Pakar kesihatan di Britain memberi amaran kecederaan itu berpunca daripada penggunaan skrin kecil dalam tempoh terlalu lama dan menaip dengan papan kunci yang kecil.
Kecederaan itu menjadi menjadi semakin kerap berlaku kerana alatan berteknologi tinggi menjadi semakin popular.
Berdasarkan satu kajian pendapat yang dibuat oleh YouGov baru-baru ini, sebanyak 44 peratus penduduk di Britain menggunakan telefon bimbit mereka untuk aktiviti lain berbanding membuat panggilan iaitu antara 30 minit dan dua jam sehari. Kajian berkenaan dilakukan terhadap 2,034 pengguna dewasa pada bulan September. – AFP
No comments:
Post a Comment