Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 2, 2012

Herba punca senggugut?

pix_gal0
Gadis risau kitaran haid terganggu selepas ambil pil

Assalamualaikum Dr Suhaimi, saya berumur 21 tahun dan belum berkahwin. Sejak hari pertama datang haid ketika berumur 12 tahun, kitaran haid saya teratur setiap bulan. Tetapi, pada bulan Disember lalu, saya mengambil produk kesihatan berasaskan herba Pueraria Mirifica. Umum mengetahui bahawa herba itu baik untuk kesihatan wanita kerana mengandungi phyto-estrogen yang membantu melancarkan kitaran haid. 

Namun, keadaan sebaliknya berlaku. Saya mengalami senggugut, namun darah haid langsung tidak keluar. Malah, kitaran haid saya lewat 10 hari dari tarikh sepatutnya. Untuk pengetahuan doktor, pada Disember lalu, saya turut mengambil beberapa biji pil tahan sakit seperti Naproxen NA 550mg, HURIX'S capsule dan beberapa biji Panadol Menstrual kerana mengalami sakit gigi dan senggugut.Adakah ini kesan sampingan daripada pengambilan produk berkenaan atau kesan ubat-ubatan yang saya ambil? Harap doktor boleh membantu.Izza, Kuala Lumpur 

ASSALAMUALAIKUM Cik Izza, sukar bagi saya memberitahu punca sebenar masalah senggugut dan haid saudari. 

Biar apa pun produk kesihatan yang berasaskan herba atau akar kayu, ia mempunyai sedikit sebanyak phyto estrogen. Phyto estrogen adalah hormon estrogen yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Adakah jumlah phyto-estrogen yang terlalu kecil dapat memberi apa-apa kebaikan atau keburukan kepada pengambilannya adalah tidak diketahui. 

Produk kesihatan tidak tertakluk kepada piawaian yang ketat seperti ubat-ubat di hospital. Ubatan ini terpaksa menjalani pelbagai ujian dari segi farmakologi, kesan sampingan dan keberkesanan sebelum diluluskan untuk kegunaan orang ramai. 
Bagi saya herba Pueraria Mirifica jika dalam bentuk asli tidak mungkin memberi apa-apa kesan kepada saudari. Saudari perlu menyemak dengan pengeluarnya. Dari segi perubatan, kami juga mempunyai phyto-estrogen sebagai bahan asas hormon. Hormon jenis ini di gunakan untuk kes menapous. 

Phyto-estrogen yang kami gunakan adalah dalam konsentrasi yang kuat dan kami dapati kesannya kepada wanita adalah perlahan berbanding hormon yang berasal dari darah haiwan. Saya juga berpendapat tidak juga berpunca dari Naproxen dan Paracetamol yang saudari gunakan ketika sakit senggugut dan sakit gigi. Perkara ini terjadi mungkin secara kebetulan saja. Tapi saya nasihatkan saudari cuba hentikan dulu pengambilan herba itu jika haid akan normal semula. 

Jadi apakah puncanya? Banyak sebab mengapa ia boleh terjadi dan paling penting bagi saya adalah kerana indeks jisim tubuh (BMI). BMI yang tinggi memang boleh mempengaruhi kitaran haid saudari. Mereka yang mempunyai BMI tinggi selalunya mempunyai masalah haid yang tidak menentu dan bolen kadangkala terhenti. Cuba kira BMI saudari dan jika ia tinggi, cuba kurangkan berat badan ke berat badan asal ketika haid normal dulu. 

Tekanan juga dikaitkan dengan haid yang tidak teratur. Biasanya terjadi kepada pelajar sebelum peperiksaan dan pulih selepas tekanan tiada lagi. Semua ini bersangkutan dengan masalah pada ovari. Bagi masalah senggugut pula, jika haid datang dengan jumlah yang banyak sehingga terjadinya ketulan-ketulan darah, maka ini boleh menyebabkan senggugut, jika tidak saya cadangkan saudari lakukan ujian ultrasound untuk menentukan ada wujud sista endometriosis. 

Banyak gadis remaja dan wanita di peringkat awal umur mereka mempunyai masalah senggugut yang diketahui puncanya. Ini dipanggil senggugut primer. Rawatannya pula bergantung kepada saudari. Bagi mendapatkan semula haid setiap bulan dengan tepat dan tanpa senggugut saya cadang pil perancang keluarga. Jika saudari kurang bersetuju dengan kaedah ini, saudari perlu ambil ubat tahan sakit apabila haid dan saudari perlu terima keadaan haid begini sehingga pulih sendiri.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger