Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 2, 2012

Risau kanser tiroid

pix_gal0

Anak bimbang ketumbuhan pada leher ibu makin membesar, sukar tunduk 

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya ingin bertanya mengenai masalah ketumbuhan pada leher yang dihadapi oleh ibu saya. Untuk makluman doktor, ketumbuhan pada bahagian depan leher itu makin membesar sejak dua tahun lalu.Namun, ibu saya tiada masalah untuk makan dan bercakap kerana ketumbuhan itu tidak menyakitkan. Cuma ia membuatkan ibu sukar untuk menundukkan kepala.Adakah ibu saya mengalami masalah yang berpunca dari tiroid? Harap doktor dapat membantu, terima kasih. 

Muna, Labis 

PADA pandangan saya, anda patut segera membawa ibu berjumpa doktor pakar. Ini disebabkan ketumbuhan pada bahagian leher yang cepat membesar. Sudah tentu sekali kami sebagai doktor akan berfikir adakah ini kanser tiroid? 

Sebenarnya, ada beberapa diagnosa yang paling serius adalah kanser tiroid. Saya berpendapat ini adalah masalah pada kelenjar tiroid. Goiter adalah masalah kelenjar tiroid yang membesar. 
Lazimnya, tiroid tidak dapat dilihat tetapi kadangkala ketika mengandung tiroid boleh membesar sedikit. Jika kelenjar tiroid ini menjadi terlalu besar, ia dipanggil goiter. Goiter berpunca dari pelbagai faktor seperti genetik, persekitaran, pemakanan, endokrin dan pelbagai lagi. Goiter boleh membesar keseluruhannya atau dalam bentuk ketulan pada leher. 

Ada goiter yang menghasilkan banyak hormon tirosin sehingga menyebabkan jari jemari mereka menggeletar, badan susut, kuat makan dan mata tersembul keluar. Majoriti goitre tidak mempunyai masalah itu. 

Pesakit tiroid kebanyakannya tidak mempunyai gejala kecuali ketulan pada leher yang bergerak ketika menelan air atau makanan. Jarang sekali goiter boleh memberi tekanan pada leher sehingga menyebabkan sukar bernafas, sukar menelan, perubahan suara dan bengkak urat darah pada leher. 

Kanser tiroid lazimnya didapati dalam bentuk ketulan atau nodul. Risiko nodul tiroid adalah kanser, rendah berbanding dengan nodul tiroid yang bukan kanser. Nodul tiroid yang disyaki kanser mempunyai ciri-ciri keras dan melekat selain membesar dengan cepat terutama wanita berusia. 

Keadaan lain yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian leher adalah sista branchial; sistil higroma dan kelenjar limfatik yang mungkin membesar disebabkan oleh kanser dari organ lain seperti mulut, nasofarink, payudara dan esophagus. 

Di hospital, beberapa ujian perlu dilakukan seperti ujian darah untuk hormon T4 dan TSH. Selain itu, x ray dada, Ct scan dan ultrasound pada leher. Jika mengesyaki kanser, biopsy menggunakan jarum halus untuk mengambil contoh tisu tiroid. 

Rawatannya bergantung kepada ujian makmal dan biopsy. Sehubungan itu, saya sarankan anda membawa ibu berjumpa doktor secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger