Pages

Followers

Pengunjung yang dihormati,sila ambil masa 3 saat untuk klik iklan yang admin pasang sebagai tanda TERIMA KASIH anda.

Dear visitor, please take time 3 seconds to click on the ads that admin install as a sign THANK YOU.

Translate

Thursday, November 7, 2013

Info Mengenai Mulut Kering

Air liur diperlukan untuk mengunyah dan menelan makanan, bertutur, membersihkan lebihan makanan dalam mulut dan menjaga kesihatan mulut. Mulut kering merujuk kepada rasa kekeringan dalam mulut disebabkan pengurangan aliran air liur.

Apakah yang menyebabkan mulut kering?

Mulut kering boleh disebabkan oleh:
• Pengambilan air yang tidak mencukupi
• Tabiat bernafas melalui mulut
• Kerisauan, stres dan kemurungan
• Pengambilan ubat-ubatan terutamanya untuk kemurungan, selsema, dan darah tinggi
• Masalah perubatan seperti kencing manis, penyakit kelenjar liur, penyakit Parkinson, dan HIV/AIDS.
• Rawatan radioterapi di bahagian kepala dan leher
Apakah tanda-tanda mulut kering?
Mulut kering boleh menyebabkan anda mengalami keadaan berikut:
• rasa membakar dalam mulut
• sukar untuk mengunyah dan menelan makanan serta bertutur.
• bibir kering dan merekah
• nafas berbau
• lidah yang kering dan kasar
• deria rasa yang terganggu
• kesukaran memakai gigi palsu (dentures)

Komplikasi - Mulut kering boleh meningkatkan kejadian kerosakan gigi terutamanya di bahagian akar gigi dan lain-lain jangkitan di dalam mulut.

Petua Untuk Mengurangkan Mulut Kering
• Hisap atau minum air tanpa gula dengan kerap.
• Hirup sedikit air bersama makanan. Ini akan memudahkan anda mengunyah dan menelan makanan tersebut.
• Sapukan bibir dengan vaseline.
• Makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar
• Elakkan minuman yang mengandungi kafein seperti kopi atau teh dan minuman berkarbonat
• Elakkan minuman alkohol.
• Elakkan penggunaan tembakau.
• Gunakan air liur gantian yang boleh diperolehi di farmasi

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger