Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Monday, May 28, 2012

bahan penyebab kanser??

Proses pengoksidaan dalam minyak memusnahkan vitamin A dan E. Vitamin E lazimnya terdapat dalam amaun yang agak besar dalam minyak sayuran. Vitamin E merupakan bahan antioksida dan melindungi lemak daripada ketengikan, tetapi semasa pemprosessan, Vitamin E ternyahaktif. Dengan menambahkan bahan antioksida kedalam makanan berlemak seperti hidrosianisol berbutil(BHA) dan hidrositoulina berbutil(BHT) dapat memanjangkan masa simpanan dan melindungi nutrien perlu. Tetapi bagaimana pula dengan kesannya pada kesihatan kita? 

Langkah yang sewajarnya adalah perlu untuk mengurangkan bahaya ketengikan dengan meyimpan makanan yang mengandungi lemak pada suhu rendah dan mengehadkan masa simpanan. 

Hidrosianisol berbutil(BHA) dan Hidrositoulina berbutil(BHT) 


Ujikaji pada tikus menunjukkan BHA dan BHT bahawa 

1. merencatkan pertumbuhan iaitu dengan kehilangan berat badan.
 2. Merosakan hati, ginjal, dan testical menyebabkan tikus jadi botak akbat daripada paras kolesterol darah 
3. Ia juga menyebabkan zuriat yang dilahirkan tanpa mata dan otak menjadi cacat 
4. Bahan ini juga meyebabkan kanser dan tindakn alergic 

Banyak kajian telah menunjukkan BHT banyak terkumpul dalam tisu lemak manusia dan lebih banyak daripada yang terkumpul dalam tikus. Pengunaan mendadak lemak badan dalam metalbolisme akibat dari diet yang kurang atau sakit menyebabkan BHT terbebas dalam amaun yang tosik. 


Lebih menarik lagi, dalam kajian di Australia, tikus-tikus telah diberi 0.1% bahan BHT dan BHT (paras ini lebih rendah daripada yang telah telah dibenarkan oleh kerajaan Kanada dalam barangan) dan telah menunjukkan kesan seperti diatas. Sebagai contoh di Kanada minyak esential, perisa minyak citrus, dan perisa yang kering yang dihasilkan mengandungi paras lebih daripada 0.125%(lebih tinggi daripada paras yang diberikan dalam tikus makmal ini) 
BHA dan BHT juga menyebabkan sesetengah kanak-kanak menjadi hiperaktif. Kajian di Universiti Concordia di Montreal pada tikus mengandung telah melahirkan anak tikus yang mempunyai tingkah laku yang tidak normal seperti peningkatan pengerakan, kurang tidur, tindakan reflek rendah, agresif dan susah hendak belajar. Secara kesimpulan nya BHT dan BHA ini menyebabkan bukan sahaja kerosakan fizikal tetapi juga pada tingkah laku. 


BHA dan BHT banyak digunakan dalam: 
1. Lemak, minyak, mono-dan diglycerides

 2. Breakfast cereal 
3. Dehydrated potato produk( chips, dll) 
4. Chewing gum essential oil 
5. Perisa Citrus oil dan perisa kering 
6. Banyak terdapat dalam tisu lemak daging haiwan 
7. Cecair Vitamin A dan Vitamin D sebagai tambahan makanan 
8. Marjerin

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger