Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 2, 2012

Haid berpanjangan

pix_gal0

ASSALAMUALAIKUM doktor, saya sudah lima tahun berkahwin dan masih belum dikurnia cahaya mata. Bagaimanapun, haid saya tetap dan tidak pernah lambat. 

Masalahnya sekarang ialah saya pada mulanya mengalami turun darah yang disangka haid. Tetapi sehingga sekarang, masih belum berhenti. Darah turun dalam kuantiti yang agak banyak dan berterusan.Keadaan ini berterusan sehingga minggu ke tiga. Apakah sebenarnya masalah saya dan apakah saranan doktor?Terima kasih 
Zie
JAWAPAN
 

ASSALAMUALAIKUM Zie, 

‘Apakah sebenarnya masalah saya?’ Sukar sebenarnya untuk menjawab soalan ini. Apapun, kita perlu memahami bahawa peredaran haid yang normal memerlukan interaksi kelenjar pituitari dalam otak, ovari dan rahim. Kebanyakannya adalah berpunca dari ovari. 
Sebab tertentu yang sukar diketahui puncanya, ovari-ovari ini mengalami gangguan pada kitaran pertumbuhan folikel-folikel. Saya maksudkan bahawa kegagalan pertumbuhan benih-benih telur ini menyebabkan terjadinya kegagalan ovulasi. 

Apabila ini terjadi, dinding-dinding rahim mengalami ketebalan yang luar biasa. Akibatnya, haid akan turun dengan banyak dan berpanjangan. Kadangkala disusuli dengan sengugut. 

Ada beberapa faktor yang boleh mengganggu ovari dari berfungsi secara normal. Misalnya, obesiti dan ubat-ubatan seperti hormon. Ovari juga boleh mengalami masalahnya tersendiri seperti sindrom polisistik di mana ada telur-telur yang tumbuh gagal berkembang dan tersangkut dalam ovari menyerupai sista-sista kecil dalam ovari. Sindrom Polisistik ini banyak berlaku dan selalunya individu ini mengalami obesiti, haid tidak normal, sukar mengandung dan masalah hirsutisma. 

Dari segi rahim pula, rahim amat jarang memberi masalah kepada kitaran haid. Walaupun fibroid contohnya yang kerap terjadi pada wanita, tetapi ia amat jarang sekali mengganggu haid. Jika terjadi pun, mungkin sudah terlalu besar kecuali fibroid yang tumbuh dalam rongga rahim. Fibroid dalam rongga rahim menyebabkan perdarahan yang banyak, berketul-ketul dan panjang. 

Apakah saranan saya? Soalan ini senang untuk dijawab. Berjumpalah dengan doktor pakar ginekologi. Ada beberapa sebab kenapa puan perlu berjumpa doktor pakar. Pertama, darah haid yang berpanjangan dan banyak ini perlu dihentikan segera jika tidak, puan akan kekurangan darah atau anemia. Kekurangan hemoglobin dalam darah akan menyebabkan tekanan pada jantung dan ia terpaksa bekerja keras untuk menghantar oksigen ke anggota badan. 

Jika anemia ini kronik, ia boleh menyebabkan lemah jantung. Anemia menyebabkan puan berasa amat letih dan lesu kurang bermaya. Puan akan kelihatan pucat dan letih. Doktor akan melakukan ujian darah bagi mengesahkan anemia ini. Jika anemia ini serius, puan akan diberi darah bagi mempercepatkan hemoglobin naik. Pil-pil zat besi lambat untuk mengembalikan hemoglobin ke paras yang normal. 

Keduanya, masalah darah haid perlu diberhentikan dengan segera. Doktor akan menggunakan beberapa jenis ubat seperti hormon, transamin bagi memberhentikan darah ini. Ubat ini biasa diteruskan selepas keluar hospital. 

Ketiganya adalah untuk mencari punca mengapa ia berlaku. Selain dari imbasan ultrasound, histeroskopi dan D&C pakar perlu melihat di dalam rongga rahim dan menentukan masalah pada dinding endometrium. Kebanyakan adalah hyperplasia endometrium dan terlalu kecil berpunca dari kanser dinding rahim. Jika ada fibroid dalam rongga rahim ini rawatan boleh diberikan. 

Keempatnya, ialah rawatan kepada punca perdarahan dapat diberikan. Contohnya uterine fibroid atau sista ovari. Bagi sesetengah wanita kami mengesyorkan dan memasukkan Implanon bagi mengawal peredaran pada bulan-bulan yang akan datang. 

Rumusannya, puan perlu berjumpa doktor pakar untuk mencari punca masalah, merawat anemia jika ada, memberhentikan darah dan mengawal perdarahan pada bulan seterusnya. Paling utama ialah mengesahkan bahawa perdarahan bukan berpunca dari kanser rahim

No comments:

Post a Comment