Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Sunday, January 20, 2013

Kencing Manis


Beberapa perkara berkaitan kencing manis

Pesakit kencing manis haruslah mengambil ubat yang telah dipreskripsikan. Ini adalah untuk memastikan bahawa kandungan gula sentiasa berada pada paras normal. Ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh pesakit kenicng manis : Hypoglycaemia (Hypo = rendah, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah) Keadaan ini berlaku bila terlalu banyak insulin di dalam badan menyebabkan kandungan gula di dalam darah menurun ke paras yang lebih bawah daripada normal. Keadaan ini juga dikenali sebagai "Insulin Shock". Ia boleh berlaku disebabkan pemberian ubatan yang melebihi dos yang diperlukan, umpamanya pada waktu awal-awal pemberian ubat kerana doktor anda masih belum boleh menentukan secara pasti dos yang perlu diberi. Ia juga boleh berlaku bila :
* berlakunya pertambahan dalam aktivit yang berbentuk fizikal, yang�tidak disertakan dengan penambahan makanan atau pengurangan insulin * anda makan sedikit daripada biasa, dan tidak disertakan dengan�pengurangan insulin yang diambil atau pengurangan aktiviti fizikal * terlebih ambil insulin�* lambat atau tidak makan�* mengambil alkohol berlebihan
Sekiranya ini berlaku, anda boleh pengsan. Ia perlukan rawatan serta merta. Selalunya pesakit kencing manis boleh mengetahui bila kandungan gula di dalam badan mereka rendah. Antara tanda-tandanya ialah :
* berpeluh (sejuk)
* tangan menggeletar (trembling)
* rasa lapar
* penat
* pening
* degupan jantung bertambah
* rasa keliru (confused) dan 'moody'
Apakah yang perlu anda lakukan ? Sekiranya ini berlaku, anda perlu menambah kandungan gula di dalam darah anda secepat mungkin. Ambil makanan atau minuman yang mengandungi glukosa atau gula secepat mungkin. Selepas itu, anda perlu menambah pengambilan karbohidrat seperti susu, biskut, dsb. Pesakit kencing manis perlu sentiasa beringat dan membawa bekalan gula glukosa dan makanan supaya keadaan ini dapat diatasi segera.�Hyperglycaemia (Hyper = tinggi, glyc = glukosa atau gula, aemia = darah) Kandungan gula di dalam darah menjadi tinggi daripada normal kerana beberapa sebab, antaranya :
* tidak mengambil ubat atau insulin seperti sepatutnya
* makan berlebihan
* kurang bersenam
* tidak merasa sihat (seperti demam, perubahan hormon, dsb)
Bila ini berlaku, anda akan merasa :
* dahaga yang sangat kuat
* lapar yang datang tiba-tiba
* selalu kencing, lebih-lebih lagi waktu malam
* lemah badan
* turun berat badan
* penglihatan kabur
* jangkitan kulit mudah berlaku
* kulit kering
* rasa kebas-kebas atau sakit pada kaki atau tangan
Diabetic ketoacidosis Sekiranya kawalan gula badan anda tidak baik, sel-sel badan tidak boleh lagi menggunakan glukosa dari dalam darah. Bila ini berlaku, sel-sel lemak (fat cells) akan dipecahkan oleh badan anda sebagai sumber tenaga anda. Dalam proses pemecahan lemak ini, ketone akan dikeluarkan terutamanya di dalam air kencing. Bila ini berterusan, anda akan merasa :
* kencing yang sangat kerap
* dahaga yang sangat kuat
* pening kepala, muntah dan sakit perut
* pernafasan yang dalam. Nafas anda berbau seperti buah-buahan (bau ketone)
* kekeliruan berlaku (confusion)
Sekiranya tidak dirawat, ketone akan berkumpul dan menjadi tinggi kandungannya. Darah akan menjadi asid dan ini merosakkan tisu-tisu badan. Kematian boleh berlaku. Silalah dapatkan rawatan segera sekiranya anda merasa 'tidak sedap badan'.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger