Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 16, 2012

Jenis- jenis Cairan Yang Terdapat Pada Wanita

Air wadi
Ia merupakan sejenis cecair putih kental yang keluar selepas membuang air kecil (kencing). Memandangkan ia keluar selepas kencing, maka hukumnya seperti air kencing, yakni ia membatalkan wuduk dan boleh dibersihkan dengan air.

Air mazi
Ia adalah sejenis cecair yang nipis, jernih (‘clear’) dan licin seperti pelincir. Ia keluar apabila timbulnya syahwat, seperti apabila suami-isteri memulakan hubungan seks, apabila seseorang itu melakukan onani atau berangan-angan sesuatu yang memberahikan.Air mazi membatalkan wuduk dan hendaklah dibersihkan dengan cara membasuh vagina dengan air. [Shahih al-Bukhari, no: 261] 

Jika air mazi terkena pakaian, memadai dengan merenjis atau memercik dengan air. Rasulullah member tunjuk ajar: Cukuplah kamu mengambil air sepenuh telapak tanganmu, lalu percikkan pada bahagian pakaian yang kamu ketahui terkena mazi. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 210].


Memandangkan air mazi adalah jernih, agak sukar untuk mengetahui di bahagian mana ia mengenai pakaian. Maka memadailah memercikkan air pada bahagian pakaian yang kamu ketahui terkena mazi tanpa perlu membasuh keseluruhan pakaian.

Air mani
Ia merupakan cecair berbau yang keluar tatkala berlakunya kemuncak syahwat (klimaks).Bagi lelaki ia agak pekat sementara bagi wanita ia agak cair. Air mani keluar apabila suami isteri melakukan hubungan seks, apabila seseorang itu melakukan onani atau bermimpi, lazim disebut sebagai mimpi basah.

Berkenaan air mani, sebahagian orang berpendapat wanita tidak mengeluarkan air mani. Pendapat ini dijawab bahawa wanita juga mengeluarkan air mani, hanya air mani wanita tidak mengandungi sperma sebagaimana air mani lelaki. Dalilnya ialah hadis berikut, di mana Umm Sulaim telah bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu dalam perkara yang hak. Apakah bagi wanita wajib mandi jika dia bermimpi?” 

Rasulullah wasallam menjawab: “Ya, jika dia melihat air mani.” Umm Salamah (isteri Rasulullah yang turut hadir) menutupi wajahnya (kerana malu) seraya bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah seorang wanita itu bermimpi (basah)?” Baginda menjawab: “Ya.” [Sebahagian daripada hadis Shahih al-Bukhari, no: 127].

Apabila seorang wanita mengeluarkan air mani, dia berada di dalam keadaan junub dan hendaklah membersihkan dirinya dengan Mandi Wajib. Tatacara mandi wajib telah kita bincang dalam ruangan Cahaya Rohani, edisi November 2010.

Jika Air Mani terkena pakaian, maka ia dibasuh dengan air jika masih basah [Shahih Muslim, no:436] atau dikerit (kikis dengan kuku) jika sudah kering [Shahih Muslim, no: 435]. Di antara tiga jenis cecair yang keluar ini, hendaklah dibezakan bahawa untuk air wadi dan air mazi, memadai membasuh dengan air, lalu berwuduk, sementara untuk air mani hendaklah melalui Mandi Wajib. Seperkara lain, apabila disebut onani (‘masturbate’), ia hanyalah untuk pengetahuan umum. Ia tidak bererti, Islam mahu pun penulis menganjurkan perbuatan tersebut.

Cairan lain daripada diri sendiri
Kadangkala ada cairan yang keluar namun sudah dikenal pasti ia bukan darah haid, bukan cairan kuning, putih, coklat yang berkaitan dengan haid, bukan darah nifas, bukan darah istihadhah dan bukanjuga air kencing, air wadi, air mazi mahu pun air mani. Lalu apakah hukum cairan ini?

Di antara ilmuwan Islam, ada yang berpendapat cairan tersebut adalah najis. Ia membatalkan wuduk dan hendaklah vagina serta pakaian yang mengenainya dibasuh dengan air. Mereka berhujah bahawa semua yang keluar melalui qubul dan dubur adalah najis. Walau bagaimanapun ada juga yang berpendapat, cairan tersebut bukan najis dan tidak membatalkan wuduk.

Ini kerana manusia pada asalnya adalah suci dan apa yang dianggap sebagai najis dan/atau membatalkan wuduk hendaklah berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Memandangkan dalam hal ini tiada dalil, maka ia bukan najis dan tidak membatalkan wuduk. Namun boleh saja bagi seseorang itu membersihkan vaginanya dan mengambil wuduk apabila hendak solat, sebagai langkah kebersihan tambahan. 

Cairan dari sumber lain
Ada kalanya keluar cairan vagina dari sumber yang lain. Misalnya, air mani suami yang mengalir keluar dari vagina isterinya setelah mereka melakukan hubungan seks. Contoh lain, setelah membasuh vagina daripada air mazi, darah haid atau lain-lain, ada air basuhan yang mengalir keluar. Dalam kes ini, memadai bagi wanita tersebut mengelap kering cairan tersebut tanpa perlu mengambil wuduk, mengulangi wuduk atau Mandi Wajib.

Cairan kerana penyakit
Dalam kes terpencil, ada wanita yang vaginanya sentiasa lembap dengan cairan, umpama air mazi. Sudah dipastikan oleh para doktor bahawa ia adalah sejenis penyakit dan bukan disengajakan oleh wanita tersebut. Dalam kes ini, ia diqiyaskan kepada darah istihadhah di mana cairan tersebut tidak membatalkan wuduk kerana ia adalah penyakit yang dimaafkan. 

Sumber: http://www.karangkraf.com

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger