Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, May 28, 2012

Aduh Sakitnya... Senggugut

Senggugut?

Senggugut, ataupun istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara keluhan yang sangat menganggu pada wanita usia produktif. Ia bukan saja sesuatu yang sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.

Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang bermaksud sukar atau sulit,”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya beerti kesakitan saat haid , atau haid yang sukar dan bermasalah. Secara medis, dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami saat haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.

Gejala senggugut

Selain daripada rasa sakit yang sangat mengganggu tadi, senggugut dapat disertai dengan keluhan lain seperti sakit kepala, mual, muntah dan diare. Rasa sakit selalunya dirasakan pada hari pertama haid terutamanya saat aliran haid mula terjadi dengan banyak.

Kenapa senggugut itu terjadi?

Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan saat haid. Pengecutan ini dipacu terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, saat haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan , akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan.Lapisan tisuyang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin. Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini memang tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai mengganggu aktiviti mereka.

Kontraksi yang dipacu oleh prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel yang mati tadi. Tetapi disebabkan kadar prostaglandin yang terlalu tinggi tadi , keluhan senggugut akan muncul.

Kenapa ada yang senggugut kenapa ada yang tidak?

Disebabkan senggugut merupakan penyakit hormonal jadi faktor genetik sangat memainkan peranan.Sekiranya adik beradik anda ada yang senggugut anda mungkin akan mengalaminya juga.Selain itu terdapat beberapa faktor risikolainyang dapat meningkatkan kemungkinan seseorang itu mengalami senggugut iaitu haid pertama yang dini( menarche), kitar haid yang panjang, merokok, obesiti dan peminum alkohol. Stress emosi yang tinggi dan rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu kestabilan hormon tubuh dan seterusnya memacu penyakit ini.


KLASIFIKASI DISMENORE

Kita dapat klasifikasikan dismenore kepada dua jenis, iaitu dismenore primer dan sekunder

Dismenore Primer

Adalah dismenore yang terjadi disebabkan hanya faktor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita itu. Jadi masalah itu bukan berpunca dari luar tetapi masalah pada sistem hormon wanita tersebut yang dipacu oleh faktor-faktor yang telah saya sebutkan tadi.

Dismenore Sekunder

Adalah dismenore yang terjadi disebabkan adanya kelainan lain pada sistem reproduksi, seperti pada kelainan endometriosis, radang rongga pelvis, jangkitan, penyakit usus, kehamilan ektopik atau luar rahim dan sebagainya. Dismenore jenis ini yang harus diberi perhatian dan mendapat pengubatan yang selanjutnya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem reproduksi wanita sehingga boleh menyebabkan kemandulan.
Jadi kenyataan awam yang mengatakan wanita yang senggugut itu susah untuk hamil ada benarnya sekiranya jenis dismenore yang dialami adalah daripada jenis yang sekunder ini terutamanya wanita yang mengalami endometriosis atau kista coklat.Namun begitu belum tentu semua kelainan yang telah saya telah sebutkan tadi berakhir dengan kemandulan tergantung kepada derajat keparahan penyakit dan jenis penyakit itu sendiri.

Endometriosis

Endometriosis adalah kelainan yang terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai tisu rahim(endometrium) tumbuh pada struktur lain dalam tubuh selain dalam rahim.Keluhan yang dirasakan persis sama seperti senggugut primer namun hanya terjadi sebelum haid bermula. Setelah haid mula keluar, rasa sakit yang dirasakan menghilang.
Saya memilih untuk menjelaskan penyakit ini dengan lebih detail disebabkan penyakit ini adalah merupakan salah satu penyakit yang tersering menyebabkan masalah kemandulan pada wanita. Jadi sekiranya anda mengalami keluhan seperti diatas, adalah lebih baik mendapatkan pemeriksaan di pusat kesihatan yang berhampiran.

Rawatan

Terdapat beberapa pilihan rawatan untuk penyakit ini. Secara umum saya bahagikan kepada 2 jenis rawatan iaitu rawatan umum dan rawatan khusus. Rawatan umum ini dapat dilakukan sendiri pesakit dan rawatan khusus adalah rawatan khas seperti terapi ubat-ubatan dan pembedahan.

Rawatan Umum

Yang penting dalam rawatan ini, pesakit menghindari faktor-faktor risiko yang telah saya sebutkan di awal tadi iaitu pengawalan berat badan, menghindari alkohol dan rokok. Selain itu diet rendah lemak dan kolesterol dalam mengurangkan gejala walaupun belum ada penelitian khusus terhadap dakwaan tersebut. Makan makanan yang tinggi protein seperti kekacang , banyakkan sayur sayuran dan serat. Selain itu pengambilan vitamin tambahan seperti vitamin B dan E sangat membantu dalam mengurangkan gejala penyakit ini. Sentiasa hidup aktif dan hindari stress dengan berolahraga yang rutin.
Untuk mengurangkan rasa sakit, anda dapat menggunakan tuam perut. Rendam tuala di air suam, perah dan letakkan dibagian yang sakit tadi. Baring dan tarik nafas dalam-dalam serta hindari tempat yang bising atau yang membuatkan anda rungsing ataupun stress.

Rawatan Khusus

Sekiranya anda masih sakit, anda dapat membeli panadol, makan sesuai dosis yang telah ditetapkan. Tetapi biasanya tidak cukup dengan panadol oleh itu untuk mendapatkan ubat-ubatan lain seperti ponstan, saya nasihatkan anda konsultasi dahulu dengan petugas kesihatan kerana efek samping ubat yang mungkin akan anda hadapi. Di sana nanti anda akan mungkin diberikan beberapa jenis rawatan khusus, seperti ubat-ubat hormon dan sebagainya. Beberapa journal ada yang menganjurkan untukmencuba terapi alternatif lain seperti akupuntur ataupun akupressur walaupun masih belum didukung oleh bukti saintifik yang jelas, tetapi rasanya tidak salah untuk mencuba, tepuk dada tanya selera.

Kesimpulan

Senggugut adalah merupakan suatu penyakit tersering pada wanita usia produktif yang sangat mengganggu. Penyakit ini disebabkan secara langsung oleh peningkatan kadar hormon prostaglandin dan diperberat oleh faktor-faktor risiko iaitu obesiti, kebiasaan merokok dan minum alkohol. Penyakit ini terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu dismenore primer yang disebabkan oleh faktor hormonal dan dismenore sekunder yang disebabkan oleh penyakit lain. Dismenore jenis sekunder wajar diberi perhatian yang lebih dengan mendapatkan pemeriksaan yang selanjutnya kerana dapat menganggu fungsi reproduksi seseorang wanita. Sekiranya anda mengalami senggugut anda dapat mengurangkan rasa sakit dengan mengatur diet pemakanan, berolahraga dan mengawal berat badan anda. Sekiranya masih sakit, anda dapat mengomsumsi panadol ataupun segera berubat untuk mendapat terapi yang sewajarnya daripada petugas kesihatan. Wallahu a’lam.
Drsaba85, Jakarta, 3 Jan 12

Rujukan
1) Current Diagnosis and Treatment, 10 ed, Obstetrics and Gynecology
2) Wikipedia: http://en.wikipedia.org/wiki/Dysmenorrhea
3) Emedicine: http://emedicine.medscape.com/article/795677-overview#a0101
4) Kotex.com blog:http://www.kotex.com.my/body-and-you-kesihatan/period/perihal-senggugut.aspx
5) Royal College Of Obstetricians and Gyaecologist website: http://www.rcog.org.uk/guidelines

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger