Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Tuesday, September 24, 2013

Asam Jawa dan Kebaikannya.

Asam Jawa/ Celagi/ Tamarind ialah sejenis pokok malar hijau yang boleh mencapai ketinggian sehingga 25 meter yang menghasilkan buah asam untuk kegunaan masakan harian. Antara kegunaan dan kelebihan Asam Jawa ialah..

1) Asam jawa digunakan sebagai sapuan untuk mengurangkan kesakitan akibat keradangan. Ia juga digunakan untuk berkumur-kumur bagi mengurangkan sakit tekak.

2) Daun asam jawa sama ada yang kering atau yang telah direbus boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak sendi dan terseliuh. Ekstrak daunnya pula boleh digunakan bagi merawat sakit mata, sebagai antiseptik, merawat cirit-birit, jaundis, sakit kulit dan buasir.

3) Kulit pokok asam jawa, jika digoreng dengan garam dan dikisar lumat boleh digunakan sebagai penawar ketakcernaan dan kolik. Air rebusannya digunakan dalam merawat radang gusi, lelah dan sakit mata. 

4) Kulit buah yang dicampur air masin amat baik digunakan untuk mencuci dan mengilatkan barangan perak dan hiasan tembaga. 

PETUA KECANTIKAN :

1) Menghilangkan parut pada wajah
Bancuh asam jawa bersama sedikit air dan tampal keseluruh muka. Biarkan ianya mengering barulah dicuci muka menggunakan air bersih.

2) Campurkan asam jawa bersama minyak zaitun. Sebatikan kemudian sapulah ke kulit wajah. Biarkan selama 15 minit barulah dibasuh menggunakan air suam supaya terbuka pori-pori wajah. Kemudian bilas pula menggunakan air yang sedikit sejuk supaya pori wajah tertutup kembali. Lakukan rawatan selama 3 kali seminggu, agar kesan parut hilang. 

3) Penjagaan suara : bancuh asam jawa bersama segelas air. Amalkan minum setiap hari.

3) Untuk turunkan berat badan : juga mampu membuang lemak dalam badan dan memberi kesegaran tubuh dengan cara ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Amalkan selepas makan tengah hari dan makan malam. 

4) Melembut dan menghaluskan kulit wajah : campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit, kemudian cuci dengan air suam.

PETUA RAWATAN :

1) Demam 
Ssegenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala dan panas akan berkurangan.

2) Sakit perut 
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih.

3) Batuk/Sakit Tekak
Asam jawa, dicampurkan bersama gula dan air. Kemudian ditapis dan minum.

4) Luka/Bisul
Daun muda asam jawa ditumbuk lumat dan ditampal pada kawasan yang sakit untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

5) Menghilangkan bau kaki 
Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan 2 sudu garam. Rendam kaki yang bermasalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki, ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air dan gatal-gatal.
READ MORE - Asam Jawa dan Kebaikannya.

Sunday, September 22, 2013

Halia

1. Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Aroma halia & serbuk halia mampu mengurangkan mabuk perjalanan. Tidak hairanlah banyak produk minyak angin turut menggunakan halia sebagai bahan utama.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Halia meransang rembesan enzim gastrik dan merangsang perut.

4. Pencegahan Demam dan Selsema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selsema (Kajian di University of Maryland Medical Center) untuk merawat demam dan selsema di kalangan orang dewasa : rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.

6. Mencegah Barah Usus.
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan Kesakitan dan Keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan.
Juga membantu membuang kahak, mengurangkan batuk dan membantu daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari.
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti.
Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan gatal tekak.

11. Mengurangkan "Morning Sickness".
Halia membantu sebanyak 75% dalam melegakan "morning sickness", loya dan perut yang tidak selesa.

12. Membantu Membuang Angin Dalam Badan.
Amalkan minum air halia (suam) atau air yang dicampur dengan halia (seperti teh halia dan lain-lain) dan anda akan dapat rasakan perbezaannya. Lebih mudah untuk buang angin dan buang air besar terutama pada waktu pagi dan ini baik untuk kesihatan kerana bahan toksin dalam badan mampu disingkirkan.
READ MORE - Halia
Powered By Blogger