Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, May 20, 2013

Kenali 6 Kedudukan Jerawat Dan Punca

Perasan tak TIBA-TIBA 1 Jerawat muncul di badan? Tiba-tiba ada dekat pipi kiri, dagu, belakang badan, hidung. HATI-HATI kerana kerana ada sebab dan PUNCA ia terjadi.. Baca Kedudukan Jerawat dan Punca
6 Tempat Kedudukan Jerawat dan punca :

1) DAHI >> Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak

2) HIDUNG >> Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

3) DAGU >> Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

4) PIPI KIRI >> Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

5) PIPI KANAN >> Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

6) PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) >> Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik

Ini kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku, untuk lebih kepastian silalah jumpa doctor yang lebih pakar.
READ MORE - Kenali 6 Kedudukan Jerawat Dan Punca

Punca dan Gejala Ketumbit

Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.

Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar?

Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.

Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :

* Mata berair
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak

Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.

Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.

Apakah rawatan bagi ketumbit?

Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.

Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?

Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.

Bolehkah ketumbit berjangkit?

Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.

PETUA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN KETUMBIT:

1) tenyeh ngan bawang putih
2) tuam tempat kena ketumbit dgn sudu yg dihangatkan oleh air panas. Buat sllu hgga pulih
3) Petua org tua. Baca selawat sambil pgg mata yg kena ketumbit tu. Kemudian buat2 buangkan ketumbit tu dari mata
4) Beli ubat mata brand Eyeglo bewarna pink dr farmasi
5) Tuam dengan air suam mengunakan kain yang bersih
6) Sebelum dia membesar, maksudnya masa dia masih lagi kecil (baru nak jadi), ambil hujung kain pelikat atau kain batik, gergajikan ketumbit tu agar segera pecah... .
7) ambik daun belimbing buluh..Basuh bersih2..Tumbuk sampai hancur..pupuk sekeliling kelopak mata..jgn kasi masuk dalam mata lak..kemudian akan terasa seperti ketumbit tu di tarik2..itu dalam proses mengecutkan ketumbit..ulanglah beberapa kali..

sekian~
READ MORE - Punca dan Gejala Ketumbit

Angin Ahmar Dan Cara Merawatnya

BANTUAN KECEMASAN UNTUK PESAKIT ANGIN AHMAR / STROKE
Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaanya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakitANGIN AHMAR yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga , jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika berhasil. Luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.

Sila baca dan sampaikan kepada saudara-mara serta rakan-rakan anda. Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.


Apabila serangan ANGIN AHMAR mengenai seseorang , kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah.

Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena ANGIN AHMAR dan tidak sedarkan diri apa yang anda perlu buat adalah :


1. Anda jangan panik dan bawa bertenang. Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada


2. Jangan alihkan mangsa ke tempat lain kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah.

3. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula , keadaan mungkin akan bertambah buruk.

4. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik) , jarum jahitatau pin baju yang tidak berkarat , segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1mm dalamnya , seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah. Jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah , tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.


5. Jika berlaku perubahan bentuk mulut , tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian Insya Allah , mangsa akan sedar semula.


6. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital.

Memanggil ambulan semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya walaupun dia mampu berjalan semula.



Penyakit ANGIN AHMAR ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek , mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala.

Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa ANGIN AHMAR ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita.



... Allah s.w.t turunkan Ubat Dulu Kemudian Baru Turunkan Penyakit. Sebab Itu setiap Penyakit Ada Ubatnya Kecuali Maut Dan Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Menghadapi Maut ...
READ MORE - Angin Ahmar Dan Cara Merawatnya

Tuesday, February 26, 2013

Tahukah Anda Khasiat Oat ?



Oat5

 Tahukah anda bahawa untuk menjaga kesihatan jantung, anda hanya perlu memakan sekurang-kurangnya 70g. oat setiap hari?


Oat sudah bertahun lamanya terkenal kerana khasiat kebaikannya kepada kesihatan kita secara keseluruhan, terutama sekali kepada kesihatan jantung.


Ia bermula pada tahun 1854 apabila Raja Oatmeal Ferdinand Schumacher memperkenalkan oat di Amerika dan menganggap oat sebagai tambahan yang sihat kepada pemakanan. Dakwaannya kini sudah dibuktikan secara saintifik.


Kini, pakar-pakar pemakanan dan diet memberi penekanan terhadap keberkesanan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit jantung.


Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.


Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!


Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.


Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.


Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.


Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.


Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.


Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.


Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.


Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.


Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.


Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.


Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat. Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!


Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!


Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.


Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!
READ MORE - Tahukah Anda Khasiat Oat ?

Saturday, February 9, 2013

Cara terbaru menyebar kuman HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih 
1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai danmenimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak. 
2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif. 
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati... . 
4. Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya. 
5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja... 
Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology School of Medical Sciences USM, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA. 
READ MORE - Cara terbaru menyebar kuman HIV

Perbezaan di antara CINTA dan SEKS

KATA-KATA kasih dan cinta membawa berbagai-bagai erti. Misalnya kasih ibu, kasih diri sendiri, kasih tanah air, cinta harta, cinta keindahan, cinta muzik, cinta sukan dan lain-lain lagi. 
Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta yang menawan hati manusia di peringkat-peringkat hidup yang pertama cinta yang melahirkan perubahan fizikal mental yang sukar dianalisa dan diberi penafsiran. 
Kasih dan cinta terkandung di bawah berbagai-bagai sentimen dan perasaan, ada yang luhur dan ada yang hina. Sentimen kasih sering kali memadukan di antara perasaan rendah diri dengan perasaan bangga diri atau di antara persaan yang berkobar-kobar dengan perasaan yang tenang tenteram dan memadukan di antara kekuatan peribadi dan kelemahan yang cepat mengalah dan menyerah. 
Kasih dan cinta boleh mengubah perasaan jemu terhadap hidup kepada perasaan yang menghargai keindahan hidup. Kasih dan cinta juga boleh meluhur dan mengangkatkan nafsu berahi kepada martabat kenikmatan-kenikmatan rohani dan kelazatan jiwa. 
Apakah sebenarnya perbezaan antara cinta dan seks? Memang ada perbezaan antara keduanya dan jelas sekali. Ramai lelaki yang berkahwin dengan perempuan-perempuan hingga melahirkan anak-anak yang ramai, walaupun isteri-isterinya sentiasa bersedia untuk memberi kepuasan seks kepada mereka., malah mereka terus menaruh cinta kepada perempuan-perempuan yang lain dan percintaan itu terus berkembang walaupun mereka tidak diizinkan membuat perhubungan dengan wanita yang dicintainya. 
Cinta yang bermotifkan seks dapat berlangsung dengan sempurna walaupun hati seseorang itu tandus dari sebarang perasaan kasih sayang. 
Keinginan seks saja tidak lebih dari keberahian sepintas lalu yang dianggap oleh kebanyakan bangsa sebagai keinginan liar yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip akhlak. Begitu juga kebanyakan agama di dunia ini menganggap hubungan seks di antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri sebagai satu dosa yang besar yang diancam dengan balasan-balasan seksa. 
Perkahwinan semata-mata bermotifkan mencari kepuasan seks tidak akan berpenjangan. Oleh itu perasaan kasih dan cinta satu unsur yang perlu yang harus mendahului atau mengandingi hubungan seks.
READ MORE - Perbezaan di antara CINTA dan SEKS

KEPENTINGAN TIDUR MALAM

Tidur yang paling penting ialah tidur pada waktu malam. Allah berfirman: ?Dan Dia telah menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk bertebaran (mencari rezeki).? (Al-Furqan 25:47) 
Pekerja-pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia untuk menerima tekanan yang berlebihan di waktu malam. Hal ini disebabkan, hormon cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam justeru, melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja-pekerja pada syif malam, di samping membebankan jantung. 
Pakar-pakar dari Yayasan Jantung Britain bersetuju dengan pandangan ini kerana secara dasarnya, tekanan akan membebankan jantung dan meningkatkan risiko menghidap sakit jantung. Gangguan tidur disebabkan oleh perubahan syif kerja merupakan sebahagian daripada tekanan yang boleh mengganggu fungsi jantung. 
(Dari buku 'Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
READ MORE - KEPENTINGAN TIDUR MALAM
Powered By Blogger