Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, January 23, 2012

Langkah haram bank susu ibu perlu disemak semula


Bank Susu
SHAH ALAM - Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, pengharaman bank susu ibu wajar diteliti semula dan diberi pertimbangan di mana beberapa aspek perlu dikaji sedalam-dalamnya.

“Pada 1985, Majlis Fiqh Islam Antarabangsa, berbincang dan memutuskan bahawa setiap susuan adalah seperti daging.

"Oleh itu, apa-apa yang diharamkan melalui keturunan juga diharamkan melalui sebab persusuan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut beliau, mereka kemudian mengadakan perbincangan panjang mengenai kaedah hendak mensabitkan pengharaman daripada persusuan itu. 

Keputusan mereka sepakat bahawa usia bayi adalah dua tahun ke bawah.

"Ini berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 233 bermaksud "ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233)'," katanya.

Keduanya, kata beliau, teknik susuan di mana secara normal bayi menghisap terus dari payudara. Majoriti ulama menthabitkan persusuan sama ada menghisap terus, menggunakan cawan, melalui hidung atau susu masuk ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ada pandangan minoriti tidak bersetuju kerana mereka mengatakan, bahawa ia tidak thabit.

Selain itu, tambah beliau, menurut Mazhab Shafie dan Hambali adalah lima kali susuan.

Rangkaian ibu susuan ini akan mewujudkan generasi pertalian darah di mana di antara mereka tidak boleh bernikah.

“Berpegang pada pandangan majoriti, berdasarkan kepada al–Quran, surah An-Nisa ayat 23 yang bermaksud: 

“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu, dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

"Berdasarkan ayat itu maka kesimpulannya, anak-anak wanita yang memberi susu sama ada lelaki atau perempuan dan ke bawah adalah haram kepada anak susuan untuk berkahwin," katanya.

Kata beliau, "kita perlu melihat isu percampuran susu ibu. Sekiranya susu yang diambil adalah campuran, maka siapakah yang akan thabit?" 

“Pandangan dalam bab ini, kalau susu bercampur di antara susu wanita dengan wanita maka wanita yang dominan akan thabit. Itu pandangan oleh Imam Abu Hanifah dan beberapa yang lain, tetapi menurut pandangan Mazhab Hambali, semua wanita akan thabit.

Manakala sekiranya susu wanita bercampur dengan susu haiwan dan makanan lain, majoriti mengatakan ia masih susu dan pengharamannya masih thabit.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger