Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Thursday, September 27, 2012

Sakit sendi jejas kualiti hidup



Rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi dan bengkak
LAZIMNYA penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang ini adalah osteoarthritis (OA), artritis dan osteoporosis.
Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan radang, artritis haus dan lusuh manakala osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang.
Begitupun, artritis dan osteoporosis lebih kerap didengari dan kesedaran mengenainya juga lebih tinggi berbanding osteoarthritis.
Secara umumnya osteoarthritis berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan.
Menurut Pakar Perunding Rheumatologist, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Amir Azlan Zain, osteoarthritis adalah penyakit yang melibatkan kualiti hidup seseorang.
Ini kerana apabila seseorang itu disahkan menghidap osteoarthritis, mereka mungkin akan mengalami masalah seperti tidak boleh berjalan, bengkak di bahagian lutut, tidak boleh membengkokkan kaki serta mengalami kesakitan yang berlarutan.
Tambah Dr. Amir, osteoarthritis yang lazimnya akan menyerang pada bahagian lutut juga boleh merebak ke bahagian-bahagian lain seperti bahu, jari tangan, jari kaki serta pinggang.
Katanya lagi, sehingga kini masih belum ada rawatan yang betul-betul dapat menyembuhkan osteoarthritis.
“Walaupun penyakit ini tidak boleh diubati, tetapi kesakitan dapat dikurangkan dengan pelbagai cara seperti senaman, fisioterapi, pengambilan ubat tahan sakit dan juga suplemen seperti glukosamina.
“Begitupun apa yang boleh dicadangkan kepada pesakit ialah melakukan senaman secara berterusan yang bertujuan menguatkan otot-otot di sekitar sendi yang terlibat.
“Pada masa yang sama senaman yang dilakukan ini juga dapat menolong melonggarkan sendi-sendi yang kaku akibat osteoarthritis," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah beliau, selain senaman, pesakit-pesakit juga perlu mengambil berat tentang pemakanan mereka.
Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan obesiti dan pengurangan berat badan dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penyakit tersebut.
Secara tidak langsung, ia dapat melambatkan proses kemerosotan sendi akibat daripada impak berat badan yang berlebihan.
Sementara itu, menurut Perunding Ortopedik dan Pakar Bedah Arthroplasty, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Lee Chong Meng, sekiranya keadaan menjadi lebih teruk di mana kualiti hidup terjejas teruk, pembedahan adalah perlu untuk meningkatkan kembali kualiti hidup pesakit.
Bagaimanapun katanya, pembedahan adalah pilihan terakhir dan ia bergantung kepada keperluan individu dan tahap penyakit osteoarthritis yang dihidapi.
“Melalui pembedahan, sekurang-kurangnya pesakit osteoarthritis akan mendapat kembali kehidupan asal mereka walaupun ia tidak 100 peratus. Di samping itu mereka juga akan mendapati sakit sendi telah berkurangan.
“Bagaimanapun pembedahan ini biasanya dilakukan untuk sendi-sendi yang besar seperti lutut, pinggul dan juga bahu.
“Lazimnya pembedahan ini dilakukan di mana sendi-sendi yang rosak ditukar dengan sendi-sendi tiruan," katanya.
Untuk itu, orang ramai disarankan agar mengubah gaya hidup mereka seperti mengurangkan berat badan, amalkan gaya pemakanan yang sihat serta bersenam kerana ia dapat menolong menangani gejala-gejala osteoarthritis.
Pada masa yang sama, pesakit-pesakit turut disarankan menambah pengetahuan dan mengikuti perkembangan semasa mengenai osteoarthritis.
Bagaimanapun mereka digalakkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan awal di samping mendapat nasihat serta rawatan yang perlu dalam usaha mengurangkan sakit tersebut.
READ MORE - Sakit sendi jejas kualiti hidup

Thursday, September 13, 2012

Temujanji rogol


MENGHADIRI temujanji dengan kenalan baru lalu dirogol? Mengapa kes begini masih wujud? Apa yang membimbangkan, dahulu ia hanya berlaku di pesta muda-mudi dan kelab malam, tetapi kini ada kes dilaporkan berlaku di tempat awam seperti kedai makan atau dalam kereta.
Sebenarnya jenayah rogol hampir mustahil dilakukan jika mangsa tidak diberi perangsang seksual dalam bentuk dadah.
GHB (gamma hydroxybutyric acid), Rohypnol (flunitrazepam) atau Roofies dan Ketamine (Special K) popular digunakan untuk tujuan di atas satu ketika dahulu. Kini dadah tersebut sukar diperolehi disebabkan penguatkuasaan undang-undang.
Malangnya pemangsa semakin bijak. Mereka beralih kepada penggunaan campuran beberapa jenis arak, dadah sintetik dan cecair hormon perangsang seks binatang seperti kuda.
Contohnya, mereka menambah sedikit gula dan pewarna kepada campuran arak supaya minuman berubah warna dan bau menyerupai minuman berkarbonat.
Penggunaan dadah sintetik dan cecair hormon lebih mudah. Ia sukar dikenal dan pemangsa hanya perlu memasukkannya ke dalam sebarang jenis minuman atau makanan. Ada yang berbentuk gula-gula atau rokok.
Kebanyakan pemangsa akan menyembunyikan dadah perangsang seks di dalam genggaman tangan.
Mereka akan mencari kesempatan memasukkannya ke dalam minuman sewaktu tidak dilihat oleh mangsa.
Anak gadis yang terminum akan menjadi mengantuk, berahi dan tidak dapat mengawal pergerakan diri. Ini memudahkan mangsa dirogol tanpa melawan.
Lebih malang, mangsa mungkin mengalami amnesia dan tidak dapat mengingat tragedi tersebut dengan jelas lalu menyukarkan siasatan polis.
Mangsa juga berisiko mati akibat 'overdose' kerana pemangsa cenderung memberi sukatan berlebihan kerana istilah 'sukatan selamat' tidak wujud sama sekali.
Oleh itu, berhati-hati ketika bertemujanji. Ini bukan bermaksud anda menjadi bosan atau paranoid.
Anda hanya perlu melindungi diri daripada terambil dadah perangsang tersebut, yang penting jangan terpedaya dan sentiasalah berwaspada.
Lindungi diri daripada dadah perangsang seksualn Sebelum pergi bertemujanji, pastikan seseorang tahu ke mana, bila dan dengan siapa anda akan bertemu.
* Berjumpa di tempat awam yang mempunyai ramai orang. Jika ke parti dan terjumpa kenalan baru, jangan sekali-kali beritahu alamat tempat tinggal anda.
* Jangan pergi bertemujanji seorang diri. Terutamanya jika ia temujanji pertama. Bawalah kawan.
* Perhatikan sebarang tingkah laku mencurigakan dan jangan beri dia peluang memasukkan sesuatu ke dalam minuman anda.
* Pastikan telefon bimbit dalam mode senyap. Ia akan memudahkan anda menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sekiranya memerlukan pertolongan.
* Jika bertemujanji di dalam persekitaran samar-samar, pegang gelas minuman sepanjang masa. Jika rasa perlu merehatkan tangan, pastikan mata anda sentiasa terarah kepada minuman.
* Jangan terima sebarang pelawaan minum melainkan minuman yang diambil sendiri. Paling selamat minumlah air tin yang anda buka sendiri penutupnya.
* Jika minuman tersebut berasa pelik, berhenti minum dan segera minum air mineral untuk melancarkan sistem pengkumuhan badan.
* Jika ada seseorang cuba memaksa anda minum, sediakan alasan mengapa anda terpaksa menolak.
* Jangan malu untuk berkata 'tidak', beritahu sahaja sebarang alasan seperti 'minuman ini membuat saya sakit' atau 'saya tidak mahu muntah'.
* Jika pergi ke tandas, pastikan rakan anda tinggal bersama minuman untuk menjaga keselamatan. Jika anda terlepas pandang, anggap sahaja minuman tersebut tidak selamat dan dapatkan yang baru.
Akhir sekali, ketahui tanda-tanda jika anda telah pun diberi dadah. Sekiranya anda terasa dunia bergerak terlalu perlahan atau mabuk walhal anda tidak mengambil sesuatu yang memabukkan, anggap sesuatu yang tidak kena telah berlaku.
Tinggalkan sahaja lelaki itu dan hubungi seseorang yang boleh dipercayai.
Dadah perangsang seksual bertindak balas sangat cepat. Jika anda tunggu, mungkin anda hanya tersedar pada keesokan hari dan ia sudah terlambat!
READ MORE - Temujanji rogol

Puncak syahwat luar biasa


TABLOID di kedua-dua belah Atlantik bagaikan mendapat durian runtuh minggu lalu apabila akhbar The Sun melaporkan tentang wanita New Jersey berusia 44 tahun yang mengalami keadaan yang jarang-jarang berlaku iaitu mencapai orgasma atau puncak syahwat sehingga 100 kali dalam sehari.
Didiagnosis dengan persistent genital arousal disorder (PGAD) atau masalah kebangkitan berahi berulang-ulang, Kim Ramsey, seorang jururawat dikatakan terpaksa duduk di atas kampit kacang sejuk beku apabila mencapai klimaks tidak berhenti-henti untuk tempoh empat hari.
Media dan pembaca memberi reaksi terhadap masalah Ramsey ini dengan bermain kata-kata yang membawa dua maksud seperti, "Lagi?" New York Post pula seolah-olah mengeluh yang, "sesetengah perempuan dapat semua keseronokan."
Di sebalik keseronokan orang lain membuat lelucon, bagi Ramsey sendiri keadaannya itu bukanlah sesuatu yang boleh diketawakan.
"Orang yang tidak memahami masalah ini menganggap orgasma berganda suatu nikmat tetapi saya sepanjang masa dalam kesakitan.
"Malangnya tidak banyak yang boleh dilakukan dari segi perubatan buat masa ini bahkan kebanyakan doktor hanya menganggap situasi saya sebagai hiperseksualiti atau daya seksual terlampau," katanya.
Ahli ginekologi dan pengasas Institute for Women in Pain di Pennsylvania, Dr. Robert Echenberg berkata, wanita seperti Ramsey sering kali disalah diagnosis atau dipandang remeh oleh pakar sakit puan, yang akan meminta mereka bersyukur kerana lebih baik daripada perempuan yang gagal mencapai orgasma atau puncak syahwat.
"Doktor terbabit bukannya merawat pesakit," katanya.
GangguanNeuropsikiatri yang juga peneraju PGAD, Dr. Marcel Waldinger membandingkan keadaan Ramsey dengan "sakit gigi di tempat yang salah".
Menurut Echenberg, PGAD perlu dimasukkan dalam konteks kesakitan pelvis kronik - isu yang dialami pada satu masa oleh 20 peratus wanita dalam umur produktif.
Fenomena ini diperkenalkan ke dalam dunia perubatan dalam satu kajian pada 2001 oleh Sandra Leiblum, pengasas terapi seks moden.
Waldinger dan pakar lain sejak itu merumuskan PGAD sebagai masalah neurologi berpunca daripada saraf pudendal, sel deria penting yang mencetuskan nafsu berahi.
Menurut Waldinger, PGAD berkembang apabila saraf tersebut termampat dan mula 'menembak' secara rambang, menyebabkan saraf dorsal pada clitoris (DNC) wanita itu terlebih pacu.
Akibatnya, wanita yang menderita dengan gangguan saraf ini sepanjang masa merasai berada di ambang berahi.
Dalam keadaan luar biasa, sedikit sentuhan atau pergerakan pada alat sulit dengan cepat membuatkan mereka terangsang.
Bukan sahaja ia akan menyebabkan mereka tidak selesa ketika di bilik mesyuarat atau di dalam kenderaan awam, ia menjejaskan kehidupan seks mereka: kerana orgasma yang sepatutnya puncak nikmat seks menjadi sumber derita.
"Kebangkitan nafsu syahwat yang berterusan tentu sahaja meresahkan dan menyakitkan bahkan membuatkan wanita itu naik angin," kata Waldinger.
Selain kacang sejuk beku, adakah penawar lain untuk wanita yang keletihan ini dan alat genital mereka yang haru-biru? Sesetengah ubat mungkin boleh mengurangkan sensasi tetapi buat masa ini, belum ada rawatan jangka panjang yang berkesan.
Bagi Ramsey, tidak ada apa yang boleh dilakukannya selain berdoa lebih ramai wanita yang merasakan diri mereka mengalami PGAD tampil menemui doktor agar dunia perubatan dapat memberikan perhatian serius terhadap masalah ini.
- Terjemahan daripada Newsweek 10 September 2012.
READ MORE - Puncak syahwat luar biasa

Gaya hidup sihat cegah penyakit



Cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang mengelakkan kita makan secara berlebihan hingga memudaratkan kesihatan. - Gambar hiasan.
Apa yang anda bayangkan dengan angka 88888? Bagi masyarakat Cina, lapan menjadi angka membawa tuah kerana sebutannya dalam bahasa Cina, batt seakan sama dengan sebutan bertuah atau kekayaan, fatt.
Kini formula lima angka lapan ini akan membawa tuah pada kesihatan jika anda amalkan secara berterusan.
Kempen 88888 ini diperkenalkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Januari awal tahun lalu. Menurut beliau, formula ini merupakan amalan gaya hidup yang dapat menghindari penyakit tidak berjangkit.
Ia merangkumi makan sehingga 80 peratus kenyang, makan malam sebelum pukul 8 malam, minum lapan gelas air, tidur cukup lapan jam dan berjalan kaki 8,000 langkah sehari.
80 peratus kenyangPengarah Perkhidmatan Perubatan Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Abu Hasan Samad memberitahu, orang ramai boleh mengubah amalan pemakanan dan senaman menerusi formula ' 88888 '.
"Jika kita lihat gaya hidup masyarakat dahulu dan sekarang sangat berbeza. Dulu, masyarakat tidak makan makanan segera sebaliknya, makan sayur-sayuran yang ditanam sendiri.
Pada hari ini kita banyak menyambut majlis perayaan dengan hidangan pelbagai makanan. Ini menyebabkan kita banyak makan tetapi kurang menggunakan fizikal untuk mengeluarkan peluh. Sebab itulah, kementerian menyeru masyarakat mengubah gaya hidup melalui makanan dan senaman dengan kaedah 88888," ujarnya.
Tambah beliau, cadangan makan sehingga 80 peratus kenyang menggalakkan kita merancang makanan. Jadi, kita akan makan apa yang perlu sahaja.
Bahaya makan lewat malamSelain itu, orang ramai turut digalakkan makan sebelum pukul lapan malam.
"Seperti yang kita tahu, ada segelintir masyarakat yang enam kali makan sehari iaitu sarapan, minum pagi, tengahari, minum petang, makan malam dan lewat malam.
Amalan makan tengah malam adalah bahaya.
Ini kerana budaya makan lewat malam sudah menjadi satu perkara biasa bagi mereka yang bergelar warga kota. Mana tidaknya, mereka gemar mengunjungi premis-premis restoran atau gerai yang dibuka 24 jam setiap hari," ujarnya.
Beliau menambah, ramai antara mereka tidak sedar risiko kesihatan jangka panjang yang mereka boleh hadapi secara beransur-ansur akibat pembawaan budaya ini.
Sekiranya mereka melakukan aktiviti berat seperti bersukan tiada salahnya mengambil makanan berlebihan di waktu malam.
Bagaimanapun, ia menjadi masalah yang besar kepada individu yang tidak melakukan apa-apa aktiviti di waktu malam kerana akan terdedah kepada masalah kegemukan.
"Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.
Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam , kalori yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak dalam badan," ujarnya.
Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang diproses daripada makanan yang dicernakan.
Ini kerana pergerakan aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan kerana lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.
Dr. Abu menjelaskan, lama-kelamaan aktiviti ini akan menjadi masalah perut buncit dan gemuk sebelum ia berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius.
Beliau menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan sebelum pukul lapan malam
Minum air dan cukup tidur Selain makanan, air juga penting untuk tubuh badan.
"Kita disarankan mengambil lapan gelas bersamaan dua liter sehari. Jika kita kurang minum air, badan akan menjadi kering. Ia juga menyebabkan kencing menjadi pekat dan memberi kesan pada buah pinggang atau penyakit lain seperti batu karang," ujarnya.
Menurut Dr. Abu, tidur juga penting kerana ia merupakan masa rehat yang terbaik.
Namun, kebanyakan daripada kita pada hari ini tidur lewat iaitu selepas 12 tengah malam.
Akibatnya, kita hanya tidur empat hingga lima jam sahaja.
Nasihatnya, golongan dewasa perlu tidur selama tujuh hingga lapan jam sehari.
"Sebab itulah, kita dinasihatkan makan awal supaya kita boleh tidur dua jam selepas itu. Pukul 10 malam adalah waktu yang terbaik untuk tidur dan kita boleh bangun seawal enam pagi.
Bangun pada waktu pagi baik untuk kecergasan dan kesegaran badan," katanya.
SenamanSelain tidur, kita juga digalakkan melakukan senaman.
Dr. Abu tidak menafikan kebanyakan orang pada hari ini sukar melakukan senaman seperti berjoging atau ke gim.
Jadi, dengan berjalan sekurang-kurangnya 8000 langkah sehari, kita dapat membakar kalori.
"Masalahnya, ramai yang sering membeli alasan apabila hendak berjalan kaki ke sesuatu tempat seperti panas dan penat.
Bukan itu sahaja, anak-anak di rumah tidak banyak melakukan pergerakan fizikal kerana mereka tertumpu pada permainan video atau gajet. Tanpa melakukan senaman, badan menjadi lesu dan boleh menggalakkan obesiti," ujarnya.
Justeru, kita digalakkan berjalan seperti menaiki tangga yang boleh kita lakukan di pejabat dan lupakan fungsi lif untuk sementara waktu.
Selain itu, Dr. Abu berharap, orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat lain seperti berhenti merokok.
READ MORE - Gaya hidup sihat cegah penyakit

Wanita sihat lebih positif


BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.
Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.
Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, penuaan merupakan masalah kesihatan utama bagi wanita berumur 40-an dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita muda.
"Ia sering dikaitkan dengan menopaus. Bagi menempuh tempoh masa ini, pelbagai persediaan perlu dilakukan. Jika wanita memiliki kesihatan yang maksimum, sudah tentu mereka lebih positif berhadapan dengan masalah ini.
"Antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah cepat letih, mengah, tidur tidak lena, asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada," ujarnya
Selain itu, golongan ini risau perihal kecantikan yang akan merosot apabila usia meningkat.
MemeliharaPersoalannya, apakah yang perlu dilakukan untuk berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan apabila usia semakin meningkat?
Dr. Asmah menasihatkan agar wanita memelihara kesihatan dalaman dan luaran sejak usia muda supaya ia berkekalan.
"Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti haid tidak teratur, kulit tidak licin dan cerah, payu dara tidak anjal, rahim lemah, tangan dan kaki sejuk, otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup. Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut," ujarnya.
Mengulas keperluan suplemen dalam kehidupan wanita hari ini, Dr. Asmah memberitahu, ia mungkin membantu memelihara kesihatan dalaman dan luaran serta melambatkan proses penuaan.
Menurut beliau, kesibukan wanita sebagai pekerja, ibu atau suri rumahtangga membataskan seseorang wanita melakukan aktiviti sihat seperti senaman.
Justeru, selain pemeriksaan kesihatan setiap tahun, wanita juga digalakkan mengambil suplemen tambahan. Misalnya, ekstrak bunga ros baik untuk wanita kerana ia boleh memberikan enam kali ganda kelembapan pada kulit. Amalan herba manjakani juga baik untuk merawat otot-otot dalam faraj.
"Manjakani pula mempunyai khasiat untuk menegangkan semula otot-otot faraj dan membolehkan faraj menjadi sempit semula. Ia juga mampu mengawal lendir dan lelehan faraj. Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas. Herba ini juga boleh menganjal payu dara serta menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman manjakani dapat membaiki payu dara yang hilang sifat keanjalan.
"Kacip Fatimah pula dikatakan dapat menambah tenaga dalaman wanita serta memperbaiki fungsi rahim wanita lepas bersalin," katanya yang juga Penasihat Kesihatan Beaurose keluaran ZZ Beauty Line.
Beaurose mengandungi 100 peratus bahan semulajadi berasaskan ekstrak bunga ros, manjakani, asid phytohyrulonic dan L-glutathione.
"Jika kita dapat memelihara kesihatan pada usia muda seawal 25 tahun, tubuh badan kita mampu bergerak dan melakukan fungsi dengan aktif walaupun pada usia 40-an. Keseimbangan hormon dalam badan wanita juga dapat membantu memperlahankan proses menopaus dan mengurangi simptom menopaus seperti panas badan (hot flushes). Saya sarankan kepada wanita supaya menitikberatkan penjagaan kesihatan sama ada dalaman atau luaran untuk mengekalkan kecantikan serta kesihatan di tahap yang paling memuaskan," ujarnya yang boleh dihubungi di019-2381808 atau laman Facebook, zzbeautyline.
READ MORE - Wanita sihat lebih positif

Kehamilan terancang


DOKTOR, saya sudah berumur 38 tahun dan mempunyai empat orang anak. Saya ingin merancang keluarga. Apakah kaedah terbaik saya lakukan? Sebelum ini saya tidak mempunyai masalah dalam tempoh mengandung dan saya bersalin secara normal. Satu lagi doktor, benarkah bersalin pada usia lewat 35 ke atas mengundang risiko kesihatan pada bayi dan diri saya sendiri? Terima kasih.
n Ju, Perlis
JAWAPAN:
Alhamdulillah, Puan telah pun dikurniakan empat cahaya mata yang sihat. Syabas! perancangan Puan amat tepat sekali. Teruskan dengan perancangan tersebut.
Pelbagai kaedah merancang keluarga yang selamat, berkesan, mudah diguna, tiada kesan sampingan dengan kadar kos yang berpatutan mudah didapati kini.
Sama ada kaedah yang digunakan bersifat sementara atau kekal, perancangan keluarga sebenarnya bermanfaat untuk kesihatan ibu dan anak serta memberi kesejahteraan kepada keluarga secara keseluruhannya.
Fatwa mengenai perancang keluarga seperti dikemukakan ulama terkenal, Dr Yusuf al-Qardhawi membenarkan umat Islam merancang keluarga atas alasan kukuh. Alasannya membabitkan kesihatan ibu serta bebanan anak hingga menyebabkan seseorang melakukan perkara haram untuk memenuhi keperluan hidup. Pengguguran bukan kaedah merancang keluarga apatah lagi perbuatan itu memang tidak dibenarkan di negara ini kecuali membabitkan kesihatan atau nyawa si ibu.
Lebih rendahBagi pasangan berumur 35 tahun ke atas dan masih ingin mendapatkan cahaya mata, perlu sedar bahawa peluang untuk hamil lebih rendah berbanding wanita muda serta berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi. Kesuburan berkurangan dengan peningkatan umur disebabkan beberapa perkara iaitu kurangnya bilangan telur dan juga telur yang berkualiti, kekurangan sperma berkualiti, kekurangan kadar hubungan seks dan masalah perubatan dan juga peranakan seperti endometriosis, fibroid dan masalah pada salur Fallopio.
Kehamilan selepas umur 35 tahun itu berisiko mendapat komplikasi. Malah peluang untuk melahirkan anak cacat seperti Sindrom Down juga meningkat dengan peningkatan umur. Dianggarkan insiden bayi Sindrom Down bertambah kepada satu kes bagi 100 kelahiran apabila umur ibu memasuki 40 tahun.
KeguguranMalah risiko keguguran juga agak tinggi iaitu 25 peratus jika ibu berumur 40 tahun. Biasanya masalah kesihatan seperti hipertensi (tekanan darah tinggi) dan diabetes mellitus (kencing manis) bermula apabila seseorang memasuki pertengahan 30-an atau awal 40-an. Adalah penting untuk anda pastikan penyakit ini dikawal sepenuhnya sebelum berusaha untuk hamil, kerana ia meninggikan risiko terhadap kesihatan ibu dan bayi. Rawatan yang optimum sebelum hamil dan semasa hamil akan mengurangkan komplikasi penyakit ini.
Walaupun perubatan moden boleh menolong wanita berusia lebih 35 tahun mengalami kehamilan yang selamat, komplikasi perubatan pada usia sebegini adalah lebih tinggi berbanding dengan wanita lebih muda. Kejadian bayi meninggal di dalam kandungan juga tinggi di kalangan wanita berusia 35 tahun ke atas. Wanita berusia juga lebih cenderung melahirkan anak yang lebih kecil saiznya. Kelahiran secara pembedahan cesarean juga tinggi terutamanya di kalangan mereka yang hamil anak pertama.
Meskipun sering mendengar risiko kehamilan oleh wanita usia 40-an, nampaknya peringatan itu makin kurang diberi perhatian kerana ada juga berpendapat, berapa pun usia menjangkau, wanita boleh hamil selagi tubuhnya sihat. Ada juga berpandangan, hamil pada usia muda tidak semestinya lebih baik kerana ada kala berlaku juga keadaan di luar jangkaan.
Justeru, ada yang tidak kisah untuk hamil dalam usia lewat walaupun kebanyakan rakan seusia dari awal-awal lagi sudah merancang 'tutup kilang' terutama apabila mencecah usia 35 tahun ke atas.
Kaedah perancangan keluargaDi negara kita ada banyak jenis kaedah perancangan keluarga dan antara yang popular adalah kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar). Kaedah ini bagaimanapun kurang berkesan. Kaedah halangan seperti kondom adalah cara pencegahan kehamilan yang baik, murah, mudah dan dapat mengelak jangkitan penyakit seksual, pemandulan iaitu mengikat salur Fallopio bagi wanita, pil perancang (wanita), alat intrauterin (IUD), sistem intrauterin (IUS), implan (susuk), suntikan, tampalan (ditampal di atas kulit badan) dan cincin vagina (dimasukkan ke dalam vagina). Walaupun kaedah disenarai di atas sudah lama ada di negara kita, masih ramai wanita bimbang menggunakannya.
Kaedah perancang keluarga dapat mencegah kehamilan dengan menghalang proses persenyawaan atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur. Pemilihan kaedah perancang keluarga yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak. Kaedah perancang keluarga yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah bergantung kepada kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.
Oleh kerana ia membabitkan saiz keluarga, sebaik-baiknya perkara itu dibincangkan, bukan untuk mendapatkan persetujuan suami tetapi bagi mendapat maklum balas di samping menyalurkan ilmu. Biasanya kebanyakan suami tidak membantah jika isteri mahu menggunakan kaedah perancangan keluarga bagi kebaikan bersama. Elok Puan dan suami berjumpa doktor bagi membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan setiap kaedah perancang keluarga agar dapat membuat keputusan untuk mengamalkan kaedah yang terbaik bagi Puan.
READ MORE - Kehamilan terancang

Air suam untuk kesihatan


Hadkan aktiviti (luar rumah) dan banyak minum air suam," Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pemberita pada satu majlis baru-baru ini, bila ditanya mengenai apa yang orang ramai perlu buat jika jerubu melanda.
Kenapa perlu minum air suam? Ramai yang menyangka tabiat minum air suam hanya petua atau cerita daripada ‘orang tua-tua’ sahaja.
Tetapi, pengamal penjagaan kesihatan juga memang berpendapat bahawa minum air suam dapat memanjangkan umur sel badan!
Air dingin
“Minum air sejuk mungkin boleh beri kepuasan bagi menghilangkan dahaga.
“Tetapi ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan.
“Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan," jelas pengamal perubatan Dr. A.Radha.
Minum air sejuk atau yang mempunyai ketulan ais adalah tidak sebaik minum air biasa dari segi hidrasi badan.
Teorinya adalah, air sejuk menyebabkan salur darah perut mengecut dan melambatkan proses penyerapan.
Ada pengkaji bidang perubatan yang mempunyai pandangan berbeza tentang sama ada minum air sejuk lebih baik daripada minum air suam terutama selepas melakukan senaman.
“Ada doktor yang menyarankan minum air biasa adalah lebih baik daripada minum air sejuk kerana badan terpaksa mengeluarkan tenaga lebih untuk memanaskan air sejuk ini ke tahap suhu badan, menyebabkan terjadinya kehilangan air dari badan.
“Tetapi ada juga doktor yang menyatakan bahawa selepas aktiviti senaman yang cergas, minum air sejuk akan mudah menyejukkan badan jika dibandingkan dengan air suam," jelas Dr. Radha.
Kata Dr. Radha, mereka yang minum air sejuk sebenarnya akan minum lebih banyak air kerana air sejuk rasanya lebih sedap dan lebih memuaskan.
Bila air sejuk melalui sistem dalam badan, ia mengentalkan lelemak makanan yang baru atau sedang dimakan.
Ini menyebabkan penghadaman serta penyerapan makanan lebih sukar selain dari membuang apa yang tidak perlu dari badan.
Tetapi jika ditukar air sejuk kepada air suam atau panas (seperti teh atau kopi), air yang suam itu akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan.
“Ia turut membantu membuang lemak dengan cara yang lebih senang dari sistem badan serta mengurangkan risiko salur darah tersumbat," kata beliau.
Kalau hendak bantu seseorang yang tengah demam panas, jangan guna air sejuk tetapi gunakanlah air yang agak suam.
Kata Dr. Radha, air yang sejuk sebenarnya boleh merangsang dan menaikkan suhu badan. Jika mereka yang demam minum air sejuk, badan mereka akan jadi ‘kesejukan’. Jadi air suam adalah pilihan yang baik.
Minum air suam juga boleh menenang dan merelakskan badan, kata beliau lagi.
Warna kencing
Menurut Dr. Radha, indikasi terbaik sama ada badan mencukupi imbangan air adalah dengan melihat warna air kencing.
“Jika warna air kencing pekat kekuningan, seseorang itu mungkin tidak cukup air dalam badan, tetapi jika air kencing itu berwarna kuning pucat dan cerah maka kandungan cecair badan adalah mencukupi. Harus diingat warna air kencing pada sebelah pagi adalah lebih pekat," katanya.
Menurut beliau lagi, ahli sains percaya minum air suam ketika makan boleh membantu mengurangkan berat badan.
“Jika kita tukar air sejuk yang diminum dengan air suam seperti minuman teh, kopi atau herba, lemak dalam makanan akan kekal cair dan lebih mudah bagi serapan serta pengeluaran dari badan.
“Ini akan membantu mengurangkan berat badan selain membuang lemak dari bersalut dalam salur darah," katanya.
Mengikut amalan perubatan tradisional Cina, untuk kekal sihat seseorang digalakkan minum air suam.
“Air sejuk sebenarnya tidak baik untuk perut anda," katanya lagi.- Bernama
READ MORE - Air suam untuk kesihatan

Villa berkonsep Bali



Menikmati pemandangan luar yang menghijau sebelum memulakan rawatan.
TERNYATA satu kelainan yang dimiliki oleh Dewi Sari Spa iaitu sebuah vila yang berkonsep ala Bali apabila saat pertama kali kaki melangkah masuk ke situ.
Pengunjung yang datang untuk mendapatkan rawatan di sini mempunyai pilihan tersendiri sama ada ingin membuat rawatan secara tertutup mahupun di dalam spa sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Semestinya sedikit kepuasan dan rasa nyaman dalam suasana tersebut kerana selain mendapat layanan yang baik daripada terapi yang terlatih, pengunjung juga bebas meneroka sambil menghirup udara segar kerana setiap bilik rawatan berhadapan dengan kolam.
Selain dikelilingi dengan tumbuhan semulajadi, spa yang mempunyai dua bilik rawatan individu dan juga satu bilik rawatan untuk pasangan dilengkapi dengan jakuzi, bilik mandi, selain rawatan juga boleh dilakukan di atas gazebo.
Pengurus Spa, Irma Shahadah Samsudin, 27, berkata, Dewi Sri Spa yang diasaskan oleh Martha Tilaar mempunyai keistimewaan kerana semua bahan dan jenis rawatan yang digunakan adalah semulajadi diimport dari Indonesia.
Terapi terlatih yang melakukan rawatan juga adalah di kalangan mereka yang terlatih dari pusat Dewi Sri Spa yang terletak di Indonesia.
"Konsep rawatan yang digunakan adalah dari teknik semulajadi Bali. Bahan-bahan yang diguna serta hiasan dekorasi yang ditonjolkan semuanya berunsur Bali. Ia juga mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pusat utamanya di Indonesia," katanya.
Ujarnya lagi, spa yang telah beroperasi sejak empat tahun lalu itu menyediakan pelbagai jenis rawatan menarik kepada pengunjung.
"Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini daripada pelbagai golongan dan peringkat umur.
"Tujuan utama mereka mendapatkan rawatan adalah untuk menghilangkan stres dan merehatkan diri buat sementara waktu selepas penat bekerja.
"Antara pakej rawatan popular di Villa Spa adalah Bali Ginger Gold dan Bali Mangosteen Ritual yang berharga RM 580 untuk 180 minit. Rawatan ini merangkumi rutin kaki, hydrophyll iaitu rawatan untuk memberi kesegaran kepada badan, skrub untuk membuang sel mati pada kulit , wap herba, urut, maker badan, mandian dan minuman buah-buahan spa ," katanya.
Tambahnya lagi, rawatan lain yang terdapat di sini adalah Bali Paradise, Bali Coconut, Bali Wet Spa, Bali Bliss, Bali Beautiful, Balinese Boreh, Bali Sunny dan banyak lagi.
"Untuk pakej rawatan secara berpasangan pula adalah Bali Exquisite, Bali Passion, dan Bali exotic yang berharga dari RM 780 hingga RM 960," katanya.
Villa spa yang terletak di Putrajaya Marriot Hotel & Spa, ini boleh dikunjungi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 603 8949 8888 sambungan 1998/1999.
READ MORE - Villa berkonsep Bali
Powered By Blogger