Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Sunday, January 29, 2012

Penyempitan di dalam sten

PADA Ogos 2011, saya didapati mempunyai tiga kesempitan pada arteri koronari kanan dan satu di arteri koronari kiri. Saya disyorkan menjalani pembedahan pintasan jantung dengan segera.
Teman saya mencadangkan saya mendapat nasihat kedua daripada pakar kardiologi. Selepas berbincang lebih mendalam dengan pakar jantung di sebuah hospital di ibu negara, beliau membuat kesimpulan yang saya tidak perlu menjalani pembedahan pintasan, sebaliknya kesempitan boleh dibuka dengan cara angioplasti dan memasukkan sten.
Berikutan itu, saya menjalani prosedur angioplasti pada 18 Ogos lalu, dan kesempitan pada dua salur darah koronari saya dibuka dengan cara belon dan sten.

Malangnya, pada November lalu, saya mengalami sakit di dada kanan. Sakit berkenaan semakin kuat menyebabkan pada 21 November lalu, saya dihantar ke hospital sama dan dimasukkan ke wad.

Pakar bertugas memberitahu, ECG tidak memuaskan. Ada petunjuk kesempitan pada arteri koronari dan saya dikehendaki menjalani angiogram lagi.

Justeru, prosedur angiogram dijalankan dan pakar mendapati ada kesempitan di sten yang dimasukkan sebelum ini pada salur koronari kanan saya. Berikutan itu, dua sten baru dimasukkan berdekatan sten yang asal.

Saya ingin bertanya, adakah kesempitan akan berulang? Saya difahamkan, ia boleh bertahan sehingga 10 tahun mengikut keadaan diet dan senaman.

MI


Persoalan pertama ialah pemilihan rawatan angioplasti atau pembedahan pintasan jantung. Secara am, kesempitan pada dua salur darah koronari masih boleh dirawat dengan angioplasti.

Rawatan ini seperti diketahui umum, bukan satu pembedahan tetapi satu prosedur iaitu tiub kecil dimasukkan melalui tangan atau paha pesakit ke salur darah koronari di jantung.

Melalui tiub kecil itu, kesempitan dalam salur darah koronari boleh dibuka menggunakan belon dan kemudian alat dinamakan sten dimasukkan.

Sten sejenis alat seperti spring yang dimasukkan ke dalam salur darah koronari dan melekat pada dinding salur darah itu. Dengan itu, salur darah yang sempit akan dapat dibuka dan bertahan daripada tertutup untuk satu jangka masa tertentu.

Namun, memang wujud keadaan di mana boleh berlaku penyempitan di dalam sten. Ini disebabkan tindak balas badan kita terhadap sesuatu benda asing iaitu sten terbabit.

Tindak balas ini membabitkan pertumbuhan sel di atas sten pada dinding salur darah secara berlebihan sehingga mewujudkan lapisan tisu yang menyempitkan bahagian dalam sten itu.

Secara amnya, beberapa faktor boleh dikaitkan dengan risiko penyempitan di dalam sten:

  • pesakit

  • umur

  • kencing manis

  • masih merokok

  • salur darah koronari itu bersaiz kecil, sempit yang panjang, sempit di tempat tertentu yang kompleks

  • mekanikal — kedudukan dan keadaan sten dan keluasan salur darah koronari selepas sten dimasukkan

  • jenis sten – ‘Drug-eluting stent’ (DES) atau ‘Bare-metal sten’ (BMS). ‘Drug-eluting stent’ (DES) ialah sten yang disaluti ubat tertentu untuk mengawal pertumbuhan sel supaya tidak berlebihan dan menyebabkan penyempitan di dalam sten. DES yang pertama digunakan pada 2002 dan sehingga kini ada beberapa jenis DES di dalam pasaran


    Jika ada faktor yang boleh meningkatkan risiko penyempitan, DES akan dipilih untuk digunakan pakar kardiologi.

    Namun, pilihan itu kadangkala dikekangkan oleh faktor kewangan kerana sten terbabit tiga kali ganda lebih mahal berbanding sten yang tidak disaluti ubat (BMS).

    Seandainya berlaku masalah penyempitan di dalam sten, rawatan yang boleh dijalankan termasuk:

  • angioplasti menggunakan belon biasa

  • angioplasti menggunakan belon yang disaluti ubat (drug-eluting balloon)

  • memasukkan sten yang disaluti ubat


    Pesakit yang mengalami masalah penyempitan di dalam sten ini terpaksa menjalani prosedur angioplasti berulang kali tetapi ini tidak menjadi masalah kerana prosedur ini bukan pembedahan dan berisiko rendah jika dijalankan berulang kali pun.

    Ada sejenis lagi keadaan penyempitan di dalam sten yang berlainan mekanisma dinamakan ‘stent thrombosis’. Keadaan ini berlainan dengan ‘in-stent restenosis’ atau ISR dan insya-Allah akan saya bincang dalam keluaran lain.

    Sebarang komen atau kemusykilan boleh dihantar kepada saya di zulcardio@ gmail.com.
  • No comments:

    Post a Comment

    Powered By Blogger