Tidur yang paling penting ialah tidur pada waktu malam. Allah berfirman: ?Dan Dia telah menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki).? (Al-Furqan 25:47)
Pekerja-pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia untuk menerima tekanan yang berlebihan di waktu malam. Hal ini disebabkan, hormon cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam justeru, melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam, di samping membebankan jantung.
Pakar-pakar dari Yayasan Jantung Britain bersetuju dengan pandangan ini kerana secara dasarnya, tekanan akan membebankan jantung dan meningkatkan risiko menghidap sakit jantung. Gangguan tidur disebabkan oleh perubahan syif kerja merupakan sebahagian daripada tekanan yang boleh mengganggu fungsi jantung.
(Dari buku 'Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
No comments:
Post a Comment