Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Wednesday, May 2, 2012

Uri lekat, kelahiran pramatang

pix_gal0
Risiko bila rahim pernah dibedah, anak ramai, umur meningkat

ASSALAMUALAIKUM Doktor. Saya berusia 31 tahun, pernah keguguran pada 19 Oktober 2009 ketika kandungan berusia empat bulan. Saya tidak perlu melakukan D & C kerana janin keluar sepenuhnya. Alhamdulillah saya mengandung semula pada Januari 2010 dan selamat melahirkan pada 14 Ogos 2010, ketika kandungan berusia 33 minggu (bayi pramatang) kerana mengalami kontraksi selama seminggu.

Saya juga mengambil suntikan menguatkan rahim pada awal kehamilan sehingga kandungan berusia 16 minggu atas nasihat doktor kerana ada sejarah keguguran. Saya juga pernah mengalami pendarahan selepas bersama suami ketika hamil.Semasa dimasukkan ke wad ketika mengalami kontraksi (kandungan 32 minggu), doktor memberi suntikan menguatkan paru-paru bayi sekiranya saya bersalin awal. Selepas seminggu di wad, kontraksi semakin kuat dan doktor terpaksa memecahkan air ketuban bagi membolehkan saya bersalin. Selepas melahirkan anak, uri bayi saya lekat dan tidak keluar secara normal.Justeru doktor memasukkan tangan bagi mengeluarkan uri. Doktor mengatakan sekiranya saya mengandung dan melahirkan lagi, kemungkinan risiko uri lekat akan berulang. Anak saya dilahirkan dengan berat 2 kilogram dan dimasukkan dalam inkubator selama dua minggu. Sekarang dia berusia 11 bulan dan sihat. 

Adakah situasi saya alami iaitu uri lekat dan kelahiran pramatang akan berulang. - Zue, Pulau Pinang.

Jawapan

ASSALAMULAIKUM puan. Jawapan kepada soalan puan adalah iya. Puan mempunyai risiko tinggi untuk mengalami uri lekat dan kelahiran pramatang pada kandungan akan datang. Masalah uri melekat selepas bersalin amat jarang berlaku. Sama ada seluruh atau secebis uri melekat, ia punca tumpah darah selepas bersalin. Selepas bersalin, kami menunggu 10 hingga 20 minit untuk uri keluar secara semula jadi dengan sedikit bantuan diperlukan. 
Jika uri masih tersangkut, doktor terpaksa mengeluarkannya dengan tangan. Prosedur ini amat menyakitkan dan perlu dilakukan di dewan bedah dan tidur sepenuhnya. Uri ini melekat dengan kuat pada dinding rahim kerana ‘akar umbinya’ sudah jauh masuk ke dalam dinding rahim dan dikenali sebagai placenta accreta. Mengapa ‘akar umbi’ uri masuk terlalu ke dalam masih tidak diketahui. Risiko ini meningkat bila rahim pernah dibedah seperti caesarean, pembedahan fibroid dan juga D & C. Mempunyai anak ramai dan umur meningkat juga punca uri melekat.

Dalam kes puan, mungkin uri melekat kuat kerana placenta accrete. Kadangkala bila melahirkan anak pramatang, tali pusat mereka terputus bila prosedur mengeluarkan uri dilakukan. Ini disebabkan tali pusat anak pramatang amat kecil. Bila tali pusat terputus, uri terpaksa dikeluarkan dengan tangan. Tiada cara pencegahan bagi menghalang uri melekat untuk kandungan akan datang. 

Tidak semestinya puan akan bersalin pramatang untuk anak akan datang walaupun risikonya tinggi kalau dibandingkan dengan orang yang tidak pernah mengalaminya. Kandungan puan pada usia empat bulan juga mengalami masalah sama. Tapi kerana usia kandungan masih kecil, ia dikategorikan keguguran pada trimester kedua. Punca keguguran trimester kedua dan kelahiran pramatang adalah hampir sama.

Pintu rahim tidak kompeten atau cervical incompetence adalah salah satu sebab janin dilahir terlalu awal. Cervical incompetence terjadi dalam dua jenis iaitu secara senyap tanpa kontraksi rahim dan yang kedua ia datang dengan kontraksi rahim dan berserta tanda bersalin. Adalah tidak diketahui punca kenapa segelintir wanita mempunyai masalah pintu rahim yang dapat menahan kandungan sehingga cukup bulan. Mereka mempunyai masalah dengan pintu rahim itu sendiri mungkin dari segi komponen tisu yang membentuk pintu rahim ini. 

Pada setiap kehamilan, mereka akan mengalami masalah keguguran trimester kedua atau bersalin pramatang. Kolonisasi bakteria pada pintu rahim seperti gonorrhea, Group B streptococos dan chlamydia boleh menyebabkan kontraksi rahim pada peringkat awal kandungan. Oleh itu, eloklah pemeriksaan bakteria ini dibuat pada peringkat awal kandungan dan rawatan perlu diambil sekiranya bakteria ini ada dalam vagina. Sekiranya rahim mempunyai masalah seperti terdapat septum dalam rongga rahim, ia juga boleh menyebabkan kelahiran pramatang. 

Apapun punca yang saya bincangkan tadi, sebenarnya sukar untuk dipastikan dengan tepat. Oleh kerana itu kami berasa mengambil langkah proaktif amat penting bagi mengurang komplikasi anak yang lahir tidak cukup bulan. Contohnya kita mesti memastikan kontraksi rahim seawal mungkin dan segera ke hospital bila ia berlaku. Datang awal dapat membantu doktor memberi rawatan terbaik seperti suntikan dexamethason, tokolisis bagi memberhentikan kontraksi dan yang penting dapat mencari inkubator kalau bayi keluar pramatang. 

Sebenarnya terdapat pelbagai cara dilakukan untuk mencegah bersalin pramatang, tetapi tidak ada satu pun yang berkesan seperti pengambilan ubat tokolisis dan hormon. Jadi saya cadangkan puan berjumpa doktor pakar secepat mungkin jika mendapati puan hamil kerana doktor dapat mengambil langkah proaktif lebih awal.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger