Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, March 12, 2012

PEMAKANAN PESAKIT DARAH TINGGI


Penyakit darah tinggi  yang tidak dikawal boleh menyebabkan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung, strok dan penyakit buah pinggang

Penyakit darah tinggi boleh dikawal melalui :

·         Pengambilan ubat-ubatan mengikut arahan doktor
·         Pemilihan dan pengambilan makanan yang bersesuaian

PENJAGAAN MAKANAN

1.       Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam ( sodium klorida) dan sodium perlu dihadkan untuk mengawal penyakit darah tinggi.

·         Pengambilan sodium dihadkan kepada 2400mg sodium sehari bersamaan 1 sudu teh garam sehari.Penggunaan garam dan makanan yang tinggi garam dalam masakan dan semasa makan perlu dikurangkan
·         Gunakan perencah asli dalam masakan seperti rempah-ratus,herba,serai,jus limau,cili dan lain-lain untuk menggantikan perasa makanan seperti MSG
·         Makan makanan segar. Elakkan makanan yang telah diproses , diawet atau ditinkan
·         Pastikan label makanan dibaca bagi mengetahui kandungan garam dalam makanan tersebut dan pilih makanan mengandungi rendah garam( low sodium)atau tanpa garam ( unsalted)
·         Makanan yang tinggi kandungan sodium juga perlu dihadkan. Contoh makanan tinggi sodium.

MAKANAN TINGGI SODIUM
Perisa Makanan
Makanan dikeringkan
Makanan proses  dan makanan tin

Lain-lain

Garam
Kicap
Sambal belacan, cencaluk, tempoyak
Semua jeni sos ( sos tiram,cili, tomato,ikan,BBQ)
MSG
Kiub/Stok masakan
Tauchu
Perencah segera
Krim salad
mayonis

Ikan kering/ udang kering/sotong kering
Ikan bilis
Jeruk masin
Telur Masin
Sayuran jeruk/masin
Daging salai



Sayuran dalam tin- kacang panggang, peas,jagung
Daging/sotong/ayam dalam tin
Sardin,tuna dalam tin
Sup dalam tin/sup segera
Sausage,nugget,burger
Bebola ikan,kek ikan

Keropok ikan/udang
Pelbagai makanan kudapan/ringan
Mee egera/mee suah
Papadum
Maruku
Keju
Makanan segera
Pati daging
Kacang bergaram



2.       Kurangkan Makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi

·         Elakkan makanan yang tinggi koleterol, contoh organ dalaman,(otak,hati,hempedal,usus,buah pinggang,jantung),kuning telur( 1-2minggu), telur ikan
·         Hadkan pengambilan makanan laut( uang, ketam,sotong, kerang  dan siput)
·         Pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak ( 2-3 hidangan sehari)
·         Elakkan makanan tinggi lemak tepu, contoh minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging dan kulit ayam
·         Lebihkan cara masakan rendah lemak seperti kukus,bakar, panggang,rebus,sup dan lain-lain serta kurangkan penggunaan minyak semasa memasak

3.       Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat

·         Seperti bijirin penuh ( roti berserat), oat, buah-buahan , sayur-sayuran dan kekacang. Sumber kaliuman magnesium yang boleh mengawal tekanan darah

4.Penurunan Berat Badan

·         Turunkan berat badan anda ke tahap berat badan yang ideal.
·         Penuruna berat Abadan yang sihat adalah diantara 0.5-1.0kg setiap hari
·         Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak seperti makanan bergoreng , makanan bersantan dan makanan segera
·         Kurangkan mengambil gula ringkas seperti gula putih, susu pekat manis,kuih-muih dan biskut manis, sirap dan minuman ringan yang lain
·         Kawal pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi,roti,mee,bihun,capati,tosei,makanan berasaskan tepung
·         Lakukan senaman tetap minimum 3-5v kali seminggu iaitu 30-45 minit setiap sesi.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger