Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 2, 2012

Ketulan bawah ketiak

pix_gal0
Wanita hamil bimbang kaitan masalah, payudara 

SoalanSaya berusia 26 tahun, berkahwin pada Oktober tahun lalu dan sekarang sedang mengandung anak pertama 8 bulan. Apa yang membimbangkan saya, sejak hamil ada ketulan di bawah ketiak. Pada mulanya ketulan itu kecil tetapi lama-kelamaan makin membesar dan terasa sakit. Bagaimanapun, tiada perubahan pada bentuk payudara saya juga tiada ketulan di sekitarnya melainkan di bawah ketiak saja. Apakah puncanya?Zakiah, Lumut 

Jawapan: 

Ketika seorang wanita itu hamil, saya terfikir ada empat perkara yang boleh menyebabkan ketulan di bawah ketiak yang mana satu daripadanya ada kaitan dengan kandungan. 

Pertama, ketulan berpunca dari ‘sebaceous cyst’. Ketulan ini berpunca dari sebum-sebum dari akar rambut yang tersangkut dalam kelenjarnya kerana kelenjar ini tersumbat. Ini seperti juga jerawat pada bahagian muka yang mana isinya adalah putih kental. Ini adalah sebum yang sudah terkumpul sekian lama. Sekiranya ‘cyst’ ini dijangkiti kuman ia menyebabkan radang dan sakit. Kulit menjadi merah dan kemungkinan nanah sudah terbentuk didalamnya. 
Kedua, ketulan daripada sistem kelenjar limfatik yang mengalirkan cecair limfatik terutama dari payudara. Walaupun puan mengatakan payudara puan tidak mempunyai apa-apa ketulan yang mencurigakan, saya berpendapat puan perlu memaklumkan doktor yang merawat puan untuk melakukan pemeriksaan payudara serta ultrasound. Pemeriksaan payudara semasa mengandung agak sukar kerana ketulan-ketulan yang dapat dirasa mungkin adalah kelenjar-kelenjar susu. Kami hanya khuatir jika ketulan di bawah ketiak itu adalah metastasis dari kanser payudara. Kebarangkalian puan menghidapi adalah kecil tapi puan perlu berjumpa dengan doktor untuk kepastian. 

Ketiganya, adalah ketulan payudara itu sendiri. Puan perlu tahu yang tisu-tisu payu dara mempunyai sambungan atau ‘extension’ hingga ke bawah ketiak. Jika pembentukan dan pengembangan payudara, tisu-tisu di bawah ketiak ini juga turut membesar dan sensitif. Ketulan ini berlaku di kedua-dua ketiak. Ketulan amat ketara selepas bersalin kerana kelenjar susu di sini membengkak sama. 

Keempatnya, ketulan lemak di bawah kulit yang dipanggil lipoma. Ketulan ini disebabkan lemak di bahagian itu membesar lebih dari sekelilingnya. Ketulan itu berasa seperti berganjak ke sana-sini bila diperiksa dan ia tidak sakit. 

Jadi kesimpulannya, puan perlu berjumpa dengan doktor puan untuk pemeriksaan dan rawatan sekiranya perlu.

No comments:

Post a Comment