Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Tuesday, January 22, 2013

4 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Kenapa Anda Gemuk

Bukan nak mengata orang lain tetapi diri ini sendiri pon makin hari makin berisi .huhuhu... 


1.Makan melebihi keperluan Tubuh
Makan berlebihan atau tidak mengamalkan pemakanan yang sihat antara punca berat badan bertambah.Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, kamu seharusnya menghindari makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi,bersantan dan berminyak.

2.Kurang Menggunakan Tenaga 
Pekerjaan yang dilakukan hari-hari akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.Kurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan proses pembakaran kalori terganggu.Umumnya kandungan kalori yang berlebihan yang tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal akan menyebabkan tubuh menjadi berisi dan gemuk.

3.Faktor Keturunan 
Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang.Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk.Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan.Dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti.

4.Metabolisme yang rendah 
Kadar metabolisme yang rendah akan mengakibatkan tenaga yang masuk ke dalam tubuh lambat menjadi glikogen menyebabkab menjadi lemak.Mereka yang mengalami masalah obesiti mempunyai metabolisme yang rendah kerana mereka tidak bersenam atau mengamalkan diet yang seimbang.Ini sekali gus mendedahkan mereka untuk mengalami masalah obesiti yang lebih serius.

Tips nak kurus badan? Bersukan la jawapannya.
READ MORE - 4 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Kenapa Anda Gemuk

Sunday, January 20, 2013

Demam - Tanda Badan Anak Lawan Penyakit


APABILA anak demam dan suhu badan meningkat mendadak, ramai ibu bapa tidak boleh tidur malam. Perasaan risau, serba salah dan bimbang bercampur aduk, apatah lagi jika berlaku pada pasangan muda yang baru menimang cahaya mata serta tidak tahu bagaimana hendak mengurangkan penderitaan si kecil.
Demam adalah masalah kesihatan biasa yang berlaku pada kebanyakan kanak-kanak. Walaupun kadangkala membimbangkan, ia sebenarnya menandakan badan mereka melawan jangkitan atau keradangan yang disebabkan bakteria atau virus.

Apabila demam, sel darah putih pesakit akan cuba melawan bakteria atau virus dengan mengeluarkan bahan kimia yang menaikkan suhu badan.

Peningkatan suhu badan ini sebenarnya cara membunuh kuman, tetapi ia juga boleh menyebabkan anak anda demam.

Bagaimanapun, dalam risalah keluaran Panadol, perunding paediatrik, Dr Khoo Phaik Choo, berkata demam itu bukan satu penyakit, tetapi ia menjadi petanda atau amaran kepada penyakit lain iaitu daripada sakit tekak hinggalah kepada jangkitan demam denggi.

Ramai beranggapan lebih tinggi suhu badan, demamnya semakin berbahaya. Namun tanggapan ini kurang tepat kerana suhu tinggi tidak semestinya bermakna anak anda lebih sakit berbanding suhu lebih rendah.

“Suhu badan tidak boleh dijadikan pengukur kesakitan anak. Cara lebih tepat ialah melihat keadaan dan tindak balasnya. Jika anak anda tidak menangis, tidak banyak kerenah dan masih ada selera makan, kemungkinan mereka tidak menghadapi masalah yang perlu dirisaukan.

“Sebaliknya, masalah mungkin serius jika mereka menunjukkan tanda terlalu lesu, lemah dan tidak bermaya serta muntah secara berlebihan,” katanya.

Malah, suhu badan tinggi masih tidak dianggap demam hinggalah ia mencecah 37.5 darjah Celsius (100 darjah Farenheit) atau lebih tinggi. Suhu badan normal ialah 37 darjah Celsius (98.6ºF) dan paras ini turun naik sepanjang hari.

Katanya, suhu badan juga bergantung kepada waktu ia diambil dan kelasakan si kecil. Justeru, ibu bapa disaran menyimpan jangka suhu (termometer) di rumah supaya lebih mudah mengukur suhu badan anak dengan tepat, dan bukan berdasarkan sentuhan tangan saja.

Ukuran suhu badan anak kecil biasanya diambil di bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil di bawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil pada telinga.

Malah, ia juga perlu diukur beberapa kali untuk melihat perubahan suhu badan anak. Ukuran tepat ini dapat membantu doktor mengenal pasti masalah kesihatan anak anda jika demamnya berterusan.

Walaupun ramai ibu bapa resah apabila anak demam, ada juga yang mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada keadaan menjadi bertambah buruk atau sebaliknya sebelum memberikan ubat. Ini terpulang kepada penilaian masing-masing.

Kaedah melawan demam

Demam biasanya membuat kanak-kanak berasa resah, tidak selesa dan meragam. Jika ia berlaku, Dr Khoo menasihatkan anda melakukan kaedah di bawah untuk membuatkan anak berasa lebih selesa dengan cepat dan dapat melawan demam.


Beri si manja minum banyak air masak. Demam menyebabkan kanak-kanak banyak kehilangan air dalam badan, dan demam yang berpanjangan boleh mengakibatkan penyahidratan atau kekurangan air dalam badan.


Bantu anak untuk berasa selesa. Kanak-kanak yang demam mungkin berasa letih, lesu dan kurang selera makan. Bagaimanapun, semua ini gejala sementara dan mereka akan pulih seperti biasa sebaik demamnya sembuh. Ketika ini, pakaikan si manja dengan baju daripada fabrik nipis dan ringan yang mempunyai aliran udara baik.


Jangan paksa anak anda makan. Secara umumnya orang yang demam kurang selera makan dan ia juga berlaku pada kanak-kanak. Biarkan mereka menentukan bila dan apa yang ingin dimakan.


Timbangkan pemberian ubat. Pemberian parasetamol seperti diarahkan doktor adalah langkah selamat. Ia boleh membantu membuat kanak-kanak lebih selesa dengan mengurangkan demam dan melegakan pelbagai kesakitan atau ketidakselesaan fizikal lain yang dialaminya.

Ubat paling kerap digunakan untuk melawan demam di kalangan kanak-kanak ialah parasetamol. Oleh kerana parasetamol adakalanya disyorkan bersama antibiotik, penggunaannya menimbulkan beberapa kekeliruan.

Parasetamol ialah ubat pelega kesakitan dan berbeza daripada antibiotik dalam dua cara:


Pertama, antibiotik tidak berkesan menentang demam yang disebabkan jangkitan virus. Sebaliknya, parasetamol adalah ubat pelega kesakitan atau analgesik yang berkesan untuk menentang segala demam, walau apa pun puncanya.

Biasanya doktor tidak mengesyorkan pemberian aspirin kepada kanak-kanak kerana ia dikaitkan dengan sindrom Reye, iaitu penyakit ganjil tetapi serius yang menjejaskan otak dan hati bayi dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.


Kedua, ubat antibiotik yang disyorkan mesti diambil semuanya mengikut preskripsi untuk mengekalkan keberkesanannya. Tindakan tidak menghabiskan antibiotik ini boleh menghasilkan bakteria lebih berdaya tahan dan menyebabkan jangkitan berulang.

Bagaimanapun, parasetamol bukan antibiotik, jadi isu ketahanan bakteria tidak timbul. Malah, ia digunakan lebih 50 tahun, terbukti selamat, tidak merengsakan perut dan memberikan kesan konsisten.

“Kanak-kanak bukan saja kerap jatuh sakit, malah serangan biasanya berlaku tanpa diduga. Jadi, anda boleh menyimpan ubat demam seperti parasetamol di rumah untuk memudahkan anda mengurus demam anak yang boleh menyerang bila-bila masa.

“Dos yang betul bergantung kepada usia dan berat badan anak. Baca arahan pada label botol dengan teliti dan dapatkan nasihat doktor untuk memastikan dos yang betul,” katanya.

Sudu sukatan, cawan sukatan atau picagari dapat membantu memastikan anak anda mendapat jumlah ubat secukupnya. Elakkan penggunaan sudu biasa yang digunakan di rumah kerana saiznya tidak seragam.

Menjaram atau meletakkan tuala sejuk di atas dahi anak boleh mengurangkan demam. Pakaian longgar daripada fabrik yang ringan dan tuala sejuk yang diletakkan di bawah lengan atau pangkal paha boleh menyokong keberkesanan ubat menurunkan suhu badan.

Selain itu, ibu bapadinasihatkan supayasentiasa membaca label sebelum memberikan ubat pelega demam kepada anak. Label atau risalah memberi penerangan mengenai:


Kekuatan atau kepekatan produk.


Bagaimana dan bila anda patut menggunakan produk.


Berapa banyak perlu diambil dan berapa lama.


Bila anda patut mendapatkan nasihat doktor.


Cara terbaik untuk menyimpan ubat.

Meskipun demam boleh menimbulkan kebimbangan, kebanyakan kanak-kanak akan sembuh dalam sehari dua. Rehat secukupnya dan bantuan ubat, kanak-kanak boleh kembali cergas dengan cepat.

ANTARA FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI MENGENAI DEMAM


Suhu badan normal biasanya 37 darjah Celsius.


Ukuran suhu badan anak kecil biasanya diambil menerusi bawah lengan (ketiak) atau telinga. Ukuran suhu badan yang diambil di bawah lengan adalah 0.5 darjah lebih rendah daripada suhu yang diambil menerusi telinga.


Demam tinggi tidak semestinya menandakan keseriusan penyakit.


Demam dialami kanak-kanak sihat yang sembuh dalam tiga atau empat hari tidak harus menimbulkan kebimbangan
READ MORE - Demam - Tanda Badan Anak Lawan Penyakit

Bahaya Tidur Siang


bahaya tidur di siang hari... ..

1- mendatangkan penyakit kulit.
2- merosakkan warna kulit
3- melemahkan jantung.
4- menambahkan tekanan perasaan yang meluap
5- melemahkan badan dan tenaga syahwat
6- melemahkan kecerdasan akal.


waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur:

1- awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2- selepas masuk waktu asar.
3- tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh daripada badan

READ MORE - Bahaya Tidur Siang

Jangan Biarkan Kolestrol Membunuh Anda

Kolesterol adalah satu zat daripada golongan lemak. Tubuh manusia akan membina dan membentuk kolesterol. Kolesterol dalam tubuh manusia boleh terdapat dalam makanan. Kolesterol ini boleh datang daripada lemak binatang dengan kadar yang tinggi manakala sayuran pula mempunyai kandungan kolesterol yang paling rendah. 

Begitu juga susu yang telah diproses menjadi keju ataupun mentega. Minyak sapi juga adalah salah satu daripadanya. Tompok lemak pada daging turut mengandungi kolesterol yang tinggi dan kandungan kolesterol yang paling tinggi terdapat pada kambing serta bahagian kuning telur. Kolesterol penting dalam tubuh manusia kerana ia merupakan salah satu zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh serta untuk mengawal jangkitan penyakit. Kandungan kolesterol yang normal dalam tubuh seseorang itu bergantung kepada keperluan tubuh mereka sendiri. 

Pertumbuhan yang tidak sempurna akan lebih peka kepada jangkitan penyakit. Kolesterol dalam tubuh akan pecah dan menjadi hormon yang dinamakan �steroid�. Hormon inilah yang bertindakbalas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit. Itulah sebabnya kolesterol yang seimbang diperlukan. Seseorang itu dapat mengetahui kandungan kolesterol dalam tubuhnya melalui ujian darah. Melalui ujian ini, seseorang itu dapat mengetahui sama ada kandungan kolesterol dalam tubuhnya normal, kurang ataupun tinggi. 

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka. Pertamanya, dari segi pemakanan. Jika dia mengambil atau makan makanan yang mengandungi lebih lemak binatang, jadi berkemungkinan dia akan mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Keduanya, boleh disebabkan oleh keturunan iaitu bila ibu atau bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka, ini mungkin akan diwarisi oleh anak-anak mereka pula. Oleh sebab itulah, kolesterol menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Ketiganya, bila organ yang bertindak balas dengan kolesterol dalam tubuh kita iaitu hati telah rosak, ianya tidak akan bertindak balas dengan normal. Hati akan terus menghasilkan kolesterol dalam tubuh hingga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh. 

Jika kandungan kolesterol dalam badan seseorang itu normal, dia tidak akan menunjukkan sebarang penyakit. Tetapi bila seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, kemungkinan dia akan mempunyai tanda-tanda seperti tompok-tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut mata atau di bahagian atas dan bawah kelopak mata. Tompok-tompok ini boleh berada dalam bilangan yang banyak ataupun satu sahaja. Tetapi perlu diingat, bukan semua orang yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh menunjukkan tanda-tanda seperti ini. Manakala bagi mereka yang gemuk, perokok atau mempunyai masalah darah tinggi adalah berkemungkinan besar mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka. 

Kolesterol yang tinggi boleh membuatkan saluran darah tersumbat. Arterioscleriosrs merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Bila kandungan kolesterol tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran darah tidak elastik serta berfungsi dengan sempurna. Sakit jantung juga boleh disebabkan oleh kandungan kolesterol yang berlebihan. Bila lemak membaluti jantung, jantung tidak boleh berfungsi dengan normal. Lemak juga akan membaluti saluran-saluran kecil darah yang terdapat pada jantung. Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu mungkin terpaksa menjalani pembedahan jantung untuk memulihkan kembali fungsi dan pergerakan jantungnya. 

Seseorang yang mempunyai masalah kandungan kolesterol yang tinggi boleh dirawat melalui gabungan di antara dua iaitu pertama, dia mestilah mengubah cara pemakanannya. Jika selama ini dia makan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, tabiat makannya mestilah berubah. Dia hendaklah mengurangkan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi. Keduanya, dia akan diberi ubat yang bertindakbalas untuk menghancurkan kolesterol tersebut. Mereka yang mengalami masalah ini, mestilah melakukan kedua-dua jenis rawatan ini dengan serentak. 

Oleh itu bagi mengatasi dan mengawal masalah ini, cara pemakanan kita adalah penting. Makanlah makanan yang seimbang, iaitu makanan yang mengandungi zat protein, vitamin, karbohidrat dan lemak. Jika setiap pagi untuk sarapan, seseorang itu mengambil dua biji telur, dua keping roti, air teh atau kopi atau susu - itu sudah mencukupi. Sesiapa sahaja boleh menghidapi masalah ini, tidak mengira usia ataupun jantina. Senaman boleh menolong menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Dari itu, senaman adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini.
READ MORE - Jangan Biarkan Kolestrol Membunuh Anda

Keracunan ubat-ubatan moden

Ubat-ubatan moden merupakan salah satu kumpulan racun yang berupaya menyebabkan gejala akut (gejala keracunan yang ditunjukkan secara mendadak) sekiranya arahan penggunaan ubat tidak dipatuhi. Daripada statistik yang dikumpul oleh Pusat-pusat Kawalan Racun Amerika Syarikat pada tahun 1981, sebanyak 29310 kes keracunan berpunca daripada ubat-ubatan moden. Manakala statistik keracunan di Malaysia pula menunjukkan bahawa sepanjang tahun 1988-1991, ia membabitkan sejumlah 1745 kes. Senarai ubat-ubatan moden yang seringkali menyebabkan keracunan akut adalah seperti berikut: 

UBAT ANTIDEPRESI Ubat antidepresi digunakan untuk merawat depresi atau kesugulan yang merupakan satu gangguan psikologi. Ini termasuklah perubahan tingkah laku seperti bermuram, cepat marah, gangguan tidur, hilang berat badan dan kurang selera makan. Ciri-ciri kesugulan biasanya ditentukan oleh doktor perubatan. Ini berpandukan kriteria yang ditetapkan mengikut satu piawai untuk penyakit mental. Rawatan kesugulan biasanya melibatkan kedua-dua rawatan kaunseling dan ubat. Daripada segi rawatan ubat, biasanya ubat antidepresi trisiklik seperti imipramin digunakan. Keracunan akibat pengambilan berlebihan ubat antidepresi trisiklik boleh dilihat daripada ransangan sistem saraf dan gangguan denyutan jantung. Jika dos ubat imipramin yang diambil melebihi 500 mg, ia boleh menyebabkan mangsa menunjukkan gejala suhu badan menurun, sawan, tekanan darah menurun, pernafasan tertekan, anak mata mengembang, penglihatan kabur, gangguan denyutan jantung dan koma. Sebenarnya tiada penawar khusus untuk kes keracunan ini. Rawatan yang biasa diberi merupakan rawatan untuk mengeluarkan sebanyak mungkin racun dari badan serta berdasarkan masalah kesihatan yang timbul semasa keracunan. 

UBAT ANALGESIK Kumpulan ubat ini menahan atau meredakan kesakitan akibat sakit kepala, sakit gigi, sakit perut, sakit sendi dan sebagainya. Dalam hal ini kesakitan merupakan satu tanda penyakit dan bukannya sebab utama mengapa sesuatu bahagian badan menjadi sakit. Oleh itu ubat analgesik hanya membantu mengurangkan rasa sakit yang berkaitan. Sekiranya rasa sakit muncul semula ataupun tidak hilang, maka pesakit cenderung untuk menambah atau menggunakan semula dos ubat berulangkali sehingga menghasilkan keracunan. Terdapat dua jenis utama ubat analgesik iaitu jenis narkotik dan bukan narkotik. Jenis narkotik merujuk khususnya kepada dadah narkotik seperti morfin ataupun petidin; satu lagi adalah seperti aspirin dan parasetamol. Ubat analgesik jenis narkotik jarang mengakibatkan keracunan. Ini kerana penggunaan ubat tersebut terhad dan sentiasa diawasi oleh doktor bagi mempastikan bahawa dos yang diambil tidak berlebihan. Ubat analgesia, jenis bukan narkotik pula dibenarkan untuk digunakan oleh undang-undang Malaysia tanpa pengawasan doktor. Ubat sedemikian boleh diperolehi di kedai farmasi tanpa preskripsi doktor. Kebanyakan ubat seperti analgesia sering mengakibatkan keracunan kerana cara penggunaan yang tidak betul. Mekanisme keracunan yang terhasil akibat dari kumpulan ini akan diterangkan dengan menggunakan dua jenis ubat yang popular iaitu parasetamol dan aspirin. Parasetamol Penggunaan yang disyorkan untuk seorang dewasa ialah 1 gm (2 tablet biasa) digunakan antara 4 hingga 6 jam sehari setiap kali diperlukan. Apabila diambil oleh pengguna, parasetamol akan dimetabolismekan di hati lantas menyebabkan kesan ubat menjadi reda dan penggunaannya perlu diulang. Salah satu hasil metabolit dikenali sebagai metabolit perantara. Ia terbentuk di hati dan merupakan bahan kimia bertoksik kepada sel-sel hati yang boleh menyebabkan sel hati termusnah. Dalam pengambilan ubat ini secara biasa, metabolit merbahaya ini bergabung dengan sejenis enzim glutation yang terhad menyebabkan metabolit perantara tidak dapat dineutralkan. Akibatnya metabolit tersebut bergabung dengan sel hati dan seterusnya menyebabkan sel hati musnah. Selain hati, parasetamol juga menyebabkan kerosakan buah pinggang melalui mekanisme yang sama. Sekiranya berlaku keracunan parasetamol, penawar, n-asetilsistein boleh digunakan untuk menghalang berlakunya kerosakan hati dan buah pinggang. Sekiranya rawatan diberikan sebelum kerosakan hati dan buah pinggang berlaku, penawar tersebut akan menyebabkan lebih banyak enzim glutation dihasilkan untuk bergabung dengan metabolit perantara. Aspirin Asprin digunakan untuk meredakan sakit, mengurangkan demam dan radang di bahagian sendi. Ia juga boleh meredakan penyakit artritis dan melambatkan pembekuan darah. Untuk merawat kesakitan, aspirin digunakan pada dos sehingga 1gm setiap empat jam. Dos oral maksimum yang dibenarkan dalam sehari ialah lingkungan 4 gm. Dalam badan, aspirin akan ditukarkan di bahagian hati menjadi salisilat. Bentuk salisilat yang terhasil ini merupakan ubat yang terdapat dalam sediaan minyak gosok untuk kegunaan luar seperti linimen metil salisilat. Penggunaan aspirin di kalangan kanak-kanak tidak digalakkan. Ini kerana aspirin didapati mengakibatkan kesan sampingan yang dikenali sebagai penyakit Reye, suatu keadaan yang membawa kepada kerosakan hati, otak dan akhirnya maut. Selain daripada itu, aspirin juga merengsakan perut malah berupaya melukakannya dan menyebabkan perdarahan. Seterusnya ulser boleh berlaku di bahagian perut dan sistem penghadaman. Rasa mual, perut sebu dan muntah sering berlaku sebagai kesan sampingan pada orang dewasa. Sekiranya ini berlaku, hentikan serta-merta penggunaan aspirin dan dapatkan nasihat perubatan. Memakan aspirin melebihi dos yang disyorkan (biasanya 20-25 gm) telah dilaporkan boleh menyebabkan kematian. Kesan keracunan yang berlaku pada peringkat awal ialah rasa mual, muntah dan sakit perut. Ini kemudiannya diikuti dengan kesan keracunan lebih hebat melalui sakit telinga dan pendengaran terganggu, berpeluh, suhu badan meningkat, pernafasan yang cepat dan kehausan. Peringkat akhir keracunan ialah mangsa tidak sedarkan diri dan pernafasan terhenti. Dalam kes keracunan salisilat, tiada penawar khusus yang boleh digunakan dan rawatan keracunan hanya berdasarkan kepada masalah kesihatan semasa yang timbul dalam kes keracunan. 

UBAT SELSEMA Ubat selsema mengandungi kumpulan ubat antihistamin. Ubat ini meredakan selsema dengan cara mengurangkan kerengsaan saluran pernafasan terutamanya akibat alahan. Ubat ini juga boleh mengurangkan pengeluaran lendir di tekak dan hidung. Terdapat dua kategori kumpulan ubat antihistamin iaitu ubat antihistamin H1 yang digunakan untuk mengubat selsema (seperti klorfeniramin) dan antihistamin H2. Biasanya ubat antihistamin H1 akan menyebabkan rasa mengantuk. Sekiranya diambil secara berlebihan, gejala keracunan yang dapat diperhatikan adalah kabur penglihatan, mulut kering, rasa mual, suhu badan meningkat dan sawan. Dalam merawat keracunan ubat antihistamin, tiada penawar boleh digunakan. Rawatan yang dilakukan ditumpukan kepada mengeluarkan sebanyak mungkin bahan racun dari mangsa dan mengatasi masalah kesihatan yang timbul akibat keracunan. 
UBAT TIDUR YANG MENGANDUNGI BARBITURAT Ubat tidur digunakan untuk mengatasi insomnia, iaitu kesulitan untuk tidur secara berterusan mungkin akibat kerungsingan dan kegelisahan atau masalah psikologi lain. Ubat jenis ini, juga dikenali sebagai sedatif-hipnotik, digunakan untuk membantu seseorang tidur sebagai satu langkah jangka pendek. Terdapat dua jenis utama ubat tidur iaitu kelas barbiturat seperti amilobarbital dan kelas benzodiazepin seperti nitrazepam. Kumpulan ubat barbiturat boleh mengakibatkan ketagihan. Ini berlaku jika penggunaannya dihentikan secara mendadak akibat putus bekalan. Masalah ini menyebabkan penggunaan barbiturat sebagai sedatif-hipnotik berkurangan. Penggunaannya kini terhad kepada merawat sawan serta menghasilkan kesan bius. Keracunan barbiturat yang tidak serius boleh menyebabkan mangsa kelihatan seperti orang mabuk alkohol dengan fikiran keliru, percakapan kurang jelas dan pergerakan badan terhoyong-hayang. Keracunan yang lebih serius, akibat pengambilan lebih dari 2 gm dos untuk amilobarbital dapat dilihat apabila mangsa tidak sedarkan diri, suhu badan serta tekanan darah menurun dan berakhir dengan kematian. Tiada penawar khusus untuk merawat keracunan kelas barbiturat. Rawatan hanya tertumpu kepada mengeluarkan sebanyak mungkin racun dari badan mangsa dan merawat masalah kesihatan yang timbul semasa keracunan. 
UBAT SAKIT JANTUNG Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan kumpulan ini. Antaranya termasuklah ubat darah tinggi, antiangina, memulih kegagalan jantung dan pengatur denyutan jantung (aritma). Masing-masing berbeza daripada segi kesan dan tindakannya. Oleh itu, maklumat daripada segi keracunan akan ditumpukan kepada sejenis dadah sahaja iaitu digoksin yang digunakan untuk kegagalan jantung dan pengatur denyutan jantung. Digoksin bertindak ke atas jantung secara langsung untuk mengurangkan kadar denyutan. Dengan cara ini, jantung dapat berfungsi dengan lebih baik dan cekap apabila kadar denyutan kembali normal. Kesan keracunan digoksin diperhatikan pada dos yang rendah iaitu 2 mg untuk kanak-kanak atau 5 mg pada orang dewasa . Apabila keracunan berlaku, gejala yang diperhatikan adalah muntah-muntah, denyutan jantung tidak seragam dan penglihatan berbinar-binar. Dalam merawat keracunan, penawar khusus dikenali sebagai antibodi spesifik digoksin boleh digunakan untuk menghilangkan kesan keracunan. 

UBAT PENAMBAH MINERAL Ubat penambah mineral merupakan ubat yang digunakan untuk mengimbangi kandungan mineral di dalam badan supaya fungsi normal badan tidak terjejas. Salah ubat ubat penambah mineral yang sering menyebabkan keracunan ialah ubat zat besi. Biasanya ia diberikan kepada kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu-ibu mengandung. Zat besi yang diambil diperlukan dalam pembuatan sel darah merah dan protein tertentu dalam badan serta pengecutan dan pengenduran otot badan. Keracunan ubat ini berpunca daripada bentuknya yang berwarna-warni sehingga kanak-kanak menyangkakannya gula-gula. Dalam keracunan zat besi, gejala utama yang diperhatikan ialah hakisan dinding saluran usus sehinggakan dinding usus pecah dan berdarah. Selain gejala utama ini, kesan lain yang diperhatikan ialah rasa mual, kesakitan pada bahagian abdomen, kadar nadi menurun, cirit birit, kehausan dan koma. Sekiranya keracunan berlaku, penawar khusus iaitu deferioksamin boleh digunakan. Ia akan bergabung dengan zat besi yang berlebihan. Penawar ini diberikan secara berterusan sehingga gejala keracunan pulih. 

UBAT BATUK YANG MENGANDUNGI NARKOTIK Ubat batuk jenis narkotik merupakan ubat yang bertindak ke atas pusat batuk di otak supaya batuk dapat diredakan secara langsung dan kekerapannya dikurangkan. Dalam hal ini, faktor sebenar yang menyebabkan batuk tidak terawat. Salah satu jenis ubat batuk dalam kategori ini ialah kodein yang dikelaskan sebagai sejenis dadah berbahaya. Selain menyebabkan ketagihan, ubat jenis ini jika diambil berlebihan akan menyebabkan mangsa kelihatan letih dengan tanda anak mata mengecil, otot anggota lembik serta tekanan darah dan kadar nadi menurun. Sekiranya kuantiti ubat yang diambil tinggi, pernafasan menjadi perlahan sehingga terhenti lantas menyebabkan kematian. Dalam kes keracunan jenis ini, penawar khusus iaitu nalokson digunakan untuk menghalang kesan keracunan. Penawar ini juga digunakan untuk lain-lain ubat yang sejenis dengan kodein seperti opiat dan opioid. UBAT PENENANG Ubat penenang digunakan untuk mengurangkan rasa resah, tegang dan kejang otot serta dapat menghasilkan rasa mengantuk dan menghentikan serta mencegah sawan(gelugut). Kumpulan ubat penenang yang sering digunakan sekarang ialah kumpulan benzodiazepin seperti klordiazepoksid (Librium), diazepam (Valium), lorazepam (Ativan) dan klorazepat (Tranxene). Dalam keracunan ubat benzodiazepin, kesan yang diperhatikan ialah kesan penindasan sistem otak dan saraf pusat. Antara gejala keracunan yang diperhatikan ialah percakapan tidak lancar, anak mata mengecil, terketar-ketar, koma dan pernafasan terhenti. Dalam keracunan kumpulan ubat ini, penawar khusus iaitu flumazenil boleh digunakan bagi memulihkan kesan keracunan. 

PENUTUP Sebagai langkah mengatasi kemungkinan berlakunya keracunan akibat ubat-ubatan moden, langkah berjaga-jaga perlu diamalkan. Amalan yang boleh diikuti bagi tujuan mengatasi keracunan ubat-ubatan moden termasuklah: �
Simpan ubat di tempat berkunci yang sukar dicapai oleh kanak-kanak. �
Guna penutup bekas ubat yang sukar dibuka oleh kanak-kanak. Penutup jenis rintang kanak-kanak boleh diperolehi di kedai-kedai farmasi. �
Tutup bekas ubat selepas menggunakannya dan kembalikan bekas ubat yang digunakan pada tempat simpanan ubat yang sesuai. �
Tandakan tarikh pemerolehan ubat dan sentiasa mengambil perhatian kepada tarikh lupus ubat dan jangan gunakan ubat yang telah lupus. �
Gunakan ubat yang dipreskripsikan kepada anda dan jangan guna ubat yang diberikan kepada orang lain. �
Simpan ubat dalam bekas asal dengan label yang jelas. � 
Minta doktor dan farmasi anda merekodkan jumlah ubat di atas bekas. Ini menolong dalam memberi maklumat jumlah ubat yang diambil oleh pesakit dalam kes-kes keracunan. � Baca label ubat dengan teliti sebelum mengambil apa-apa ubat � 
Jika label telah rosak dan anda tidak pasti dengan cara penggunaan ubat tersebut, buang ubat tersebut. � 
Galakkan kanak-kanak untuk mengecam ubat sebagai bahan beracun dan jangan sesekali merujuk ubat sebagai gula-gula. 
Sekiranya anda mempunyai masalah mengguna ubat anda dengan betul dan memerlukan maklumat tambahan, sila hubungi doktor atau farmasi anda. Jika anda memerlukan maklumat keracunan, hubungi Pusat Racun Negara dengan menelefon talian bebas tol 800-8099.
READ MORE - Keracunan ubat-ubatan moden
Jusnya dicampur dengan telur dan madu lalu diminum untuk merawat impotens. Jus campur minyak bijan digunakan untuk merawat kelemumur.

Halia direndam dalam cuka digunakan untuk merawat jangkitan semasa kelahiran anak, reumatism dan mengurut wanita selepas bersalin.

Halia direbus, dicampur gula merah atau madu diminum untuk mengelak atau merawat batuk, bronkitis, demam panas, lesu, panas badan, sakit kerongkong dan serak suara.

Halia direndam dalam minyak dan minyak digunakan sebagai losen telinga untuk merawat sakit telinga.

- Petua Orang Tua -
READ MORE -

Panduan Darah Tinggi


Penyakit ini adalah penyakit kegemaran rakyat Malaysia. 

Apa itu tekanan darah tinggi dan tahap ukurannya? 


TEKANAN DARAH TINGGI (HIPERTENSI) 
================================= 

Fakta: 
Tinjauan Nasional & Morbiditi Malaysia 
(1996) - Sun, Selasa Mac 6hb 2001 
[+] 33% orang dewasa 
[+] 2.6 juta berumur 30 thn 
[+] 90% boleh dikawal dgn diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup 

Sebab/Punca : 
[+] 85 - 90% faktor keturunan 
[+] 40% faktor ahli keluarga terdekat 
[+] 23% garam berlebihan 


Bagaimana tekanan darah tinggi ditakrifkan? 
=========================================== 

KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN. 

Normal 
Kurang daripada 130/85 : Periksa semula dalam masa 2 tahun 

Normal Tinggi 
130-139 / 85-89 : Periksa semula dalam masa 1 tahun; ubah gaya hidup 

Hipertensi Peringkat 1 
140-159 / 90-99 Sahkan dalam 2 bulan; ubah gaya hidup 

Peringkat 2 
160-179 / 100-109 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dalam masa sebulan 

Peringkat 3 
180-209 / 110-119 Penilaian Perubahan; mulakan rawatan dalam masa seminggu 

Peringkat 4 
210 / 120 dan lebih. Penilaian perubatan dan rawatan segera

Gejala-gejala yang biasa. 
========================= 
1. Mengalami pitam. 
2. Penglihatan kabur. 
3. Berasa tegang tanpa sebarang sebab (stress). 
4. Muka menjadi kemerahan. 
5. Hidung berdarah secara spontan. 
6. Sakit kepala waktu pagi. 
7. Telinga berdegung / berdesing. 
8. Perasaan gundah tanpa sebarang sebab atau 
emosi tak stabil. 
9. Gayat tanpa sebab. 


Tanda amaran kronik 
=================== 
Serangan Iskemia Sementara (TIA) 

1) "Strok kecil" yang datang sekejap sahaja dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah ke bahagian otak. 

2) Dalam masa 5 tahun, 35% akan mengalami strok sebenar. 

3) Sebab: Gumpalan kecil ke saluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi. 

4) Kawal tekanan darah; 130-139 / 85-89 meningkatkan risiko strok 50%. 

5) Gejala; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan / kaki - sebelah / kedua belah, masalah percakapan / penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koodinasi kurang baik.
READ MORE - Panduan Darah Tinggi
Powered By Blogger