Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, March 5, 2012

Rawatan angioplasti terkini


Berdasarkan data yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada April 2011, bilangan kematian akibat penyakit jantung koronari (CHD) di Malaysia mencapai sehingga 22,701 orang atau 22.18 peratus daripada jumlah keseluruhan.
CHD berlaku apabila lebihan lemak yang dipanggil plak bergumpal pada dinding arteri lalu menyebabkan saluran tersebut semakin menyempit.
Apabila ia berlaku di arteri koronari, jantung tidak mendapat darah dan oksigen yang mencukupi lalu menyebabkan CHD.
Bagaimanapun, terdapat pelbagai rawatan CHD terkini termasuk pengambilan ubat-ubatan, pembedahan pintasan arteri koronari (CABG) dan percutaneous coronary intervention (PCI) yang lebih dikenali sebagai belon angioplasti.
Angioplasti adalah rawatan apabila doktor memasukkan tiub ke dalam salur arteri koronari dan mengembungkan belon di dalamnya lalu 'stent' yang menyerupai dawai kasa dibiarkan bagi memastikan arteri terbuka dan tidak menyempit kembali.
Antara kelebihan teknik rawatan CABG dan angioplasti, kebarangkalian pesakit menerima serangan sakit jantung koronari lebih rendah dan ia juga memendekkan tempoh rawatan di dalam hospital serta pemulihan.
Rawatan angioplasti juga hanya dilakukan secara pembedahan kecil berbanding pembedahan pintasan.
Terdapat pelbagai jenis stent yang digunakan dalam teknik angioplasti iaitu yang menggunakan logam (BMS), ubat (DES) dan kejuruteraan biologi (BES).
Terbaru dalam rawatan angioplasti adalah penggunaan stent terkini yang lebih efisien dikenali sebagai Dual Therapy Stent (DTS).
DTS yang bakal diperkenalkan di Malaysia pertengahan tahun ini menggabungkan teknik DES dan BES yang lebih cepat pulih selepas dimasukkan belon dan merendahkan kebarangkalian darah tersumbat selepas rawatan.
Rawatan DTS menggunakan teknologi lapisan antibodi di permukaan darah dan lapisan ubat bagi melindungi dinding arteri dan ia mengurangkan berlakunya penyempitan pada arteri koronari.
Menurut Pakar Kardiologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Yap Yee Guan, masyarakat masih kurang maklum tentang pelbagai jenis stent dalam rawatan angioplasti yang lebih berkesan berbanding rawatan lain.
"Terdapat pelbagai jenis stent yang boleh digunakan bagi rawatan angioplasti dan setiap daripadanya ada kebaikan dan keburukan bergantung kepada masalah dihidapi pesakit.
"Pesakit disyorkan berunding dengan pakar kardiologi terlebih dahulu bagi memastikan jenis stent yang sesuai digunakan kerana setiap pesakit berbeza," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan teknologi terbaru untuk rawatan CDH baru-baru ini.
Berdasarkan kajian yang dijalankan OrbusNeich, DTS ternyata lebih berkesan dari segi proses pemulihan dan ia lebih menyeluruh.
"Selain itu, kita dapat lihat dalam tempoh sembilan bulan, pesakit yang menerima rawatan menggunakan DTS mendapat perlindungan lebih menyeluruh.
"Ia juga mengurangkan risiko pesakit mendapat trombosis berbanding penggunaan stent yang lain.
"Penemuan terbaru ini boleh dikatakan sesuatu yang baik dalam bidang perubatan dan saya rasa akan mengambil masa yang agak lama untuk menandingi rawatan tersebut," tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger