luar dan dalam cermin kerderaan anda dengan menggunakan tuala tadi. 

22. mengelak keguguran rambut: 
ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemomor.

23. ubati bibir yang pecah: 
bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian di minum beberapa kali. 

24. menghilangkan kembong perut. 
ambil tiga helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama dua minit. setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut. 

25. atasi tumit pecah: 
gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. amalkan sebelum mandi. 

26. ubat sakit angin: 
kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya. dan makan mentah-mentah. badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. rasa mual dan pening akan berakhir. 

27. menghaluskan kulit muka: 
didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. 

28. melembutkan tapak kaki: 
ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dengan air perahan limau nipis. gosokkan tapak kaki dengan bancuhan itu berulangkali. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu untuk mendapat hasilnya. 

29. mengatasi mabuk perjalanan jauh: 
bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. Amalkan selalu. 

30. menghapuskan urat timbul di kaki sewaktu mengandung: 
belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. amalkan selalu. 

31. mencantikan telur rebus: 
rebuskan telur sehingga tiga suku masak. masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan dan biarkan sehingga warnanya luntur. kemudian rebuskan kembali telur itu. 

32. menghalau semut: 
masukkan beberapa batang kulit kayu manis dan bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula. 

33. mengelakkan lipas: 
ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daun-daun baru. 

33. mengelakkan sawang atau sarang laba-laba: 
bersihkan tempat yang sering kedapatan sarang laba-laba. kemudian celupkan penyapu sawang ke dalam minyak tanah lalu lapkan tempat itu. 

34. hilangkan lebam di bawah mata: 
sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali. 

35. menghilangkan bau mulut: 
tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukannya tiga hari sekali. 

36. merawat sakit lecur: 
titiskan cecair spirit ke atas gelembung lecur. 

37. meredakan batuk: 
rendamkan gula batu, getah anggur dan kembang semangkuk selama semalaman di 
dalam jag berisi air masak. berikan minuman ini kepada orang yang batuk sekerap mungkin. 

38. mengembalikan seri muka selepas bersalin: 
rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. seeloknya pada waktu pagi dan malam. 

39. mencantikan kulit janin: 
amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti terhindar dari mendapat ruam lampin. 

40. mengembalikan kesegaran kepala: 
ramas tujuh biji limau nipis yang telah diputong melintang ke dalam bekas air suam. tapis air limau itu dan lumurkan kepada kepala selama sepuluh minit. kemudian barulah dibilas. lakukan diwaktu petang. 

41. menghaluskan kulit muka: 
bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. selepas itu barulah dibilas. 

42. mencabut kutu babi: 
petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas kutu babi. selepas itu ianya akan menjadi senang untuk dicabut.
READ MORE - Petua-Petua Harian | Petua Orang Tua

Tubuh Manusia

Badan mempunyai:206 Tulang dan lebih kurang 639 Otot

Daripada keseluruhan berat badan:Berat seluruh Kulit - 16%
Berat seluruh Otot - 40%
Berat seluruh Tulang - 25%
Berat Otak - 2%

Degup Jantung:Purata degupan Jantung 79 kali seminit.
100 000 degupan sehari, tanpa henti sepanjang hidup.

Kekuatan Jantung: dalam sehari Jantung berupaya mengepam 10 000 liter cecair ke dalam sebuah lori tangki!.

Otak:Mempunyai 10 juta sel saraf.
Boleh membuat perhubungan dengan 25 000 sel saraf lain di seluruh tubuh.
Terbina daripada 80% air.

Umumnya, Otak sebelah KIRI dapat berfikir tentang bahasa, perkataan dan angka serta dapat menyelesaikan masalah dengan baik.

Otak sebelah KANAN lebih baik dalam seni lukis, muzik dan hal kreatif.

Daripada keseluruhan tubuh:70% daripadanya adalah terdiri daripada air.

Sel dalam tubuh:Ada kira-kira 50 000 juta Sel yang berlainan jenisnya di dalam tubuh kamu.


Fakta menarik:Haiwan yang berleher panjang seperti Zirafah, mempunyai 7 ruas tulang leher sama jumlahnya dengan leher tikus yang kecil dan leher manusia!
READ MORE - Tubuh Manusia

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

jaga lah kesihatan kita mudaha mudahan dilindungi Allah SWT senantiasa... amin
READ MORE - 8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Monday, February 4, 2013

Cara Mengesan Hp Original

how to know mobile is original or not? tips for HP

type *#06#

534987801665443


digit seven and eight 02 or 20-assembly on emirates >>very bad quality

digit seven and eight 08 or 80-manufactured in germany >>not bad

digit seven and eight 01 or 10-manufactured in finland >>good

digit seven and eight 00
-manufactured in original factory >>best quality

digit seven and eight 13
-assembly on azerbaijan >>very bad quality and dangerous for health
READ MORE - Cara Mengesan Hp Original

Sunday, February 3, 2013

Tahukah Anda Bahaya Rokok Elektronik???


Rokok elektronik atau “Elecronic Nicotine Delivery Systems” (ENDS) dipasarkan sebagai pengganti rokok dan didakwa tidak menimbulkan bau dan asap. Bentuknya seperti batang rokok biasa, tetapi tidak membakar daun tembakau, seperti produk rokok konvensional, ENDS membakar cairan nikotin menggunakan bateri dan wapnya itu akan memasuki liang paru-paru perokok. Produk itu dipasarkan dengan banyak jenama, di antaranya rokok elektronik, ecigarro, electro-smoke, green-cig, dan smartsmoker.Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya.


Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna.

Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya.

Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu.

Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya.

"Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya.

"Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. - AGENSI Sumber Utusan 
 
READ MORE - Tahukah Anda Bahaya Rokok Elektronik???
Powered By Blogger