Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Tuesday, January 24, 2012

Mengenali Jenis Kulit Muka Anda

Berikut merupakan jenis-jenis kulit yang perlu diketahui :

1-Kulit Normal
2-Kulit Kering
3-Kulit Berminyak
4-Kulit Kombinasi

KULIT NORMAL
Kulit jenis biasa ( normal ) adalah kurniaan tuhan iaitu kulit kelihatan halus dan bersih - seperti kulit bayi.

KULIT KOMBINASI
Kulit jenis ini adalah licin, lembut dan lembab apabila disentuh. Kadang kala kulit jenis ini lebih kepada kering atau berminyak. Keadaan pori pori adalah sekata dan halus. Warna kulit nampak sihat dan berseri. Penjagaan kulit sebegini harus diamalkan supaya selalu kelihatan bersih dan gebu. Kadang kala kulit sebegini akan bertukar, bergantung pada penjagaan, jenis produk yang digunakan , keadaan persekitaran dan hormon.

Masalah masalah biasa yang mungkin dihadapi :
Kelenjar minyak yang tidak sekata
Muka kering
Jeragat (pigmentasi)
Whitehead ( Milia Seed )

KULIT KERING
Kulit jenis ini biasanya kurang berminyak / lembab atau kedua duanya sekali. Keadaan ini disebabkan oleh kelenjar minyak yang kurang aktif atau terdedah pada penghawa dingin ( air–conditoner ), pembersih muka yang beralkali tinggi ( sabun mandi yang buih berlebihan ), kurang minum air dan ubat - ubatan ( medications – Roaccutane ).

Masalah masalah yang biasa dihadapi adalah:
Kedut / garis garis halus
Bintik bintik hitam (freckles)
Whitehead ( Milia Seed )
Hitam di sekeliling mata
Jeragat (pigmentasi)
Keseluruhan muka kering dan kusam

p/s : cuba tekan pipi anda dengan jari telunjuk... dan halakan ke arah hidung secara perlahan dan lembut... .. jika terdapat garis-garis menunjukkan kulit anda adalah kering dan perlu diberi perhatian.." kulit kering adalah salah satu penyebab jeragat!!!

KULIT BERMINYAK
Kulit jenis ini biasanya kelihatan tebal dengan pori pori terbuka. Ia kemungkinan bermasalah ( jerawat - akibat penyumbatan pada pori pori) kerana kelenjar minyak terlalu aktif menghasilkan minyak yang berlebihan pada permukaan kulit. Disampig itu, faktor hormon ( remaja ), cuaca yang panas dan makanan yang berlemak tinggi juga boleh menyebabkan kulit berminyak. Kebaikan kulit sebegini adalah ia melambatkan proses penuaan.

Masalah masalah yang biasa di hadapi adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Pori pori terbuka
Parut
Keseluruhan muka berminyak

KULIT BERMASALAH
Kulit bermasalah mempunyai ciri yang sama seperti kulit berminyak iaitukelenjar minyak terlalu aktif. Faktor hormon ( remaja ) merupakan salah satupunca minyak berlebihan. Jerawat terjadi apabila pori pori yangmengeluarkan minyak berlebihan akan merangsang pembiakan bakteria.
Inilah yang menyebabkan jerawat (acne) timbul. Oleh itu, pembersihanyang sempurna amat digalakan. Hormon yang tidak seimbang ketika
berlakunya pengaliran haid menyebabkan pertumbuhan jerawat padabahagian mulut, dagu dan dahi – ini hanya sementara waktu.

Masalah masalah yang biasa adalah seperti berikut:
Blackhead
Jerawat
Jerawat batu
Pori-pori terbuka

Kulit Sensitif
Jenis kulit ini sangat peka terhadap rangsangan factok luar. Misalnya perubahan cuaca,ia boleh mengakibatkan kulitnya pecah-pecah, memerah dan pedih. Kesalahan penggunaan kosmetik akan mempengaruhi kulit tersebut. Perhatikan betul-betul kegiatan harian kita , terutama apa yang kita makan, jenis produk ,skin care yang kita guna dan keadaan persekitaran,tempat kita selalu lepak,kerja dalam aircond, panas terik atau banyak lagi faktor persekitaran.
Anda boleh lihat bila keadaan sensitif itu terjadi?

  • Guna produk muka jenama baru

  • Makan sesuatu jenis makanan

  • Terdedah dengan perfume, pewarna rambut,atau apa2 bahan kimia

  • Masa mandi dan minum air berklorin

  • Terkena sabun cuci baju

  • Berada di tempat atau bangunan tertentu

  • Sedang stress
    Simptom semasa kulit sensitif

  • Kulit menjadi merah

  • Kulit menjadi pedih

  • Kulit mengelupas

  • Kulit rasa terbakar

  • Tompok-tompok hitam

  • Naik ruam /jerawat


  • Semua diatas.
    Ok berikut adalah sebab-sebab asas kulit sensitif.
    kalau anda tiada masalah diatas tapi masih juga ada masalah ini sila jumpa pakar kulit.
    p/s : jangan menggunakan produk-produk kulit yang mengandungi bahan formaldehyde-based preservatives dan Sodium Lauryl Sulfate


  • No comments:

    Post a Comment

    Powered By Blogger