Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Tuesday, March 6, 2012

Sajian petang aiskrim

SEDAP...cara ringkas untuk menyediakan kek cawan bersama aiskrim bersalut coklat mengikut cita rasa tersendiri.
SEDAP...cara ringkas untuk menyediakan kek cawan bersama aiskrim bersalut coklat mengikut cita rasa tersendiri.



PELBAGAI cara kreatif boleh dilakukan bagi menghasilkan sajian pencuci mulut yang lazat terutama jika ia membabitkan hidangan aiskrim.

Sebut namanya saja pun sudah membuatkan fikiran terbayangkan sajian sejuk pelbagai perisa yang enak apatah lagi jika ditambah hiasan tambahan seperti coklat, badam, jeli, kacang ataupun walnut, pasti lebih menyelerakan.

 BENTUKKAN...senduk aiskrim menjadi sebesar bola ping pong, kemudian ia dibekukan.
 MASUKKAN...pastikan coklat masakan yang digunakan cair dan masukkan bebola aiskrim tadi ke dalam coklat berkenaan.
 GAUL...gaul bebola aiskrim dengan pantas ke dalam coklat cair untuk mengelakkan ia cair.
 letak...masukkan bebola aiskrim bersalut coklat ke dalam kek cawan yang dibuang sedikit bahagian tengahnya. Tekan sedikit untuk memastikan ia memasuki ruangan disediakan
LEBIH CANTIK...hias dengan krim putar dan sedikit coklat ke atas kek cawan terbabit sebagai hiasan tambahan.


Menurut chef dan penasihat The Cooking House, Chin Pei Ling, sajian ini boleh dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga dan ia tentunya menggembirakan kanak-kanak yang sememangnya gemar menikmati makanan sejuk sebegini.

Proses menyediakannya tidak sesukar mana kerana bahan utama iaitu aiskrim boleh diperoleh dengan mudah. Apa yang penting adalah mendapatkan perisa yang bersesuaian untuk memberikan lebih kenikmatan.


“Paling penting adalah untuk seimbangkan rasa hidangan terbabit, jangan menghias dengan bahan tambahan secara keterlaluan kerana ia boleh menghilangkan rasa asli aiskrim.

“Jadikan sajian yang disediakan ringkas tetapi bermakna kerana diberikan sentuhan kreatif mengikut cita rasa tersendiri,” katanya.

Sebelum itu, sediakan bahannya terlebih dulu iaitu coklat masakan yang dicairkan, kek cawan perisa coklat serta aiskrim New Zealand Natural - Boysenberry Dream.



No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger