Ada sepasang pengantin baru berada di kamar
pengantin, di malam pertama. Pada tengah malam itu, tiba-tiba isterinya
mengerang, "Adoi.. Sakitnya bang... ! Macam mana ni bang..?"
Suaminya
lantas menenangkan isterinya, "Jangan nangis Sayang.. Nanti emak ayah
dengar.. Mereka mungkin belum tidur lagi tu.." Kebetulan bilik mertua
hanya bersebelahan kamar tidur pengantin.
Tapi kerana tidak
dapat menahan sakit, isterinya tambah kuat mengerang. Mahu tidak mahu,
si suami pun berkata, kali ini kuat sedikit suaranya: "Sabar Sayang!
Tahan saja.. Esok baru cabut."
Sejak dari tadi si mertua lelaki
masih belum tidur. Dia memang terdengar anak perempuannya mengerang,
tadi dia tidak peduli, biasalah malam pengantin, fikirnya. Tapi kali ini
dia sudah hilang sabar. Dia bangun, pergi ke bilik sebelah lantas
menendang pintu kamar pengantin.
Dengan rasa geram bapa mertua
berteriak: "Ni apa kena ni? Tak faham ke? Anak aku boleh mati kalau
besok baru kau nak cabut! CABUT SEKARANG JUGA!"
Terkejut
besarlah kedua pengantin tu. Sambil tersipu-sipu pengantin perempuan pun
berkata kepada ayahnya: "Abah, takkan sakit gigi pun boleh mati..
Lagipun manalah ada Klinik Gigi yang buka 24 jam?".
MORAL:
Sebenarnya
sebagai insan yang bijaksana, tidaklah wajar untuk kita buruk sangka
dan mencuri-curi dengar perbualan orang lain. Ini mungkin akan
menyebabkan kita salah sangka kerana kita tidak tahu cerita
selengkapnya. Akibatnya, kita sendiri mungkin akan dapat malu kerana
bertindak melulu.��
No comments:
Post a Comment