Bulan puasa semakin hampir, pasti apa yang anda
fikirkan sekarang adalah makanan yang sedap dan menu yang dimahukan
ketika berbuka puasa kelak. Namun adakah anda titikberatkan menu ketika
bersahur dimana anda harus bertahan sampai ke penghujung masa berbuka
masa yang memerlukan anda menahan lapar lebih kurang 12 jam sehari.
Ketika bersahur anda disarankan mengambil makanan yang berasaskan
tumbuhan hijau seperti sayur-sayuran dan juga makanan yang berasaskan
serat yang terdiri daripada roti dan juga air mineral dengan kuantiti
yang banyak.
Terdapat beberapa menu makanan yang disenaraikan di bawah baik untuk anda ketika bulan puasa!
Sayuran-sayuran dari serat hijau (Fibregreen)
Pengambilan sayuran hijau mampu melambatkan proses penghadaman
sekaligus melambatkan keinginan untuk makan. Selain baik untuk kesihatan
dan juga perut, daun hijau seperti sederi dan juga lobak merah memang
baik untuk proses penghadaman.
Karbohidrat
Maksud bijirin adalah seperti roti serat yang dijual mempunyai kanduagan
gandum (Wheat) . Anda boleh memakan roti putih namun lebih digalakkan
memakan roti yang terdiri daripada bijirin kerana rotinya lebih tebal
akan membuat anda lambat lapar. Selain daripada itu juga variasikan menu
anda agar tidak bosan, pilih la menu dari produk kekacang seperti
kacang dal ataupun minuman barli ketika bersahur. Penuhkan dengan menu
tersebut agar anda kekal cerdas untuk bekerja di siang hari.
Makanan protein
Kurangkan memakan nasi tetapi lebihkan pengambilan lauk dari menu
berasaskan daging, terutama sekali dari resepi ikan. Ikan sememangnya
antara menu yang harus anda hidangkan untuk seisi keluarga ketika
bersahur.
Kurma
Sebelum tamat waktu bersahur,
seelok-eloknya pengambilan kurma harus dititikberatkan kerana kurma
adalah antara makanan yang memang penuh dengan khasiat dan vitamin,
antara khasiat yang terdapat di dalam kurma adalah seperti, serat, gula,
vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium,
sodium dan potasium.
No comments:
Post a Comment