Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, December 5, 2011

Penyakit Tiroid Pada Kehamilan

Penyakit tiroid adalah suatu penyakit atau kelainan pada organ yang kita kenal sebagai kelenjar tiroid ,kelenjar gondok, atau yang lebih kita kenal dalam masyarakat kita sebagai sakit beguk.Kelenjar tiroid ini adalah merupakan kilang penghasil hormon tiroid yang sangat penting dalam proses sintesis atau pembuatan protein tubuh, mengatur pertumbuhan tulang panjang, pembesaran sel neuron(saraf) dan proses metabolisme protein, karbohidrat dan lemak dalam tubuh. Kesan akhir dari fungsi tersebut adalah peningkatan penghasilan tenaga tubuh dengan meningkatkan aktiviti penghasilan tenaga ataupun katabolisma1.

Untuk menghasilkan hormon tiroid, kelenjar tiroid ini memerlukan zat iodin yang cukup daripada sumber makanan yang kita makan sehari-hari. Sekiranya terjadinya kekurangan zat tersebut, secara langsung akan mengganggu proses pembentukan hormon ini dan tubuh kita secara otomatis melakukan reaksi kompensasi antara lain dengan memaksimalkan penggunaan iodin yang sedia ada di dalam kelenjar tiroid1. Hal ini akan menyebabkan berlakunya pertambahan jumlah sel kelenjar tersebut dan akhirnya ia akan memngalami pembesaran. Selain itu, terdapat juga penyebab lain selain kurangnya asupan iodin dalam makanan , seperti yang berlaku pada penyakit Grave yang mana pada penyakit ini, terdapat antibodi dalam tubuh yang merangsang produksi hormon tiroid secara berterusan yang dikenal sebagai throid-stimulating antibody(TSAb)2.Proses infeksi dan tumor juga boleh menjadi penyebab kelainan tersebut, seperti pada penyakit tyroiditis dan choriocarcinoma2. Walau apapun penyebabnya, kesan akhir dari terbentuknya hormon tiroid yang berlebihan ini adalah gejala-gejala penyakit tiroid ataupun hipertiroid iaitu seperti berikut, peningkatan suhu badan dan tekanan nadi istirahat(resting pulse) >100 kali permenit, penurunan berat badan yang drastik walaupun tidak ada gangguan dalam pemakanan, penonjolan mata(exopthalmus) dan sebagainya. Sudah tentu gejala klinis yang kita temukan sangat bervariasi tergantung sejauh mana beratnya penyakit tersebut2.

Pada wanita hamil, sering terjadi peningkatan jumlah hormon tiroid , ini disebabkan oleh hormon estrogen yang tinggi saat kehamilan yang merangsang pertambahan jumlah pembawa(carrier) hormon ini iaitu TBG( Tyroxine Binding Globulin) dalam tubuh seseorang ibu. Keadaan ini bukanlah suatu penyakit tetapi merupakan sesuatu yang normal sekiranya tidak menyebabkan kelainan pada sistem tubuh . Bahkan sejumlah hormon iodin yang cukup daripada ibu kepada bayinya sangat diperlukan dalam pertumbuhan bayi itu sendiri terutamanya perkembangan otak bayi. Namun begitu sekiranya jumlah hormon iodin yang dihasilkan itu terlalu banyak dan tidak dikontrol, ataupun sememangnya ibu tersebut sudah mempunyai penyakit tiroid ini sejak sebelum hamil maka ia dapat mengancam nyawa si ibu dan kandungannya. Hal ini disebabkan oleh kesan langsung hormon tiroid itu sendiri dan juga juga efek samping ubat-ubatan yang digunakan dalam pengubatan penyakit tersebut. Diantara komplikasi pada ibu adalah terjadinya hipertensi, keguguran spontan, kelahiran preterm, anemia(kurang darah),mudah terkena infeksi, abruption placenta(plasenta runtuh), arrythmia(kelainan irama jantung), sakit jantung kongestif(congestive heart failure), dan thyroid storm. Selain itu, komplikasi yang yang dapat terjadi pada janin pula ialah terjadinya hypertiroidisme neonatal, intrauterine growth restriction(IUGR), lahir mati, prematurity, dan kematian akibat medikasi antitiroid itu sendiri2.

Disebabkan oleh itu, kebanyakkan doktor akan menasihatkan seorang ibu yang mempunyai kelainan pada kelenjar tiroidnya yang tidak dapat dikontrol dengan ubat supaya menunda niatnya untuk hamil sehingga penyakitnya itu dapat dikawal dengan baik. Pengubatan penyakit ini pada ibu hamil, ditargetkan untuk mencapai keadaan eutyroidism(kadar hormon tiroid dalam batas normal) dengan secepatnya dengan menggunakan seminimal tetapi seefektif mungkin ubat-ubatan antitiroid supaya dapat meredam gejala penyakit tersebut. Selain itu tindakan bedah mungkin terpaksa dilakukan sekiranya adanya reaksi allergi ataupun ketidak ampuhan terhadapat ubat yang menyebabkan perlunya penggunaan ubat dalam dosis yang terlalu tinggi. Ubat antitiroid yang biasa digunakan dalam pengubatan penyakit ini adalah propilthiouracil(PTU) dan methimazol. Tidak ada beza pada efek kedua-dua ubat tersebut, tetapi biasanya metimazol menjadi pilihan disebabkan dosis yang relatif lebih kecil. Untuk penanganan hipertensi, biasanya diberikan B blocker(propanolol 20-4- mg setiap 6-8 jam) untuk mengurangkan gejala tetapi hanya boleh diberikan sebelum usia kandungan 34-36 minggu. Selama terapi, si ibu masih dapat menyusukan bayinya selama dosis total ubat PTU <150mg atau metimazol<10mg. Biasanya ubat dimakan sebelum penyusuan dan kandungan akan dimonitor secara berkala2.

Sebagai kesimpulannya, penyakit tiroid merupakan suatu penyakit hormonal disebabkan kelainan pada proses pembentukan hormon iodin dalam tubuh. Peningkatan hormon iodin ini adalah sesuatu yang normal pada ibu hamil selagi tidak menimbulkan kelainan pada sistem tubuh ibu. Sekiranya ibu hamil mengalami penyakit tiroid saat hamil, boleh menyebabkan komplikasi yang dapat mengancam nyawa ibu dan kandungannya sekiranya tidak segera dikontrol dengan pengubatan. Ubat-ubatan antitiroid sekiranya digunakan dalam dosis yang terlalu tinggi dapat memberi kesan samping terhadap janin dan penggunaannya haruslah sangat berhati-hati. Sebenarnya tidak ada larangan mutlak untuk seorang ibu yang berpenyakit tiroid untuk tidak hamil, namun si ibu harus diterangkan sejelas mungkin tentang komplikasi-komplikasi yang dapat terjadi sekiranya dia hamil.

RUJUKAN
1. William Obstetsric
2. Current Diagnosis and Treatment: Obstetrics and Gynecology tenth edition
READ MORE - Penyakit Tiroid Pada Kehamilan

Mengetahui Masa Subur Isteri

Kaum wanita pada setiap 4 minggu (28 hari) sekali datang haid. Masanya berbeza. Perbezaan masa bergantung kepada keadaan badan seseorang. Daripada haid yang pertama hingga haid yang berikutnya dapat kita bahagikan kepada 4 tahap:

1. Masa haid

2. Masa bersih pertama; kandungan rahim sudah bersih dari kotoran tapi sel wanita belum dapat dibuahi untuk menjadi benih.

3. Masa subur; kandungan rahim sedia untuk menerima sel benih, yang akan memberhentikan kedatangan haid.

4. Masa bersih kedua; masa penghancuran. Alat-alat dalam rahim mulai membersihkan kerana tiada pembuahan dan menanti datang haid yang baru.

Ringkasnya, minggu I, II dan IV adalah minggu kosong, tetapi minggu ke III adalah minggu subur. Untuk mengetahui dengan tepat waktu subur bagi seorang wanita, haruslah mengetahui masa kedatangan haid pada setiap bulan, untuk menyesuaikan waktu 14-16 hari sebelum datang haid sebelum datang haid yang baru. Apakah anda mempunyai jangka waktu bersih 28 hari 30 hari ataupun 32 hari.

Menurut pendapat pakar kelamin, sel telur lelaki dapat hidup 2 X 24 jam sebelum 'masa subur' dan 2 X 24 jam sesudah 'masa subur’. Maksudnya 2 hari sebelum dan selepas 'masa subur', masih boleh menjadi benih bila bersetubuh pada masa itu.

Jadi yang paling baik untuk memiliki anak ataupun menjarakkan kehamilan, haruslah melakukan persetubuhan berpandukan pada masa tersebut, iaitu 2 X 24 + 2 X 24 + 2 X 24 ataupun 2 hari + 2 hari + 2 hari - jumlah hari subur. Kesimpulannya, masa subur adalah dari hari ke 12 hingga hari ke 18 sebelum datang haid yang baru.

Selamat mencuba...
READ MORE - Mengetahui Masa Subur Isteri

Sunday, December 4, 2011

Zuriat istimewa





Sukar cari baju, lampin dikerat antara cabaran besarkan anak sindrom Sackel

NAMA Kama Mirezzanial Kama Rezmee menjadi sebutan selepas dirinya diiktiraf insan paling kerdil di Malaysia - dengan ketinggian 56 sentimeter (22 inci) pada usia tujuh tahun.
Ini mungkin meletakkan Kama Mirezzanial atau lebih manja dipanggil Zanial, sebagai lelaki terpendek di dunia - sekali gus mengatasi rekod milik Junrey Balawing, 18, dari Filipina dan Khagendra Thapa Magar, 19, dari Nepal yang memiliki ketinggian 60 serta 67 sentimeter.

Awal tahun ini, Zanial pernah bersekolah beberapa bulan di sekolah pendidikan khas. Namun, dia selalu mengadu tidak dapat menyesuaikan diri kerana dia kanak-kanak berfikiran normal, menyebabkan kami memberhentikannya. Saya ada membeli kerusi dan meja bersesuaian untuk dia belajar di sekolah itu, namun suasana pembelajaran serta kelas membuatkan Zanial tidak mampu bertahan. - Masitah, ibu Zanial
Itu mungkin status diri Zanial. Namun, ramai tidak tahu cerita di sebalik kehidupannya terutama pengalaman keluarga membesarkan anak cilik ini. Kesempatan mendekati keluarga unik ini, menemukan insan cekal iaitu ibunya, Masitah Md Yusof, 34 tahun.

Hanya deraian air mata dapat menggambarkan betapa luluh hatinya tatkala anak sulung dikandung, tidak membesar secara normal ketika dilahirkan akibat gejala sindrom Sackle.

Saat itu, bagi Masitah, perasaan gembira untuk menimang cahaya mata sulung seperti ibu lain, punah selepas doktor mengesahkan anaknya mengalami sindrom itu lalu menyebabkan tumbesarannya terbantut atau kerdil.

Menceritakan kisah sedih tujuh tahun lalu, Masitah berkata, semuanya bermula ketika kandungannya itu memasuki usia lima bulan. Dia tergamam seketika bagaimana situasi itu boleh berlaku. Lebih-lebih lagi mengenangkan latar belakang keluarga yang sihat. Mengapa tidak, ibu dan bapa mentuanya masing-masing pernah bergelar atlet negara iaitu Rajemah Sheikh Ahmad, 67, dan Allahyarham Kamaruddin Maidin.
“Selepas pemeriksaan kandungan pada bulan kelima, doktor memaklumkan bayi saya tidak membesar secara normal. Doktor menasihatkan saya makan lebih banyak. Pada bulan berikutnya, pemeriksaan mendapati keadaan tetap sama. Ini menyebabkan doktor marah kerana menyangka saya tidak makan seperti disarankan walaupun hakikatnya, saya makan dua kali ganda daripada kuantiti biasa.

“Bimbangkan keadaan itu, saya berjumpa beberapa doktor. Namun, mereka juga memberitahu bayi saya tidak membesar secara normal,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.

Masitah yang berkahwin dengan Kama Rezmee Kamaruddin, 36, berkata, pada 2 Mac 2004, dia selamat melahirkan bayinya, Zanial secara normal di Hospital Putrajaya.

Pemeriksaan pakar perubatan mengesahkan, bayi itu mengalami beberapa gejala Sindrom Sackle, termasuk bentuk wajah yang kecil selain saiz badannya kerdil. Ketika dilahirkan, Zanial hanya seberat 550 gram dan memiliki ketinggian 29 sentimeter menyebabkan dia terpaksa ditempatkan di wad hospital selama 75 hari.

“Selepas dia dilahirkan, saya hanya mengetahui keadaannya daripada suami. Ini kerana saya menolak untuk berjumpa anak saya disebabkan terlalu sedih. Bukan saya membencinya, namun saya tidak sanggup melihat keadaannya yang terlalu kecil, tidak normal seperti bayi lain dan terpaksa ditempatkan di bilik khas untuk rawatan.

“Namun, berbekalkan nasihat serta sokongan suami, saya mendapat kekuatan untuk melihatnya beberapa hari kemudian. Alhamdulillah, secara perlahan-lahan, saya mula dapat menerima ketentuan Ilahi," katanya dengan linangan air mata.

Berkongsi suka duka membesarkan anaknya, Mashitah menyifatkan pengalaman itu paling mencabar dan sukar kepada dirinya dan suami, tetapi berjaya ditempuhi dengan baik atas kesabaran, pemahaman tinggi terhadap sindrom Sacle serta doa ke hadrat Ilahi.

Masih segar di ingatannya, ketika anaknya masih bayi, dia terpaksa mengerat lampin pakai buang kepada dua bahagian kerana ukuran sedia ada terlalu besar untuk Zanial. Malah semua pakaian bayi yang dibeli untuk Zanial perlu dihantar kepada tukang jahit untuk diubahsuai supaya muat dengan tubuh kecil itu.

“Walaupun kini usianya tujuh tahun, beratnya cuma 4.8 kilogram dan masih memakai baju bayi berumur tiga hingga enam bulan. Manakala saiz kasutnya untuk bayi tiga bulan. Adakalanya, apabila dia meminta membelikannya pakaian tertentu seperti yang mempunyai gambar Upin Ipin kerana meminati karakter kartun itu, saya dan suami cukup sayu selain pening kepala kerana tidak dapat mencari saiz sesuai untuk tubuhnya.

“Jika ada pakaian digemarinya itu dijual dengan saiz paling kecil yang hampir sesuai, kami akan membeli dan menghantar untuk diubahsuai terlebih dulu supaya benar-benar selesa dipakai,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak, Kamarya Myzara, empat tahun, yang dilahirkan normal.

Di sebalik pembesarannya tidak normal dan butir bicaranya kurang fasih, namun sikap, fikiran serta minat Zanial sama seperti kanak-kanak seusia yang menggemari rancangan kartun, ceria, aktif, suka bercerita dan meminati barangan permainan.

Lebih menarik perhatian, dia bijak melayari internet dan bermain permainan video menggunakan peralatan teknologi komputer, iPad.

Ketika penulis menemubual Masitah, kelihatan Zanial sibuk bersembang dengan neneknya, Rajemah Sheikh Ahmad sebelum berjalan keluar ke halaman rumah untuk bermain bola sepak seketika.

Masitah berkata, antara cabaran lain dilalui dirinya dan suami dalam membesarkan Zanial adalah sikap masyarakat yang kurang prihatin dengan perasaan mereka sebagai ibu bapa apabila memberikan reaksi pelik dan kata-kata menyentuh hati apabila melihat anaknya itu.

“Apabila saya dan suami membawa Zanial keluar di khalayak, sesetengah orang melahirkan rasa sangat terkejut apabila mendengar dia bertutur. Ini kerana mereka menganggapnya bayi. Manakala ada segelintir memandang pelik atau bertanya kepada saya mengapa anak saya begini.

“Sikap mereka kadang-kala menyedihkan hati kerana perlukah bertanya jika anda sendiri mengetahui ada sesuatu yang kurang sempurna dengan anak saya. Kami bukan marah tetapi sikap mereka itu seolah-olah mengguris hati kami sebagai ibu bapa Zanial dan bayangkan perasaan mereka jika berada di tempat kami,” katanya.

Selain itu, beliau dan suami turut memohon jasa baik kerajaan atau mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu anak mereka dari segi keperluan persekolahan. Zanial sepatutnya mula bersekolah tahun ini, namun atas kekangan kekurangan kemudahan untuk kanak-kanak sepertinya di sekolah, hasrat itu sukar dipenuhi.

Jika belajar di sekolah murid normal, tiada kelengkapan sesuai disediakan untuk kanak-kanak seperti Zanial termasuk kerusi dan meja.

“Awal tahun ini, Zanial pernah bersekolah beberapa bulan di sekolah pendidikan khas. Namun, dia selalu mengadu tidak dapat menyesuaikan diri kerana dia kanak-kanak berfikiran normal, menyebabkan kami memberhentikannya. Saya ada membeli kerusi dan meja bersesuaian untuk dia belajar di sekolah itu, namun suasana pembelajaran serta kelas membuatkan Zanial tidak mampu bertahan,” katanya.

Lebih 100 kes sindrom Sackel dilapor

SINDROM Sackel atau turut dilabel sebagai Seckel adalah keadaan di mana dari awal pembentukan dalam rahim, bayi tidak berkembang secara normal dan tidak membesar sempurna selepas dilahirkan.

Keadaan itu, kata sekumpulan penyelidik National Organisation Of Rare Disorder, Amerika Syarikat, adalah disebabkan pembentukan resesif aotomosal yang tidak normal berhubung dengan mutasi genetik ke atas kromosom 3, 18 dan 14.

Walaupun jumlah kes sebenar penghidap sindrom ini tidak diketahui secara tepat, sekumpulan penyelidik berkenaan - M Le Merrer; S Lyonnet; H Plauchu; N Dagoneau; A B Campos-Xavier; J Attia-Sobol; A Verloes; A Munnich dan V Cormier-Daire, menyatakan lebih 100 kes sudah dilaporkan dalam bidang perubatan.

Penghidap sindrom Seckel akan mengalami beberapa simptom fizikal antaranya saiz badan yang amat kecil ketika dilahirkan, kepala sangat kecil, hidung tajam seperti paruh, muka runcing dan kecil, bentuk telinga kurang sempurna, rahang tidak normal dan pemikiran lemah.

Selain itu, saiz mata lebih besar daripada normal, gigi bermasalah dan pembentukan tulang tidak sempurna.

Ada juga yang berdepan masalah berkaitan darah seperti anemia atau leukemia.

“Kaedah diagnosis sindrom Seckel bergantung kepada simptom yang dialami penghidap. Ada ketika, ujian X-Ray perlu dijalankan bagi mengenalpasti serta membezakannya dengan keadaan simptom penyakit lain,” kata penyelidik itu melalui kajian bertajuk Clinical and Genetic Heterogeneity of Seckel Syndrome yang disiarkan American Journal of Medical Genetics.

Apa yang sukar, penyakit ini tidak boleh dikenal pasti atau ditentukan melalui ujian makmal dan ujian genetik khusus.

Menyentuh aspek perubatannya, doktor hanya akan memberikan rawatan bergantung kepada sesuatu masalah kesihatan dialami penghidap pada satu-satu masa kesan daripada penyakit itu.

“Untuk berdepan penyakit ini, ahli keluarga perlu memainkan peranan untuk membantu dan memberi sokongan kepada pesakit,” kata mereka.
READ MORE - Zuriat istimewa

Telefon pintar punca sakit tengkuk, jari

LONDON: Pengguna telefon pintar dan komputer tablet kini dilaporkan mula mengalami masalah dikenali high-tech blues berikutan meningkatnya kecanggihan teknologi yang menyebabkan kesakitan termasuk sakit leher hingga kepada kecederaan ibu jari.

Pakar kesihatan di Britain memberi amaran kecederaan itu berpunca daripada penggunaan skrin kecil dalam tempoh terlalu lama dan menaip dengan papan kunci yang kecil.

Kecederaan itu menjadi menjadi semakin kerap berlaku kerana alatan berteknologi tinggi menjadi semakin popular.
Semakin ramai penduduk Britain menggunakan telefon pintar kerana ia didapati lebih mudah untuk dibawa untuk melayari internet berbanding membuat panggilan telefon.

Berdasarkan satu kajian pendapat yang dibuat oleh YouGov baru-baru ini, sebanyak 44 peratus penduduk di Britain menggunakan telefon bimbit mereka untuk aktiviti lain berbanding membuat panggilan iaitu antara 30 minit dan dua jam sehari. Kajian berkenaan dilakukan terhadap 2,034 pengguna dewasa pada bulan September. – AFP
READ MORE - Telefon pintar punca sakit tengkuk, jari

Menopaus usia 40-an?

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Putus haid hanya berlaku selepas 'ketiadaan' darah selama 12 bulan

Soalan: SAYA berumur 43 tahun dan mempunyai lima anak dengan anak bongsu berusia 10 tahun. Saya sendiri pernah diserang gastrik agak teruk Ramadan lalu dan masih belum pulih sepenuhnya.
Masalahnya, saya sepatutnya haid pada 20 atau 21 hari bulan tapi sehingga kini, belum haid lagi. Sudah dua kali saya buat ujian kehamilan tapi kedua-duanya negatif.
Apakah ini disebabkan masalah gastrik atau kerana tekanan. Apakah ia ada kaitan dengan menopaus memandangkan ada ibu saudara yang putus haid pada usia 40-an.
   



Norasiah   Jawapan: SUKAR bagi saya memastikan sama ada gastrik dan tidak haid atau datang bulan ada kaitan dengan menopaus. Saya berpendapat, ia dua masalah berbeza.

Adakah tekanan boleh mengganggu haid? Jawapannya boleh. Tetapi berapa banyak tekanan diperlukan untuk memberhentikan haid. Maksud saya ia bukanlah punca utama haid tidak datang.
Ujian air kencing untuk pengesahan kehamilan masih tepat dan boleh diterima pakai walaupun ia tidak tepat 100 peratus. Saya juga tidak berpendapat yang puan sudah menopaus. Mengikut definisi menopaus, ia berlaku apabila seseorang itu tidak didatangi haid selama 12 bulan. Ini bermakna puan belum boleh dikategorikan mengalami menopaus. Pramatang menopaus iaitu menopos sebelum 45 tahun amat jarang sekali berlaku.

Malah, lazimnya ada gejala menopaus dialami sebelum itu. Kadang-kala haid boleh tiba-tiba berhenti tanpa sebab jelas. Tetapi kenaikan atau penurunan mendadak berat badan boleh menjejaskan haid puan. Secara saintifiknya pada Ramadan lalu, ovari puan tidak berfungsi iaitu telur tidak dapat terbentuk pada bulan itu, maka dinding rahim puan tidak terbentuk dan akibatnya haid terhenti.

Puan mempunyai dua pilihan. Pertama, puan bersabar menunggu haid ini turun sendiri manalah tahu ia akan pulih sendiri seperti dulu. Tetapi puan perlu bersedia, mungkin ia lebih banyak daripada biasa.

Keduanya, puan boleh berjumpa doktor untuk mencetuskan (induce) haid dengan mengambil pil-pil hormon. Jika menginginkan haid berjalan lancar dan mencegah daripada hamil, saya cadangkan puan mengambil pil perancang supaya puan mendapat dua faedah sekali gus.
READ MORE - Menopaus usia 40-an?

Sunday, November 27, 2011

Fikiran positif kalahkan kanser

TIADA kata-kata mampu diucapkan tatkala disahkan menghidap kanser payu dara. Terbayang di fikiran, rambut semakin gugur, pakaian serta coli tidak sepadan serta berat badan tidak lagi secantik dulu.
Yang pasti berita sedih dan memeranjatkan itu seolah-olah petanda bahawa hidup mereka akan berakhir.
Namun bagi dua sahabat, Lucianna Jambari, 60, dan Umi Purwati Sunoto, 56, kanser payu dara mengubah kehidupan mereka menjadi positif, optimis, sentiasa membantu orang lain dan peka pada kesihatan diri.
"Mulanya memang saya berasa sedih apabila disahkan menghidap kanser payu dara. Tetapi disebabkan kanser ini, saya lebih optimis. Jika dahulu saya seorang yang cepat pemarah dan sensitif, saya sekarang lebih tenang dan sabar,'' ujar Lucianna ketika ditemui di Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) yang terletak di Tingkat 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia.
Bagi bekas pesakit kanser payu dara ini, penyakit pembunuh itu bukan bermakna penamat kehidupan tetapi memberi makna yang lebih besar.
Ketakutan
Disahkan menghidap kanser payu dara pada Mei 1997 dan selesai menjalani rawatan kemoterapi selepas melakukan pembedahan membuang sebelah payu daranya, Lucianna berjaya melawan perasaan takut yang bersarang dalam minda.
"Pada awalnya, saya tidak dapat menyangkal perasaan gelisah apabila disahkan menghidap kanser tahap kedua yang boleh dikategorikan sangat ganas.
''Saya merasai sendiri ketulan pada payu dara. Selepas berjumpa doktor, dua minggu kemudian saya menjalani pembedahan dan kemoterapi enam kali. Saya mengalami kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan.
''Mood saya juga sedikit berbeza tetapi saya dapat menanganinya kerana sokongan daripada keluarga terutamanya suami,'' katanya.
Akhirnya, dia pulih seperti sedia kala tanpa perlu mengharungi radioterapi. Namun itu bukan bermakna simptom yang dialaminya sama dengan orang lain. Semuanya bergantung kepada keadaan penyakit.
Selepas 14 tahun peristiwa ini berlalu, perasaan takut Lucianna sebenarnya tidak boleh hilang.
Namun sebagai wanita yang mahukan kehidupan normal, dia berfikiran positif dan berusaha menjaga kesihatan dengan mengawal pemakanan dan mengikuti kelas aerobik.
Malah, lebih membanggakan apabila dia cuba membantu pesakit muda mengharungi detik-detik menakutkan itu.
''Dengan adanya Persatuan Kanser Network Selangor Wilayah Persekutuan (KanWork) di bawah CaRE, saya dapat menjadi sukarelawan dan membantu pesakit-pesakit lain," ujarnya.
Ketulan
Empat tahun kemudian, sahabat Lucianna, Umi Purwati Sunoto, 56, berhadapan situasi yang sama. Merasai sendiri ketulan di bahagian payu daranya ketika mandi, Umi terpaksa menangguhkan niatnya berjumpa doktor kerana mahu menumpukan pada majlis perkahwinan anaknya.
"Selepas majlis perkahwinan selesai, saya berjumpa doktor. Ketulan sebesar dua sentimeter telah ditemui. Saya menjalani pembedahan untuk membuang ketulan itu dan sebahagian di bawah ketiak.
''Pada mulanya saya tidak menjalani kemoterapi kerana takut kesan sampingannya seperti yang diberitahu kawan-kawan. Atas nasihat Lucianna, saya beranikan diri menjalani kemoterapi.
''Untuk kemoterapi kali kedua, saya lebih bersedia,'' katanya.
Pada sebelah petang hari yang sama, dia boleh memandu sendiri dan mengajar kelas aerobik. Malah dia bersyukur kerana tidak muntah-muntah seperti pesakit lain dan meneruskan rawatan sebanyak 20 kali.
Setelah 10 tahun berlalu, hidup Umi menjadi lebih baik. Dia masih aktif mengajar aerobik dan melibatkan diri dalam kerja sosial KanWork.
Dalam pada itu, CaRE dengan kerjasama KanWork telah menganjurkan Kursus Menangani Cabaran Kesihatan dan mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut tentang aktiviti CaRE dan KanWork boleh menghubungi 03-89472703 atau 1-800-22-2233.
READ MORE - Fikiran positif kalahkan kanser

Tuesday, November 22, 2011

Punca-Punca Obesiti

OBESITI atau yang biasa kita kenal sebagai kegemukan merupakan suatu masalah yang cukup merisaukan khususnya di kalangan remaja. Pada remaja perempuan, kegemukan menjadi permasalahan yang cukup berat dan menekan, kerana keinginan untuk tampil sempurna yang seringkali diertikan dengan memiliki tubuh ramping atau langsing dan cantik, merupakan idaman bagi mereka.

Perkara ini semakin disemarakkan dengan berbagai-bagai iklan di kaca televisyen, akhbar, majalah, dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing di samping iklan berbagai-bagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh.

Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan. Tidak berbeza dengan remaja perempuan, remaja lelaki juga takut atau bimbang menjadi gemuk. Bagi mereka, lelaki yang gemuk berlebih dianggap akan mengalami permasalahan yang cukup berat untuk menarik perhatian indan berlainan jenis. Banyak remaja lelaki yang berharap dapat membuatkan tubuh merela ideal (menjadi sedikit berotot atau tegap) dan keinginan mereka untuk itu pada sebahagian remaja disalurkan melalui aktiviti sukan.
Tetapi sayangnya bagi mereka yang gemuk, aktiviti sukan akan terasa sebagai suatu seksaan. Hal inilah yang seringkali dimanfaatkan oleh para penjual produk-produk ubat-ubatan atau makanan penurun berat badan dan alat sukan ringan untuk melariskan barangan perniagaan mereka. Dengan melihat fenomena yang terjadi sekarang ini, tidaklah berlebihan jika dikatakan bahawa obesiti merupakan salah satu masalah rumit yang seringkali dihadapi remaja, termasuk juga orang dewasa.

Hal ini tergambar menerusi banyaknya wang yang dikeluarkan untuk melakukan diet, membeli ubat-ubatan pelangsing dan peralatan sukan yang bertujuan untuk menurunkan berat badan. Obesiti atau kegemukan terjadi pada ketika badan menjadi gemuk (obese) yang disebabkan oleh penumpukan ‘adipose’ (adipocytes: jaringan lemak khusus yang disimpan di dalamtubuh) secara berlebihan. Jadi, obesiti adalah keadaan di mana seseorang memiliki berat badan yang lebih berat dibandingkan berat idealnya yang disebabkan terjadinya pengumpulan lemak di dalam tubuhnya.

Berhadapan dengan obesiti, seringkali seseorang remaja memberi tindak balas secara berlebihan. Kerap pula mereka menjadi kecewa kerana meskipun sudah melakukan diet secara terancang dan ketat serta mengambil ramuan atau ubat-ubatan penurun berat badan, ternyata kegemukan tubuh tidak juga susut. Apa sebenarnya yang terjadi? Untuk menjawab persoalan tersebut, kita perlu melihat faktor-faktor yang menjadi penyebab obesiti.

Menurut para pakar kesihatan, berasarkan pada hasil kajian, obesiti boleh dipengaruhi oleh berbagai-bagai faktor. Faktor-faktor tersebut di antaranya adalah faktor genetik, disfungsi salah satu bahagian otak, pola makan yang berlebihan, kurang bersukan, emosi, dan faktor persekitaran.

1. GENETIK
Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya di dalam sesebuah keluarga. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Dalam hal ini nampaknya faktor genetik telah ‘ikut campur’ dalam menentukan jumlah unsur sel lemak di dalam tubuh.
Hal ini demikian kerana pada ketika ibu yang obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi sewaktu dalam kandungan. Maka, tidak hairanlah apabila bayi yang lahir pun memiliki unsur lemak tubuh yang relatif sama besar.

2. KEROSAKAN PADA SALAH SATU BAHAGIAN OTAK
Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada suatu bahagian otak yang disebut ‘hipotalamus’, sebuah kumpulan inti sel dalam otak yang berhubungan dengan bahagian-bahagian lain daripada otak dan kelenjar di bawah otak. ‘Hipotalamus’ mengandungi lebih banyak pembuluh darah dari bahagian lain di dalam otak, sehingga lebih mudah dipengaruhi oleh unsur kimia daripada darah.

Dua bahagian ‘hipotalamus’ yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu ‘hipotalamus lateral’ (HL) yang menggerakkan nafsu makan (awal atau ‘pusat makan&rsquo ; ‘hipotalamus ventromedial’ (HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan (pemberhentian atau ‘pusat kenyang&rsquo .
Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila ‘hipotalamus ventromedial’ rosak atau hancur, maka individu menolak untuk makan atau minum, dan akan mati kecuali apabila dipaksa diberi makan dan minum (diberi infus). Sedangkan bila kerosakan terjadi pada bahagian ‘hipotalamus ventromedial’, maka seseorang akan menjadi rakus atau gelojoh dan kegemukan.

3. POLA MAKAN BERLEBIHAN
Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila ia merasa ingin makan, bukan makan pada ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar untuk keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan.

4. KURANG BERSUKAN
Tingkat pengeluaran tenaga tubuh sangat peka terhadap pengendalian berat tubuh. Pengeluaran tenaga bergantung kepada dua faktor, iaitu:
1) tingkat aktiviti dan sukan secara umum;

2) angka metabolisme atau tingkat tenaga yang diperlukan untuk mempertahankan fungsi minimum tubuh.

Daripada kedua-dua faktor tersebut, metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Kalori secara tidak langsung mempengaruhi sistem metabolisme. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Kekurangan aktiviti ‘gerak’ akan menyebabkan suatu siklus yang hebat, obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut.
Jadi, sukan sangat penting dalam penurunan berat badan, tidak sahaja kerana dapat membakar kalori, malahan dapat membantu mengatur berfungsinya metabolisme normal.

5. PENGARUH EMOSIONAL
Suatu pandangan popular adalah bahawa obesiti bermula daripada masalah emosional yang tidak teratasi. Orang-orang gemuk ‘dahaga’ akan kasih sayang seperti kanak-kanak yang menganggap bahawa makanan adalah simbol kasih sayang ibu atau makan lebih daripada hadnya adalah sebagai elemen atau unsur untuk pengganti kepuasan lain yang tidak tercapai dalam kehidupannya.

Walaupun penjelasan demikian sesuai pada beberapa kes, namun sebahagian orang yang mengalami berat badan yang berlebihan tidak terganggu secara psikologi dibandingkan dengan orang yang memiliki berat badan secara normal. Meskipun banyak pendapat yang mengatakan bahawa orang gemuk biasanya tidak bahagia, namun sebenarnya ketidakbahagiaan tekanan batinnya lebih diakibatkan sebagai hasil daripada kegemukannya.

Hal tersebut kerana dalam sesebuah masyarakat, seringkali orang yang bertubuh kurus disamakan dengan kecantikan, sehingga orang gemuk berasa malu dengan penampilan dan kesukaran mereka mengendalikan diri terutama dalam hal yang berhubung dengan perilaku makan. Orang gemuk seringkali mengatakan bahawa mereka cenderung makan lebih banyak apabila mereka di dalam keadaan ketegangan atau cemas, dan eksperimen membuktikan kebenarannya.

Orang gemuk makan lebih banyak dalam suatu keadaan yang sangat mencengkam atau menekan; orang yang mempunyai berat badan secara normal akan dalam keadaan yang kurang mencengkam atau menekan (McKenna, 1999). Dalam suatu kajian yang dilakukan oleh White (1977) pada kumpulan orang dengan berat badan berlebihan dan kumpulan orang dengan berat badan yang kurang, dengan menyajikan kerepek (makanan ringan) setelah mereka menonton empat jenis filem yang mengundang emosi yang berbeza, iaitu filem yang tegang, ceria, merangsang ghairah seksual, dan sebuah ceramah yang membosankan.

Pada orang gemuk didapati bahawa mereka lebih banyak menghabiskan kerepek setelah menyaksikan filem yang tegang dibandingkan setelah menonton filem yang membosankan. Sedangkan pada orang dengan berat badan kurang, selera makan kerepek tetap sama setelah menonton filem yang tegang mahupun filem yang membosankan.

6. LINGKUNGAN PERSEKITARAN
Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseoang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk. Selagi pandangan tersebut tidak dipengaruhi oleh faktor luaran, maka orang yang mengalami obesiti tidak akan menghiraukan masalah-masalah psikologi yang berkaitan dengan kegemukan.

Jadi, bagi para remaja yang kebetulan memiliki berat badan berlebihan dan masih belum berjaya mengurangkan berat badan, janganlah berasa kecewa. Mungkin dengan mengetahui faktor-faktor penyebab kegemukan seperti tertulis di atas, anda akan menemui penyebab mengapa berat badan anda tidak kunjung susut.

Satu hal yang paling penting untuk diingat adalah selagi tubuh anda tidak menghidap apa-apa penyakit maka, tidak ada yang salah dengan tubuh anda yang besar (gemuk) itu. Perkara lain yang juga tidak kurang penting ialah cubalah untuk bersukan secara teratur dan menjaga emosi anda pada setiap waktu dalam apa jua keadaan.
READ MORE - Punca-Punca Obesiti
Powered By Blogger